Teringin lama nak buat butir nangka ni sesuai untuk minum petang.Masak tengahari, simpan dalam peti dahulu. Nikmat bila dimakan sejuk memang puas hati makan.
BUTIR NAKO
Bahan-bahan: 1 cawan tepung pulut 2 sudu besar tepung gandum Secubit garam halus Air, dituang sedikit demi sedikit Setitik perwarna kuning
Cara membuat:
1.Campurkan semua sekali dan uli sehingga menjadi doh. 2.Cubit sedikit doh dan gentel membujur. 3.Rebus di dalam air yang sedang mendidih. 4.Sehingga butir nangka timbul, angkat dan rendam di dalam air sejuk seketika.
Cara membuat kuah:
1.Masukkan setengah cawan air, 3 sudu besar gula putih, 2 ikat daun pandan.
2.Biarkan mendidih dan gula cair.
Ads
3.Masukkan sedikit halba.
4.Masukkan 3 sudu besar bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Ads
5.Masukkan tepung butir nangka.
6.Gaul sebati. Siap. 7.Boleh simpan di dalam peti untuk dimakan sejuk-sejuk.
Rindukan hidangan cooney dog yang selalu makan di restoran A&W? Memandangkan sekarang musim PKP, memang tak boleh nak keluar sangat.
Jadi, apa kata kita buat sendiri cooney dog di rumah dengan resipi yang dikongsikan saudara Mohd Fadly ini.
Bila dah cuba buat dan makan, memang sebijik rasanya sama dengan restoran tersebut. Memang boleh buat meniaga sekali.
COONEY DOG
BAHAN-BAHAN SOS
Daging kisar paket (tak kisah jenama apa) Bawang Holland | cincang – beli online di sini Bawang putih | cincang halus Sos pes tomato Sos cili paket Kicap caramel pekat Cili powder Beef stock Daun bay kering Garam Gula perang – beli online di sini Lada hitam Cuka putih Tepung jagung – beli online di sini Serbuk jintan manis + serbuk jintan putih + ketumbar
BAHAN UNTUK DRESSING
Bawang Holland | cincang Sosej Roti hot dog Cheddar Cheese (Option )
CARA-CARA:
1.Tumis bawang putih dengan minyak sampai naik bau. Jangan sampai hangus. 2.Kemudian, masukkan bawang holland dan daging kisar. Masak agar betul-betul hancur dan garing semua. 3.Lepas tu, masukkan daun bay agar buang bau hanyir dari daging tu. Bila dah garing, masukkan air panas dekat daging dalam kuali. Ikut citarasa kalau nak kuah banyak, lebihkan air tapi jangan air terlalu sedikit. 4.Masukkan semua sos cili, tomato, kicap, cili powder sedikit, beef stock, lada hitam, gula perang, garam, serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau dan biarkan ia mereneh. 5.Masukkan cuka putih (berhati-hati jangan sampai cuka cantas semua rasa daging) dan jangan terlalu banyak sebab cuka adalah untuk kekuatan dalam daging agar dapat level yang BEST untuk rasa.
6. Apabila mendidih, masukkan tepung jagung untuk pemekat kuah. Selepas masuk tepung jagung, rasa akan mula berubah. Pada masa ni, cuba rasa tahap manis, masin agar seimbang. 7.Biarkan betul-betul mendidih (kalau under food safety adalah 4 jam tahap reneh supaya selamat dimakan kalau nak buat niaga) 8.Bila dah siap, nak simpan lama letak dalam chiller atau jadikan pes pun boleh. 9. Lepas dah masak, ketepikan kuah tadi. 10.Untuk roti, kukus sekejap sahaja. Begitu juga dengan sosej. Dalam 1 minit dah cukup. 11. Sebelum kukus, belah tengah roti namun jangan sampai putus dua. Hanya cukup letakkan sosej untuk selit tengah roti agar bila dah kukus, senang dibuka.
12.Lepas kukus, letakkan sosej dekat tengah-tengah roti. Lepas tu, letakkan sos cooney tu. 13. Taburkan bawang holland dan cheddar cheese. Ia sebagai pilihan untuk anda bagi lebih nilai bila nak meniaga. Orang nak sesuatu yang baru dalam Cooney Dog. Selamat mencuba!
*Satu petua: masak banyak-banyak lepas tu, masukkan dalam chiller. Sos ini boleh buat cicah dengan roti, dressing atas pizza, makan dengan apa pun BEST guys. *Kalau nak jual, boleh letak harga RM6-RM7 satu
Masih mencari resipi biskut yang mudah dan sedap ray ani, ini RASA kongsikan resipi Peanut Choco Thambprint Cookies ringkas, tak perlu acuan pun. Mudahkan cara membuat, filling coklatnya di tengahnya dan salutan kacang gajus cincang sudah cukup memberikan rasa sangat sedap dan rangup.
PEANUT CHOCO THUMBPRINT COOKIES BAHAN-BAHAN: 200gm kacang gajus | cincang kasar dan sangai 100gm mentega 50gm marjerin 120gm gula halus 1 biji kuning telur 225gm tepung gandum 20gm susu tepung 20gm tepung jagung 1/2 sudu teh baking powder FILLING: Chocolate filling secukupnya | boleh diberi di kedai bakeri
3. Lipat roti prata separuh dulu dan berhati-hati ye. Yang ni perlukan kesabaran yang tinggi tau sebab roti dah jadi lembik sikit. 4. Kelim tepi atau guna garfu untuk tutup habis karipap ni. Masukkan dalam peti sejuk beku selama 5 minit untuk bagi separuh keras supaya kita boleh tanggalkan plastik lapik roti prata ini.
5. Boleh goreng terus dalam kuali dengan minyak panas. Nak guna air fryer lagi bagus sebab kurang minyak. Guna suhu 180C selama 10 minit. Kemudian terbalikkan sebelahnya pula, bakar suhu yang sama selama 10 minit.
6. Dah siap. Sangat rangup berlapis-lapis roti prata ni. Makan cicah dengan sos cili burger cap kipas udang.
*Inti boleh isi apa-apa je. Terpulang pada tekak masing-masing. Macam inti sardin/kentang/ayam/telur rebus/ayam black pepper dan lain-lain.
Ketahui cara potong bawang putih yang betul dan bagaimana setiap potongan mengubah rasa, aroma dan watak masakan. Panduan lengkap untuk hasil masakan lebih sedap dan beraroma.