Ramai pula di kala PKP ini buat kek pisang. Dah jadi menu viral sebelum ni kek pisang pandang pun tidak. Untuk jadi tidak bosan dengan rasa yang sama boleh olahnya dengan meletakkan cheese di atasnya. Kek menjadi lebih perisa dan buat tak henti makan.
Banana cheese cake
Untuk kek Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
Bahan B
1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 biji telur
Cara memasak:
1.Ayak bahan A dan gaulkan dengan garam.
2.Masukkan bahan B dan kacau rata.
3.Masukkan ke dalam acuan
4.Kukuskan selama 25 minit
Ads
Untuk cream cheese
1.Kisar cream cheese, sedikit susu full cream & sedikit susu pekat.
Sempena cuti sekolah, jom buat kek kegemaran ramai Banana Chocolate Cake.Anak-anak gerenti ulang makan kek ini.Mudah sangat nak buat kek ni. Tak perlu mixer, tak perlu blender. Kacau-kacau dengan whisk bagi sebati je.Jangan kacau lama-lama sangat.Sediakan bekas besar sikit untuk sediakan adunan.
5 biji pisang lemak manis
1 sudu besar pati delima
1 cawan gula perang
3 biji telur gred A /4 biji gred C
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan salted butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh perisa coklat (optional)
2 cawan tepung naik sendiri jenama blue key
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 cawan serbuk koko Van Houten ( diayak terlebih dahulu)
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan chocolate chunks cadbury/chocolate coin
Chocolate chip (hiasan)
1.Lenyek dengan garpu pisang lemak manis.Yg dah agak ranum(Jangan blend nanti tak ada juicy pisang). Pisang berangan pun boleh. Pisang emas rasa lebih sedap.
2.Masukkan pati delima (jika ada) kalau masuk ni lagi sedap and juicy rasa balance lemak manis masam sikit juice kek buah pisang kita.
3.Masukkan gula perang
4.Masukkan telur,kalau gred B kekalkan 3 biji.
5.Masukkan minyak masak. Saya guna minyak kelapa dara. Wangi sangat kek. Minyak sawit pun boleh.
6.Masukkan salted butter cair. Cairkan dalam microwave je dalam 15 saat atau sampai cair.
7.Masukkan esen vanilla dan perisa chocolate.
8.Masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak bersama baking powder dan baking soda.
9.Masukkan serbuk koko Van Houten (diayak terlebih dahulu)
10.Masukkan garam halus
11.Masukkan chocolate chunks cadbury atau chocolate coin pun boleh.Nak sedap cincang kasar (chunks) 1 bar cadbury atau apa apa coklat yang anda suka.
12.Kacau semua bahan sebati.
13.Panaskan oven.
14.Masukkan adunan dalam loyang 8 inci.
15.Tabur chocolate chip dan chocolate coin atasnya. Boleh jugak tabur bersama almond flake bagi yang suka almond.
16.Bakar adunan selama 50-60 minit dengan suhu 170⁰c ikut pada kapasiti oven masing-masing.
17.Cucuk kek dengan lidi, kalau dah tak melekat pada lidi. Masak la tu.
Kek yang gebu dan lembut semestinya menjadi idaman semua. Kek jenis ini tidak muak malah tidak jemu untuk dinikmati. Bagi yang tercari-cari resipi kek yang gebu, boleh cuba resipi perkongsian saudari Dura Good Tailor ni. Jika mahui lebih enak, boleh tuang krim keju dan parutan keju cheddar. Sedap!
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Nota: Waktu membakar kek adalah berbeza mengikut jenis ketuhar. Selalu lihat kondisi kek bagi mengelakkan kek anda hangus.
Ketahui khasiat air rebusan halia serai kunyit untuk kesihatan, termasuk menyokong sistem imun, melancarkan penghadaman, mengurangkan keradangan serta cara penyediaannya yang mudah di rumah.