Siapa pernah rasa buko pandan Filipina? Enak dinikmati ketika cuaca panas.Kiub jeli pandan berenang dalam mulut. Buah longan tukar ke buah laici tin lagi sedap sebenarnya dan pastikan jangan ambil airnya. Buat banyak boleh simpan dalam peti sejuk dan tahan 3-4 hari.
Buko Pandan Filipina
Bahan-bahan:
1 peket agar-agar serbuk perisa pandan( masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan)-beli online di sini
Tat telur biasa, saiznya comel-comel je kan? Kalau anda inginkan kelainan, boleh cuba buat Tat Telur saiz besar ni. Sesuai sangat dinikmati sebagai juadah minum petang. Nak jadikan buah tangan pun sesuai. Jom cuba!
TART TELUR GERGASI
BAHAN UNTUK KULIT TART:
500gm marjerin / mentega
100gm gula halus
2 biji telur
1 kg tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali tepung gandum. Kacau sebati menggunakan senduk kayu. Jika nak guna mesin pengadun ( mixer) pun boleh.
Masukkan tepung agndum sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Jika doh masih lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit. Pastikan doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Agak-agak tak melekat di tangan, dah kira ok.
Masukkan doh tadi ke dalam acuan tart. Tekan dan ratakan hingga kemas.
Bakar kulit tart pada suhu 180C selama 20 minit. Guna api atas bawah. Bakar jangan sampai terlampau garing. Namun suhu over sedikit berbeza mengikut jenis. Jadi, kenal pasti suhu oven anda.
Setelah kulit tart masak, angkat dan ketepikan seketika.
BAHAN INTI TART:
1 tin susu cair
4 biji telur saiz A
Esen vanilla
2 sudu makan tepung kastard
4 sudu makan gula
CARA-CARA:
Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati. Kemudian tapis.
Tuang bancuhan inti ke dalam kulit tart yang dah siap dibakar tadi.
Bakar kembali tart menggunakan suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak.
Selain sedap, kudapan berasaskan kulit popia ini juga sangat mudah disediakan dan tidak banyak guna bahan dan paling penting tak perlu ketuhar. Kepada anda yang ingin cari duit raya, apa kata jadikan kudapan ini sebagai jualan, gerenti laku keras. Apa kata cuba dulu resipi yang dikongsikan ini.
POPIA NESTUM BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kulit popia
1 1/2 cawan nestum
2 cawan susu tepung/horlicks
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh garam | jika suka
1 sudu tepung gandum | bancuh dengan air untuk gam kulit popia
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMBUAT:
Kisar nestum, susu atau horlicks, gula dan garam hingga halus. Ketepikan.
Untuk menyediakan popia, gulung kulit popia menggunakan straw.
Di penghabisan gulungan gam dengan bancuhan tepung gandum. ( semasa mengulung jangan terlalu kemas).
Lakukan gulungan hingga habis kulit popia.
Gunting serong kulit popia yang sudah digulung. Gunting hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng kulit popia hingga kuning keemasan.
Akhir sekali popia yang sudah digoreng digaul dengan campuran nestum yang dikisar halus tadi. Gaul rata dan simpan dalam bekas kedap udara apabila sejuk.
POPIA PEDAS RANGUP: BAHAN-BAHAN:
1 paket kulit popia BAHAN SIRA:
2 biji bawang besar | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
3 sudu makan cili kering kisar
3/4 cawan gula pasir
3 sudu makan bijan |disangai
3 tangkai daun kari
Secubit garam
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Gulung kulit popia menggunakan straw atau chopstik kemudian gam dengan bancuhan tepung gandum atau putih telur.
Setelah habis digulung, gunting serong hingga habis.
Panaskan minyak, goreng hingga kekungian atas api sederhana.
Setelah kuning keemasan , angkat dan toskan. Goreng hingga habis.
Untuk menyira: Ambil lebih kurang 3-4 sudu makan minyak menggoreng tadi. Kemudian tumis bahan kisar halus tadi.
Setelah wangi masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan cili betul-betul masak.
Bila pencah minyak masukkan gula dan sedikit garam, kecilkan api dan sentiasa kacau sehingga pekat dan berbuih.
Tutup api, masukkan popia, gaul rata. Diikuti daun kari yang telah digoreng dan bijan yang telah disangai.
Gaul lagi dan biarkan sejuk. Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk.
POPIA COKLAT RANGUP BAHAN-BAHAN: 1 paket kulit popia Coklat bar | jenama ikut suka Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Gulung kulit popia menggunakan straw dan lekatkan hujungnya dengan bancuhan tepung gandum atau putih telur.
Selepas habis gulung, gunting serong.
Panaskan minyak, goreng kulit popia hingga kekuningan.
Angkat dan toskan.
Sementara tunggu popia sejuk, buat coklat, cairkan coklat bar dalam mangkuk dengan kaedah double boiler.
Setelah coklat cair sepenuhnya, tambahkan ke dalamnya 3 sudu makan mentega, kacau sebati. Tutup api.
Biar sejuk sedikit, masukan popia goreng tadi dan gaul rata.
Suka makan Kuih Ketayap? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Resipi ini sangat mudah dan sedap. Sesuai dicuba oleh anda yang nak makan kuih tradisi versi air tangan orang tu dulu-dulu. Inti yang lemak manis, sedang elok rasanya. Bila digulung dalam dadar, memang enak. Jadi jomlah kita cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 cawan santan
1 1/2 cawan air pandan
2 biji telur C
1 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan, sebatikan. Boleh juga dikisar guna blender.
2. Panaskan kuali (non stick jika ada) guna api perlahan. Jika tiada, guna kuali biasa tapi sapu kuali dengan sedikit minyak.
3. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan/lenggangkan.
4. Biarkan dadar masak. Tak perlu diterbalikan.
5. Angkat, ketepikan dan ulang Langkah sama sehingga habis adunan.
6. Sementara menunggu kuih masak, letakkan inti diatas dadar Kuih Ketayap yang sudah siap lipat kiri kanan, gulung dan kemaskan. Siap.
BAHAN INTI (boleh buat awal):
1 biji kelapa muda – diparut
1 cawan air
4 keping gula kerek / melaka (gula merah pun boleh) – beli online disini
Gula pasir secukup rasa
2 helai pandan – disimpul
Sedikit tepung gandum
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air, masukkan gula kerek, gula pasir dan dau pandan. Masak hingga larut
2. Masukkan kelapa parut dan kacau rata.
3. Bila inti agak-agak nak kering, (opah suka lembab sikit) taburkan tepung gandum. Sejukkan
**fungsi tepung supaya inti melekat dan tidak berderai