Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung perkongsian saudari Aishah Masri ni sangat mudah disediakan. Bahan-bahannya sangat mudah dan ringkas malah cara penyediaannya juga sangat senang. Rasa? Tersangatlah sedap. Anak-anak pasti suka. Sesuai dijadikan sajian minum petang mahupun sarapan. Jom buat!
Jom cuba resipi Pancake Popia Inti Udang ni. Rupa macam popia tapi cara buatnya ada kelainan sikit. Sangat enak dimakan bersama sos pencicah Thai. Jom tengok resipi dari Tengku Roselyza Raja Muhammad ni. Sesuai dijadikan menu sajian minum petang.
2. Kulit popia dilipat dua dan gunting .
3. Ambil sedikit bancuhan ratakan atas kulit popia.
4. Satu lagi lapisan kulit popia disapu dengan tepung gandum untuk gam dan tampal selapis lagi kulit popia.
5. Panaskan minyak masak dan goreng popia tadi hingga garing. Angkat dan toskan.
6. Pancake Popia Inti Udang sedia untuk dinikmati.
Suka makan french fries (kentang goreng). Yang jual kat kedai segera tu banyak perasa MSGnya. Tapi kalau buat sendiri dah tentu bebas perasa.
Ni min kongsikan resipi dari Wan Muhammad Hafiz Satar. Kalau tengok tekniknya kentang tu digaul tepung ubi, biar rangup rasanya. Tambah pulak cili flakes, memang padulah rasanya. Jom buat sendiri boleh makan masa mengadap tv nanti.
HOMEMADE FRENCH FRIES
.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Satukan serta kacau air bersama gula dlm bekas dan ketepikan sebentar. Nak lebih rangup Dan kurang serap minyak.. Tambah kan sedikit air kapur makan.
2.Kemudian hiris kentang saiz sederhana, jangan terlalu nipis. Agak-agak saiz macam French Fries Kat McD.
.
3.Masukkan kentang yang dah dipotong tadi ke dalam air gula, rendam selama 30 minit dan simpan di dalam peti sejuk.
4.Didihkan air dan masukkan 1 sudu kecil garam.
5.Setelah itu, masukkan kentang yang telah disimpan dalam peti sejuk tadi dan masak selama 5 minit. Tambahkan pula dengan 1 sudu makan minyak masak.
6. Tutup api dan toskan kentang biarkan ia suam-suam dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk (bahagian beku).
7. Biarkan ia beku selama 3 jam dahulu barulah digoreng.
8. Wan Muhammad, stail menggorengnya gaul dulu kentang dengann tepung ubi dan Cili flake utk rasa rangup.
.
KREDIT : wan muhammad hafiz satar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah cuba Yong Tau Foostail Hakka? Saudari Jazlin Hanie ada kongsikan resipinya. Selain dimakan bersama sos, ia juga enak dimakan bersama nasi. Pasti boleh pikat selera anak-anak. Jom cuba! Anda juga pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK HAKKA STYLE YONG TAU FOO
BAHAN PES IKAN:
Isi ikan tenggiri bunga secukupnya – bergantung pada jumlah yang anak nak buat Udang (jika suka) Cendawan shitake (jika suka) – beli online disini Serbuk lada hitam secukupnya – beli online disini Serbuk lada sulah secukupnya – beli online disini Garam & gula
CARA MENYEDIAKAN: 1.Isi ikan diasingkan dari tulang. Masukkan isi ikan, udang, cendawan, serbuk ladan hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa ke dalam food processor @ blender. Kisar hingga hancur. (Jangan masukkan air) 2. Masukkan pes ikan ke dalam mangkuk dan sedia untuk disumbat ke dalam bahan Yong Tau Foo. INFO:Ada sesetengah resipi masukkan tepung jagung, tp empunya resipi tidak masukkan sebab adunan sudah cantik & tidak lembik.
BAHAN YONG TAU FOO Tauhu pok – potong 2 Bendi – belah tengah Cili merah / hijau – belah tengah & buang biji Terung – potong dalam 2 cm & belah tengah Peria – potong bulat & buang biji Air campuran garam
CARA MEMASAK: 1. Ambil pes ikan tadi sumbatkan pada tauhu dan juga sayuran.
2. Guna air campuran garam untuk gam pes ikan pada sayur supaya melekat. Teknik ini penting supaya yong tau foo elok sempurna.
3. Kemudian panaskan minyak dan goreng sehingga yong tau foo masak kekuningan.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga wangi. 2. Masukkan taucu, sos tiram, kicap manis, minyak bijan, tepung jagung, air dan gula. Jumlahnya boleh ikut cita rasa masing-masing. 3. Apabila bahan sudah sebati, boleh masukkan yong tau foo ke dalam kuali dan masak sekejap atau boleh tuang sos ke atas yong tau foo di dalam pinggan. Terpulang mengikut selera masing-masing. 4. Selamat mencuba.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.