Buat Sendiri Rojak Mee Mamak Style…

Rojak Mee mamak style ini sekali rasa memang akan teringat-ingat sedapnya. Kuahnya yang pekat manis lemak, ditambah cucur dan sayur rangup, mee kuning yang kenyal serta pelbagai bahan sampingan, memang puas hati makan.

Selain makan di restoren nasi kandar atau mamak kita juga boleh membuatnya sendiri. Boleh ikut resipi perkongsian Shah Shatry yang lengkap dari A sampai Z,  bermula dari kuah, cucur hinggalah cara hidangannya.

Buat Sendiri Rojak Mee Mamak Stail

Buat Sendiri Rojak Mee Mamak Style, Lengkap Dengan Kuah, Cucur & Bahan Sampingan

Ads

Bahan-Bahan Kuah

4 biji ubi keledek – direbus dan dikisar dengan sedikit air
4 sudu besar kacang tanah kisar
2 keping gula kerek / gula merah
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar

4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
15 biji cili kering
1 inci belacan
½ cawan udang kering

Cara Masak Kuah

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2. Masukkan air asam jawa dan gula kerek. Masukkan ubi keledek yang diblend bersama kacang tanah kisar.

3. Tambahkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Siap.

Buat Sendiri Rojak Mee Mamak Style, Lengkap Dengan Kuah, Cucur & Bahan Sampingan

Bahan-Bahan Cucur

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis
Taugeh secukupnya
Kucai secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara Buat Cucur

  1. Satukan semua bahan kecuali air, gaul rata.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga dapat adunan sederhana pekat.

3. Perap 1 jam dan goreng hingga masak.

Ads

4. Hiris atau gunting kecil untuk dihidangkan bersama rojak mee.

Bahan Sampingan

Mee kuning – dicelur
Timun – dihiris kecil
Ubi sengkuang – dihiris
Fish ball & fish cake – digoreng
Tauhu – digoreng
Telur rebus
Taugeh – dicelur
Ubi kentang – direbus dan dipotong dadu
Cucur – dipotong kecil
Cili besar – dipotong serong
Limau nipis
Daun bawang – dihiris

Buat Sendiri Rojak Mee Mamak Style, Lengkap Dengan Kuah, Cucur & Bahan Sampingan

Cara Menghidang Rojak Mee

  • Letakkan mee kuning dalam mangkuk.
  • Susun semua bahan sampingan di atas mee.
  • Siram dengan kuah rojak pekat dan gaul rata.
  • Perah sedikit limau nipis untuk rasa segar. Sedia untuk dinikmati.

Buat Sendiri Rojak Mee Mamak Style, Lengkap Dengan Kuah, Cucur & Bahan Sampingan

Ads
Tip RASA
  • Untuk kuah lebih beraroma, gunakan udang kering yang berkualiti dan goreng sekejap sebelum dikisar.
  • Jika suka kuah lebih pedas, tambah cili kering atau cili padi ketika kisar bahan kuah.
  • Pastikan cucur digoreng garing supaya kekal rangup walaupun disiram kuah.

Kredit resipi & foto: Shah Shatry

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI