Popia Sayuran Vietnam atau Vietnamese Spring Rollmemang enak dimakan. Biasanya rice paper dibalut bersama aneka hirisan sayur, udang atau filamen ketam. Dinikmati pula dengan sos thai yang enak. Memang puas hati menikmatinya. Andai dibeli, ada kalanya tidak kena dengan selera. Jom buat sendiri guna resipi dari saudari Zurina Zulkefli. Memang puas makan dan tidak muak. Tentunya puas hati. Jom cuba!
RESIPI POPIA SAYUR VIETNAM / VIETNAMESE SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN: Rice paper / kulit popia Vietnam – beli online disini Suhun – rebus dan tos – beli online disini Sedikit potongan daun ketumbar Lobak merah – potong sederhana Timun jepun – potong sederhana Daun Salad – cuci bersih Filamen ketam – direbus
Bercerita perihal mee goreng mamak, selalunya orang kita akan makan di kedai mamak terus. Sebabnya ada yang kata kalau bawa balik rumah, jadi lain. Betul ke?
Kalau teringin nak makan mee goreng mamak yang dimasak sendiri di rumah, tapi rasanya seperti di kedai, boleh cuba resipi daripada Liza Idris ini.
1. Hiris nipis bawang besar dan ulas bawang putih. Panaskan minyak masak, tumis hingga kekuningan. 2. Letak cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Campur serbuk kari daging. Tak kisahla cap apa. 3. Masuk pula sos cili dan sos tiram. Kacau dan kacau. Tumis lagi sampai pecah minyak.
4. Letak kicap. Kacau lagi. Masuk lobak merah yang dihiris bulat. 5. Jika kuah pekat dan likat, tambah setengah cawan air. Kacau dan kacau lagi. 6. Masuk 1 bungkus mee kuning yang dibasuh dulu ye. Kacau sampai mesra rakyat. 7. Ketepikan sedikit mee tu, kemudian pecahkan 2 biji telur ayam. Gaulkan sebati.
8. Masuk lebihan ayam goreng yang dicincang halus. Perasakan dengan serbuk cukup rasa. 9. Letak fish cake yang dah digoreng dulu. Kacau lagi. Biar kacau lebih dalam masakan.
10. Dah masak, masuk 1 biji tomato dan taburkan tauge. Siap! Hias sikit dengan hirisan cili besar, daun sup dan bawang. Perah limau.
Ramai mengemari masakan Minang atau Padang? Masakan Minang atau Padang yang rata-rata pedas tapi sedap. Apa kata hujung minggu ini anda cuba satu dari tiga menu masakan Minang yang Rasa kongsi sebagai juadah makan tengahari atau malam bersama keluarga.
MASAK LEMAK KUNING URAT TUJANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
500gm urat tunjang/keting
750ml santan
1 liter air
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
1 batang serai | titik
2 helai daun limau purut
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
100gm cili merah
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4cm lengkuas
4 biji buah keras
2cm kunyit hidup
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci bersih urat tunjang/keting. Ketepikan.
Kemudian rebus air dan setelah mendidih masukkan urat tunjang dan masak sampai empuk. Angkat dan tiriskan. Setelah sejuk, potong mengikut selera masing-masing. Ketepikan.
Di dalam periuk lain, masukkan urat tunjang tadi, diikuti dengan bahan kisar. Gaul sekata. Masukkan juga bahan lain dan santan. Masak hingga santan mendidih menggunakan api sederhana.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Kecilkan api dan kacau perlahan sehingga santan sedikit mengental dan pecah minyak.
Angkat dan sedia dinikmati.
DAGING GORENG BERLADO PEDAS MINANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1biji tomato | potong dadu
1 batang serai | ketuk
2cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong
2 liter santan
2 batang serai | racik halus
1 batang serai | titik
4 helai daun limau purut
2cm asam gelugur
2 helai daun kunyit | hiris
BAHAN KISAR:
5 biji buah keras
6 ulas bawang putih
100gm cili besar merah
12 biji bawang merah
100gm cili padi merah
2cm halia | bakar sedikit
2cm lengkuas
3cm kunyit | bakar sedikit
1/2 sudu makan ketumbar
2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh jintan | sangrai
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, tuangkan santan, masukkan serai yang dititik, asam gelugur, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau hingga santan mendidih dan pastikan santan yang dimasak tidak pecah.
Setelah santan mendidih, masukkan rempah yang telah dikisar dan gaul sebati kira-kira 20 minit.
Apabila santan mula mengeluarkan minyak, masukkan potongan ayam dan masak menggunakan api yang sederhana hingga santan mengering. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masukkan hirisan serai. Gaul sebati.
Dah tengok siaran Projek Gerenti Jadi Episod 5 bersama Aunty Aini dan Che Ta semalam. Tetamu jemputan mereka kali ini adalah penyampai radio Zayan dan juga penyanyi, Raqib Majid.
Wowww, kali ini mereka masak ala rewang ini khas untuk ‘wira’ negara, pasukan askar Wataniah.
Bertemakan persiapan Hari Raya dua resipi iaitu Dendeng Daging dan Rendang Ayam disediakan. Melihatkan juadah yang menyelerakan ini sudah pastilah resipi yang digunakan gerenti sedap dan gerenti jadi. Sesuai sangat untuk hidangan di pagi Hari Raya nanti kan.
Dalam kemeriahan nak sambut Raya, Aunty Aini, Che Ta dan Raqib memang seronok dan teruja dapat meraikan dan menjamu wira negara kita, Apa lagi jom catat resipi dari Rasa: Projek Gerenti .
Memang gempak memang lazat menunya. Sukatan bahan-bahan yang digunakan sesuai untuk famili yang besar dan dihidangkan untuk tetamu yang berkunjung raya esok.
1. RENDANG AYAM
BAHAN-BAHAN :
7 ekor ayam | dipotong
4 kg santan pekat
2 kg kerisik
4 helai daun kunyit | dihiris halus
2 mangkuk kecil gula merah
5 keping asam keping
1 senduk garam
20 batang serai | dihiris
Bahan dikisar :
10 labu bawang putih
200gm halia
300gm kunyit hidup
100gm lengkuas
3kg bawang besar
1.5kg cili kering | direbus dan dikisar
20 batang serai
300gm buah keras
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan bahan-bahan yang dihiris ke dalam kuali dan masukkan ayam ke dalam masakan.
Biarkan sehingga ayam agak kecut dan terbit minyak, dan masukkan santan.
Kacau dengan api yang kecil sehingga pekat dan pecah minyak.
Masukkan kerisik, asam keeping, gula merah dan garam secukup rasa.
Taburkan daun kunyit dan tutup api. Siap untuk dihidang.
2.DAGING DENDENG
BAHAN-BAHAN:
Bahan yang ditumis :
5 kg daging
1 botol besar kicap lemak manis
2kg bawang besar | dikisar
5 labu bawang putih | dikisar
200gm halia | dikisar
300gm cili kering | direbus dan dikisar
200gm lada hitam
1 mangkuk kecil asam jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Rebuskan daging sehingga empuk dan hiris nipis.
Kemudian tumbukkan daging tersebut sehingga pecah urat.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kering yang dah siap dikisar dan biarkan seketika sehingga cili tersebut masak.
Masukkan kicap lemak manis dan serbuk lada hitam ke dalam masakan.
Masukkan daging yang telah direbus.
Air asam jawa dimasukkan ke dalam masakan dan biarkan ia mereneh seketika
Rahsia dapur tenang tanpa letupan! Ketahui 6 bahan semula jadi paling berkesan untuk elak minyak meletup ketika goreng ikan. Petua mudah, murah dan selamat yang wajib cuba di dapur anda.