Sedapnya kalau dapat makan makanan yang simple seperti laksa siam. Rasa pedas dan berlemak memberi nikmat rasa yang tidak terkata. Korang yang belum tahu penangan kesedapan laksa ini boleh cuba membuatnya.

LAKSA SIAM

Bahan-bahan
• 1 paket laksa kering (jenis yang paling halus) / laksa siam
• 1 kg ikan kembung / selayang
• 2 sudu cabai giling
• 2-3 tangkai daun pudina
• 2-3 helai daun limau purut
• 1 kotak santan 200ml
• Air secukupnya
• 10 biji cili padi merah* (boleh adjust ikut kepedasan)
• 10 biji bawang merah* (bawang ros lagi sedap)
• 1 labu bawang putih* (kalau besar ambik 1/2 labu saja)
• 4 batang serai* (2 dikisar, 2 diketuk)
• 2 inci lengkuas*
• 2 inci halia*
• 2 inci kunyit*
• Belacan*

Nota: Bahan bertanda * untuk dikisar.

Bahan Ulaman
• Limau kasturi
• Daun pudina
• Daun salad
• Taugeh
• Timun
• Daun samak /pucuk janggus / daun selasih (kalau ada)

CARA MEMBUAT:

IKLAN

1. Rebus Ikan
Mula-mula, rebus 1 kg ikan kembung / selayang tadi. Bila agak-agak dah masak, biar sejuk sikit, asingkan isi daripada tulang. Kalau tak mahu kuah jadi warna gelap, jangan ambil air tulang ikan.

2. Kisar Bahan Tumisan
Lepas tu kisar bahan-bahan yang bertanda * tadi dan tumis dalam minyak yang panas dengan cabai giling. Kacau sampai naik bau. Cabai giling tu kena betul-betul masak.

3. Masukkan Isi Ikan
Bila bahan tumis tadi dah pecah minyak, masukkan isi ikan yang kita asingkan tadi. Masukkan serai yang diketuk dan kacau sampai mesra.

4. Masukkan Santan
Masukkan santan dan kacau sekejap. Lepas itu boleh masukkan air secukupnya. Agak-agaklah supaya nanti kuah tak terlalu pekat atau terlalu cair. Perasakan dengan garam dan gula.

IKLAN

5. Tambahkan Daun Pudina & Daun Limau Purut
Bagi memberi aroma laksa yang lebih kaww, masukkan daun pudina dan dan limau purut. Masak sampai mendidih sambil kacau.

Ingatttt, kena kacau selalu supaya kuah tu nanti tak berketul. Tunggu sampai mendidih dan kemudian boleh tutup api.

6. Lengkapkan Hidangan Dengan Ulaman
Sediakan bahan ulaman setakat yang ada dan sedia untuk dimakan dengan laksa yang dah pun direbus sampai empuk.

Kredit: dinda jiwa al hadi

IKLAN

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini .

Cara Buat Kicap & Pes Cili Untuk Char Kuetiau Homemade

Cara Buat Mi Telur Secara Homemade Guna 3 Bahan Je.

Resipi Mi Udang Yang Sedap, Pedas & Menyelerakan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI