Selain pau kukus, pau goreng juga mudah buat dan jadi kegemaran ramai. Kuih yang boleh dipelbagaikan intinya boleh dihidang pagi atau pun petang.
Memang boleh saja kita beli tapi buat sendiri lagi best, boleh letak inti banyak dan inti yang kita suka sama ada kelapa, kacang, sardin dan macam-macam lagi. Ikut suka!
Lagi menarik dari doh yang sama boleh jadi bomboloni, burger Malaysia dan donut. Memang berbaloi belajar buat sendiri kan.
Caranya boleh ikut perkongsian Noor Hayaty.
Buat Sendiri Pau Goreng Sedap & Mudah
Nak share resipi pau goreng, doh yang sama boleh buat donat, bomboloni, burger Malaysia. Ini resipi cara Cik Yaty ya.
Bahan untuk doh
500g – tepung gandum
1 biji – telur
2 sudu makan marjerin
1 sudu kecil (KFC) – garam
2 sudu makan – gula
1 pek (11g) – yis/mauripan kering
1 sudu teh – bread improver
1 sudu teh – baking powder
2 sudu makan – susu pekat
260ml- sir suam
IKLAN
Cara membuat:
1. Satukan air suam, gula, susu, yis/mauripan. Kacau sebati biarkan dalam 10-15 minit.
2. Sementara itu satukan pula tepung gandum bersama garam, baking powder, bread improver dan marjerin. Kacau dan gaul sebati.
3. Masukkan 1 biji telur dalam adunan dan kacau.
4. Kemudian masukkan bancuhan yis tadi dalam adunan tepung. Masuk sikit-sikit, gaul biar sebati dan tak melekat pada tangan.
IKLAN
5. Kalau rasa lembik atau melekat pada tangan, ambil minyak masak sikit letak pada tangan dan uli doh.
6. Rehatkan dalam setengah jam, letak dalam bekas besar, kalau tak melimpah doh.
IKLAN
7. Selepas 30 minit, keluarkan doh, tumbuk sikit dan bahagikan pada doh yang lebih kecil. Bolehlah letak inti kelapa atau apa juga yang disukai dan bentukkan ikut cita rasa. Biarkan seketika, kemudian bolehlah digoreng.
8. Selepas bentuk, letak dalam cawan kertas supaya senang diangkat, tak perlu letak dalam dulang dan tabur-tabur tepung lagi.
TIP
-Jika mahu frozen goreng sekejap saja, sekadar untuk matikan yis. Kemudian boleh angkat dan sejukkan kemudian masuk dalam freezer.
– Untuk burger Malaysia doh yang dibentuk boleh digoreng. Kemudian belah dan isikan sambal dan salad.
– Jika ingin buat bombolini selepas bentukkan doh biar seketika dan goreng. Tos dan tabur snow sugar. Gunting bahagian tengah atas dan dan paipkan inti ikut cita rasa.
Ni dia resepi kuih serabai yang lembut dan sedap dimakan. Dahlah tu siap pula dengan cara-cara membuat kuah kastan pandannya. Memang terbaiklah dihidang untuk sarapan dan minum petang. Nilah gandingan paling terangkat sedapnya.
Kuih serabai ni lembut da gebu aje sebab ada menggunakan yis. Jangan lupa tepung beras dan nasi. Ni tak payah pening-pening follow aje resipi yang dikongsikan Umi Watie ini.
KUIH SERABAI BAHAN-BAHAN:
Bahan-bahan apam serabai:
2 cawan tepung beras
½ cawan nasi
½ cawan santan
1 ½ cawan air
2 sudu makan gula
Sedikit garam
1 sudu teh yis
Bahan-bahan kuah kastard pandan :
20 gm tepung gandum
35 gm gula halus
150 santan kotak
70 gm air + 2 helai daun pandan (dikisar)
1 biji kuning telur saiz A
1 tsp pewarna hijau
CARA MEMASAK : 1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur. Lepas tu perap selama 1 jam. Mudah sangat kan?
2. Empunya resipi Umi guna kuali anti lekat. Buat comel-comel memang cun. Nampak bersarang ni kira dah jadi lah.
3. Untuk membuat kuah kastad, satukan semua bahan dan whisk kan semua bahan-bahan.
4. Selalu kacau dengan api kecil ya. Barulah adunan tak hangit atau berketul.
Kuih tradisionalseperti Kuih Kole Kacang memang sedap. Kalau tabur banyak tahi minyak, lagi sedap. Namun tak ramai yang berani nak cuba buat kuih ini secara homemade kerana beranggapan ia susah untuk dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Noor Nira, beliau kongsikan resipi Kuih Kole Kacang yang sangat mudah dan sedap. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH KOLE KACANG & TAHI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung kacang hijau – beli tepung yang telah siap disangai. Ada dijual di kedai bakeri – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, gula merah dan daun pandan. Panaskan sampai gula larut dan hancur. Sejukkan. 2. Dalam bekas berasingan, masukkan tepung kacang hijau, santan, air dan air gula yang telah disejukkan. 3. Kacau sebati hingga menjadi adunan yang tidak berketul. 4. Masak campuran adunan tadi dalam kuali menggunakan api perlahan. Terus kacau sehingga adunan meletup-letup kecil.
5. Tuang adunan ke dalam loyang bersesuaian. Biarkan sejuk. 6. Untuk menyediakan tahi minyak, masak santan yang telah dicampur garam menggunakan api kecil keperangan. Tapis untuk buang lebihan minyak.
7. Tabur tahi minyak diatas kuih Kole Kacang tadi.
Minum petang hari kita tekak terasa nak menjamah popia. Tapi bukan popia basah tetapi popia sira. Krup krap makannya disalut pula dengan sambal memang layan.Bahannya senang untuk disediakan, intinya juga boleh dipelbagaikan. Boleh guna inti sayur yang segar. Nak pakai isi udang, ayam atau daging pun boleh.Tak payah masukkan air dalam sambal sira untuk elakkan popia lembik.
POPIA SIRA CRUNCHY
Bahan-bahan: Kulit Popia secukupnya Sengkuang Lobak merah Isi ayam/udang/udang geragau 2 ulas bawang putih (cincang) Garam
Cara membuat: 1.Panaskan minyak tumis bawang putih 2.Masukkan ayam atau udang. 3.Masukkan sengkuang dan lobak merah (sekejap saja jangan lembik sangat) 4.Dah siap angkat dan masukkan dalam tapis supaya airnya tak ada masa kita gulungkan popia. 5.Biarkan sejuk sedikit baru gulung 6.Goreng hingga garing
Untuk sambal sira 1 mangkuk kecil cili kisar (cili kering ,3 ulas bawang putih,sedikit air) 2 sudu besar cili sos 1/2 cawan gula Sedikit garam Bijan Minyak untuk menumis
Cara memasak: 1.Panaskan minyak, tumis cili hingga naik minyak. 2.Masukkan sos cili. 3.Masukkan gula dan garam. 4.Masak hingga pekat sedikit 5.Taburkan bijan. 6.Dah siap tutup api. 7.Tunggu hingga sambal sira sejuk baru gaulkan dengan popia.