Sebelum isu boikot mungkin ramai kalangan kita yang selalu menikmati hidangan pancake di satu restoren makanan segera. Kalau teringin nak merasa kembali keenakan pancake ini apa kata buat sendiri saja di rumah.
Jika mahu pancake yang sama sedap dan gebu, boleh guna resipi yang dikongsi oleh Khairul Abdullah ini. Hidangkan bersama sirap maple dan mentega memang enak. Jimat pun jimat.
Buat sendiri pancake gebu gebas
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar gula
3 sudu butter dicairkan
Ads
Cara membuat
1. Mula-mula campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati. Kacau pakai sudu, atau masukkan semua bahan dalam blender dan kisar. Siap.
Ads
2. Panaskan kuali leper non-stick, api perlahan, sendukkan adunan atau batter tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sampai penkek tu nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan lalu biar sampai kuning keemasan.
Ads
Siap dan hidangkan dengan butter dan maple syrup ke, madu ke, aiskrim ke, susu ke atau apa saja yang disukai.
Talam cendol mudah tanpa telur ini memang lebih mudah dan cepat siap. Resipi asal ada menggunakan telur, tepung beras dan tepung jagung. Tapi ini versi mudah dan nak cepat siap.
1 1/2 sudu teh garam (rasa dulu ya jika kurang boleh tambah..Lagi sedap kalau rasanya masin-masin sikit)
(Satukan semua bahan kecuali cendol..kacau sebati dan tapiskan)
Cara Memasak Talam Cendol Mudah Tanpa Telur:
Untuk masak bahagian bawah, panaskan kukusan hingga air mendidih. Guna api sederhana perlahan.
Sapu minyak dan lapik plastik dalam Loyang (saiz 10×10). Jika guna acuan lompang (boleh beli online di sini) sapu minyak pada tiap Loyang. Tuang bancuhan bahagian bawah dalam loyang. Kkus selama 25-30 minit. Jika guna acuan lompang kukus 15-20 minit.
Untuk masak lapisan atas, buka tudung kukusan. Biarkan seketika dalam 3 minit. kukus tanpa penutup. Cucuk-cucuk bahagian gula merah guna garfu. Masukan cendol dan tuang bancuhan bahagian atas. Kukus selama 25-30 minit. Jika guna acuan lompang kukus 15-20 minit.
Buka tudung kukusan dan kukus selama 5-7 minit untuk hilangkan air di permukaan talam cendol. Biar betul-betul sejuk baru boleh potong guna pisau plastik. Selamat mencuba.
Bila dihidangkan dengan donut bergula ni, siapa pun tidak menolaknya. Tambah pula dapat yang lembut dan gebu. Memang confirm tak cukup satu. Nak buat doh yang gebu begini kenalah tahu tekniknya. Mengikut tip yang dikongsi oleh Yatiekitchen, bila nak buat doh donut dan pau sambal , masukkan yis serbuk ( brand mauripan ) 1/2 paket dalam cawan kaca,1 sudu kecil gula merah pasir , kacau dengan air suam dan biarkan sampai naik berbuih dalam 15 minit. baru campurkan dalam tepung. Kalau tak berbuih, maknanya tak jadi. Perlu diingat beli yis yang ada tarikh luput. Kalau kosong jangan beli.Moga ia memberi manfaat buat anda yang pertama kali nak cuba membuat donut.
Donut Bahan-bahan:
½ paket serbuk mauripan- BELI ONLINE DI SINI
1 cawan air suam*
1 sudu kecil gula perang (untuk masuk dalam yis)
400gm tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar gula perang (untuk masuk dalam adunan)
½ sudu kecil garam
1 sudu besar planta
2 sudu besar susu tepung
½ cawan air suam **
Gula kastor – untuk donut-BELI ONLINE DI SINI
Cara membuat:
1. Masukkan serbuk mauripan ke dalam 1 cawan air suam*.Campurkan gula dan kacau sebati. Letak tepi dan biarkan yis (serbuk mauripan) hingga berbuih (1/2 jam).
2. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas adunan, buat bulatan pada tengah-tengah tepung gandum. Tuangkan bancuhan mauripan tadi di tengah-tengah bekas adunan tepung tadi. Masukkan gula perang,garam,planta dan susu tepung. Gaul dengan air suam**,tuangkan sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
3.Biarkan, tutup dengan kain dan tunggu hingga doh naik (lebih kurang 45 minit). Apabila doh sudah naik,cucuk doh untuk keluarkan angin pada doh tadi. Ambil sedikit doh di dalam anggaran 1.6 oz per doh. Bulat-bulatkan.
4. Rehatkan doh yang telah dibulatkan selama 45-60 minit. Apabila semua doh mulai kembang, panaskan api dan goreng doh.Setelah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak. Tunggu hingga sejuk.
5.Cara buat doh: gunakan doh yang telah dibulat-bulatkan tadi, kemudian buat lubang di bahagian tengah. Goreng dengan api kecil. Setelah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak. Biarkan seketika dan golekkan dengan gula kastor. Siap untuk dihidang.
Ramadan sering mengingatkan kita dengan nostalgia makanan tradisi Di bulan inilah segala macam makanan akan dijual di Pasar Ramadan. Itulah keistimewaan bulan yang mulia ini. Bercakap tentang nostalgia Ramadan , buat penyanyi dan pelakon Zarul Husin tidak terkecuali dari mengimbau seleksi makanan yang menjadi kesukaannya.
“ Biasanya bulan puasa ni akan mengingatkan saya dengan hidangan Nasi Kerabu bersama Ikan Percik dan juga Sarea ( rumpai laut) yang digaul dengan kelapa . Bulan puasa sahaja ada makanan ni. Lagi satu ialah kuih cek mek molek dan seri muka.
Masa kecil saya selalu ikut arwah ibu berniaga dekat pasar besar Pasir Putih. Di pasar itu terdapat pelbagai jenis makanan. Antaranya Jala Emas, Kuih Tanjung, rata-rata semua masakannya manis. Itulah antara menu-menu special hanya ada pada bulan Ramadan,”terangnya.
Cuma tiap kali Ramadan teringin akan kuih Cek Mek Molek. Kuih Cek mek molek memang menjadi kegemaran Zarul dari kecil kerana di Kelantan mamang banyak dijual dan salah satu kuih kegemaran keluarganya.Ia memang sedap dimakan waktu panas-panas.
Tambah Zarul yang paling istimewa ialah Nasi Kerabu yang dimakan bersama ikan kembung percik. Ikan percik cara Kelantan berbeza warnanya putih manakala di tempat lain kuah perciknya merah. Menurut Chef Wan bezanya kerana diletakkan sedikit cili. Cili bergantung kepada kepedasaan masing-masing.
Bagi Chef Wan pula menyukai kuah percik merah. Nasi Kerabu olahan Chef Wan diletakkan sedikit santan untuk memberi rasa lemak. Menurut beliau ada yang meletak serai dan dititik sahaja sekadar memberi bau. Kuah percik biar berlebih jangan kurang agar puas menikmatinya.
NASI KERABU DAN PERCIK IKAN KEMBUNG
IKAN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan kembung
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu teh asam jawa
1 sudu teh halba
1 batang serai
Sehelai daun kunyit
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk kunyit secukup untuk menggoreng ikan
Daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit | dihiris halus
1 biji bawang besar | dicincang
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 inci halia
CARA MEMASAK PERCIK IKAN KEMBUNG:
1Tenggekkan santan di dalam periuk dan masukkan halba.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar, garam dan gula secukup rasa, asam jawa dan kacau untuk seketika.
3.Titikkan serai dan koyakkan daun kunyit lalu masukkan ke dalam periuk. Gaul seketika.
4.Panaskan sedikit minyak masak, celupkan ikan kembung yang telah disalut dengan kunyit, garam dan gula ke dalam kuah percik goreng ikan tersebut.
5.Sediakan hirisan daun selom,ulam raja, daun kesom, pegaga, bunga kantan, daun limau purut, daun kunyit yang dicincang halus dan bawang besar yang telah dicincang yang disajikan bersama nasi kerabu.
6.Setelah ikan digoreng, sediakan di atas pinggan dan tuangkan kuah percik bersama dengan ikan tadi. Sajikan nasi dan ulam-ulam yang telah dihiris dan dicincang . Sedia untuk dinikmati.
Tip: Boleh tambahkan bunga kantan dan daun kunyit ke dalam masakan untuk haruman yang lebih.
BAHAN NASI:
5 1/2 cawan beras
Air secukupnya
Pewarna kuning secukupnya
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh bersih hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan air dengan secukupnya mengikut sukatan yang biasa digunakan untuk masak nasi.
3. Tambahkan sedikit pewarna kuning dan daun pandan. Gaul rata dan masak menggunakan periuk nasi elektrik seperti biasa sehingga masak.
CEK MEK MOLEK
Bahan-bahan:
300gm ubi keledek ( direbus sehingga masak dan dikupas)
50gm tepung gandum serbaguna ( diayak)
Gula secukupnya
Secubit garam
Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak:
1.Rebus ubi keledek sehingga masak. Ramas atau tumbuk keledek tadi sehingga lembut.
2. Masukkan gula ikut citarasa sendiri dan tepung gandum. Jangan masukkan tepung terlalu banyak agar tidak keras dan tidak terlalu sikit agar tidak melekit.
3. Gaulkan adunan keledek tersebut dan bentukkan adunan keledek bersama inti gula di dalam. Pastikan inti gula adunan keledek tersebut menutup inti gula dengan betul.
4. Panaskan minyak masak dengan api yang kecil, goreng keledek tersebut sampai warna kekuningan dan boleh diangkat.
5. Kuih Cek Mek Molek sedia untuk dihidang.
*JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA SHARIFAH SHAHIERA
Setiap hari jam 5 petang , pastikan anda di depan kaca televisyen untuk menonton rancangan masakan ini .
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia...