Kalau pergi pasar malam, pasti ramai yang suka beli Popia Basah lagi-lagi kalau intinya banyak dan dituang dengan sos yang pekat yang sedap. Memang sangat menyelerakan. Sebenarnya, kita boleh buat sendiri menu ini di rumah. Sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga. Resipi yang dikongsikan Roshida Shida ini, lengkap dari cara buat kulit popia, sos dan juga inti dalam popia. Jom kita buat!
CARA BUAT POPIA BASAH YANG SEDAP & KULIT POPIA HOMEMADE
BAHAN KULIT POPIA:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 biji telur putih ¾ cawan air 2 sudu makan cuka Secubit garam
CARA MEMBUAT KULIT POPIA:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit.
2. Tutup dan perap 30 minit. Selepas ½ jam, panaskan kuali leper atau non stick, ambil sejemput adunan dan lengserkan di atas kuali nipis-nipis.
3. Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.
4. Kulit popia ni boleh letak bertindan ya sebab dia tak melekat.
1. Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula perang, gula pasir dan juga kicap manis.
5. Masak hingga pekat menggunakan api perlahan. Tambah garam secukupnya.
BAHAN INTI POPIAH:
Sengkuang (jika suka, hiris nipis @ memanjang) Tauge | bersihkan ½ biji kubis | racik halus 1 biji lobak merah | hiris memanjang Segenggam udang | buang kepala & ekor, potong kecil ½ labu bawang besar | cincang halus 2 ulas bawang putih | cincang halus Udang kering (optional – yang ni saya tambah sendiri, tumbuk halus) Garam secukupnya Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK INTI:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana. 2. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu. 3. Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya (masak sekejap je bahan inti).
BAHAN TABUR:
Kacang tanah | disangai, buang kulit & tumbuk Udang geragau kering | disangai & tumbuk halus Bawang goreng
CARA SEDIAKAN:
Sediakan kulit popia dan sapukan sos sedikit, masukkan inti. Gulung kemas. Buat sampai habis. Curahkan sos di atas popia tadi, tabur dengan bahan tabur. Siap.
Sedapnya Lepat Jagung ni. Kalau buat untuk minum petang, memang sesuai sangat. Istimewanya resipi ni anda tidak perlu kukus. Hanya kacau bahan-bahan hingga masak, bungkus dan simpan dalam peti sejuk je. Malah Opah Mas Cotek juga ajar cara-cara nak bungkus Lepat Jagungni dengan kemas dan cantik. Jom cuba. Bolehlah sedekah dekat jiran tetangga.
CARA BUAT LEPAT JAGUNG TANPA PERLU KUKUS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung jagung
2 sudu makan tepung Hoen Kwe
3/4 cawan gula
5 ½ cawan santan
1 cawan jagung (Opah Mas Cotek guna jagung dalam tin)
3 sudu makan perasa jagung (kordial jagung)
1 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya untuk membungkus – layur terlebih dahulu
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Masak guna api perlahan hingga pekat dan meletup-letup.
3. Kacau lagi adunan hingga kelihatan berkilat. Tutup api. Alihkan periuk dari dapur.
4. Ambil 2 sudu makan adunan lepat dan letak atas daun pisang. Bungkus ketika adunan masih panas.
5. Untuk membungkusnya, lipat sedikit tepi daun ( terik ke tepi sedikit adunan lepat tu).
6. Kemudian gulung seperti dalam gambar di bawah. Proses menggulung kena buat dengan cepat kerana adunan lembik & nak elak ia terkeluar dari daun.
7. Lipat bahagian hujung daun. Kemudian tolak ke bawah supaya padat.
8. Kemudian lipat lagi hujung bahagian atas seperti dalam gambar. Siap.
9. Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
10. Lepat Jagung sedap & lembut bergedik sedia untuk dinikmati.
Cantiknya Kuih Lapis Rainbow ni. Rasa sayang nak makan. Kepingan kuih tu dilapis sempurna. Nampak gambar je pun dah dapat rasa keenakannya. Bagi anda yang menggemari Kuih Lapis, resipi perkongsian saudari Azura Felula ni boleh dicuba.
Kuih muih melayu terdiri daripada pelbagai rasa, ada manis, masin dan juga pedas. Memang sedap untuk dinikmati kala minum petang. Kuih Cara Berlauk, salah satu kuih tradisional Melayu yang sangat disukai ramai. Sebab itulah kuih ini sentiasa menjadi kegemaran sepanjang zaman. Rasanya lembut, lemak dan sedikit pedas ini memang tak cukup satu bila makan. Pilihan kuih manis turut diminati ramai. RASA kongsikan resipi kuih muih untuk anda buat dan nikmati keenakkannya.
Apam Beras Choc Rice
BAHAN-BAHAN:
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh instant yeast
Kelapa parut putih + secubit garam | gaul rata
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan.
2. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
3. Panaskan kukusan, lapik acuan apam dengan parchment paper bercorak. Kacau bancuhan apam dan kacau rata.
4. Masukkan ke dalam acuan hingga hampir penuh dan tabur chocolate rice.
5. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan tuala dapur yang bersih. Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut.
Info chef: Boleh asingkan sedikit adunan dan warnakan dengan warna coklat, titiskan sedikit sebelum dikukus.
Kuih Lopes Gula Melaka
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan |dikisar
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam
Bahan Air Gula:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula
3 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMASAK:
Cuci beras pulut,rendam beras pulut dengan air selama tiga jam bersaman air kapur.
Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian masukkan santan & air pandan ke dalam pulut tadi, gaul rata dan kukus lagi selama 30minit.
Kemudian bentukkan pulut ikut bentuk yang anda suka.
Gaulkan pulut dengan kelapa parut. Ketepikan
Sementara itu buat air gula. Masukkan semua bahan air gula dalam periuk.
Masak menggunakan api sederhana, apabila mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat.
Angkat dan biarkan sejuk.
Siap dihidangkan bersama pulut
Pau Goreng Inti Kacang Merah
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung kuih pau
6gm yis segera
50gm minyak sayur
1/2sudu teh garam
100gm gula halus
250gm air suam
Bahan Inti:
200gm kacang merah
100gm gula perang
1/2 sudu teh gula merah
1/2sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
Simpan selama sejam.
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
Bingka Roti Lemak Manis
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
4 biji telur
1 cawan gula halus
100gm mentega | dicairkan dan biarkan suam
1/2 sudu teh garam
1 sudu kecil esen vanilla
12 keping roti putih | didadu
1/2 cawan tepung gandum
1 liter santan
1 cawan jagung krim dalam tin
CARA MEMASAK:
Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut.
Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata.
Tuang santan, kacau hingga semua sebati.
Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 – 20 minit.
Masukkan krim jagung , kacau hingga rata.
Tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak.
Biarkan kuih sejuk sebelum dikeluarkan dan dipotong.
Cara Berlauk
BAHAN-BAHAN:
75 gm tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan
2 sudu makan mentega | dicairkan
Beberapa titik pewarna kuning makanan
Secubit garam
BAHAN INITI:
100gm daging cincang
1 biji bawang besar | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
2 keping hirisan halia | dicincang
1 biji cili merah | dibuang biji dan dadu kecil
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh cili kisar
1/2 sudu teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup | dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Sediakan inti terlebih dahulu, panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bawang putih. halia dan bawang besar hingga layu, masukka cili kisar dan sos tomato. Kacau rata.
Tambah rempah kari, kacau dan tuang sedikit air.
Sementara itu, masukkan daging cincang dalam kuali dan kacau rata.
Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering.
Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam dan secukupnya.
Akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api, biar inti sejuk.
Untuk adunan tepung, ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Tambah garam, mentega yang dicairkan dan pewarna kuning. kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan.
Panaskan acuan, guna api dapur paling kecil. Sapukan setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak.
Tuangkan adunan 3/4 acuan. kemudian tuangkan inti ditengahnya.
Bakar lebih kurang 10-15 minit.
Setelah masak angkat dan keluarkan kuih cara, sementara itu bakar lagi sehingga adunan habis.