Kalau pergi ke Terengganu, keropok lekor tidak pernah lupa dibeli. Kalau biasa yang dijual sukar juga nak dapat yang betul-betul rasa ikan
yang banyak. Kalau dah suka makan keropok lekor, boleh buat sendiri ikut resepi yang dikongsi ini. Pertama kali buat keropok lekor dan sos pencicah sendiri
mujur menjadi. Boleh guna ikan temenung lemak memang enak rasanya.
KEROPOK LEKOR
Bahan-bahan:
20 ke 25 ekor ikan temenung lemak (ambil isi)
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
Garam ajinomoto
1 sudu baking powder
Cara membuat:
1.Blend isi ikan dengan sedikit air (agak-agak bagi boleh blend)
2.Gaulkan isi ikan yang telah diblend dengan tepung ubi, tepung gandum, garam, ajinomoto, baking powder. Tak perlu tambah air.
3.Uli sampai jadi doh.Lepas tu letak sikit minyak bagi doh licin.
4.Gentellah jadi panjang mana yang anda nak.
5.Masa nak gentel tu letak sikit minyak dekat pelapik supaya tak melekat.
6.Sambil tu boleh rebuskan air dulu dalam kuali besar.
7.Selepas air mendidih, masukkan keropok yang dah digentel tadi.Masak sampai keropok tu terapung naik tu maknanya dah masak elok.
8.Toskan dan sejukkan sebelum dipotong.
Ads
Sos pencicah
3 sudu cili kering yang dikisar
1 cawan air
1 sudu besar cuka
2 sudu gula
Garam dan ajinomoto
1 ketul gula merah
Sedikit air asam jawa
1 sudu tepung jagung
Cara membuat:
1.Campurkan semua dalam periuk kecuali tepung jagung.
2.Kacau sampai mendidih,baru masukkan bancuhan tepung jagung.
3.Kacau sampai likat.Tutup api
Macam ni rupanya buat Keropok Nasi homemade. Jika anda dan keluarga suka makan snek, sesuai sangat buat sendiri keropok ni. Sedap, mudah dan tidak menggunakan MSG. Lebih sihat tau! Buat banyak-banyak, bila dah kering, simpan dalam balang. Tahan lama. Bila rasa nak makan, tinggal goreng je. Resipi keropok nasi ini dikongsi dari saudari Norhawati Nadzir. Nampak mudah nak buat. Jadi jom cuba. Pasti sedap.
CARA MEMASAK:
1.Ambil nasi dan rendam dengan air selama 2 jam. Toskan.
2. Satukan nasi, bawang putih, ikan bilis dan serbuk ketumbar. Kisar halus bersama sedikit air. Air hanya guna sedikit sahaja, sekadar untuk mudahkan mengisar.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas dan campurkan dengan tepung ubi sambil digaul hingga menjadi doh. Sukatan tepung ubi agak-agak sahaja sampai boleh jadi doh yang tidak keras sangat dan tak lembik sangat. Cukup sekadar sampai doh boleh dibentuk sahaja sudah memadai.
4. Bentukkan doh menjadi lonjong, rebus hingga doh timbul, angkat dan warnakan. Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.
5. Keluarkan doh keropok dari peti ais n potong halus semua n jemur seharian.. Bila dah kering elok, bolehlah disimpan atau digoreng.
Salah satu hidangan Vietnam yang popular adalah Goi Cuon iaitu Spring Roll. Hidangan ini tiada minyak dan sangat sesuai bagi mereka yang berdiet. Ini cara membuatnya.
GOI CUON (FRESH VIETNAMESE SPRING ROLLS)
BAHAN SPRING ROLLS
6 keping kulit popia Vietnam (rice paper wrapper)
200 gram suhun | celur
200 gram dada ayam | rebus dan siat-siat
10 ekor udang sederhana | rebus, belah dua
5 helai daun salad
1 biji timun | buang empulur, potong memanjang halus
1 batang lobak merah | hiris memanjang halus
1 pokok daun ketumbar | cencang kasar
1 pokok daun bawang | potong memanjang
CARA MEMBUAT SPRING ROLL
1. Celup kulit popia Vietnam ke dalam air kemudian lap dengan tuala bersih.
2. Susun serba sedikit bahan-bahan lain ke atas kulit popia Vietnam kemudian gulung rapi.
BAHAN SOS
1 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan cencangan bawang putih
5 sudu makan sos hoisin
5 sudu air rebusan ayam
1 sudu makan mentega kacang
1 sudu makan gula
1 sudu makan kacang tanah sangai | tumbuk kasar
CARA MEMBUAT SOS
1. Panaskan minyak sayur dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi tapi jangan hangus.
2. Tambah sos hoisin, air rebusan ayam, mentega kacang dan gula.
3. Didihkan sehingga semua bahan sebati dan pekat. Tuang ke dalam mangkuk dan taburkan dengan kacang tanah sangai yang telah ditumbuk kasar. Ketepikan.
Tidak perlu sudah payah ke Kelantan untuk merasa keropok ikan locking. Buat sendiri baru puas hati dapat buat kuantiti banyak untuk famili anda. Jadi tidak ada yang berebut sebab tidak cukup.
SATE IKAN LOKCING
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan selayang (saiz besar)
1 cawan tepung ubi
1 sudu kecil soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
1 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
Kisar isi ikan yang sudah di buang tulang dengan bawang besar letak sedikit garam dan serbuk perasa sampai lumat.
Masukkan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk. Masukkan tepung ubi yang di campur dengan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat dekat tangan.(kalau adunan masih melekat boleh tambah sedikit tepung ubi lagi sehingha adunan tidak melekat di tangan).
Gentel adunan menjadi bulat-bulat kecil.
Goreng sekejap dengan api yang sederhana. Angkat dan tos kn.
Cucuk pada lidi satay dan bakar sedikit. Siap. Boleh makan dengan sos manis/ pedas.
BAHAN-BAHAN SOS:
5 biji cili kering
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
6 sudu gula (ikut citarasa anda lebihkan jika hendak lebih manis)
5 sudu tepung ubi
3 cawan air
Pewarna merah
Garam
CARA MEMASAK:
Kisar halus bawang merah, bawang putih, gula, garam dan cili kering.
Masukkan bahan kisar dalam periuk. Masak menggunakan api kecil.
Bancuh tepung ubi dengan air dan letakkan sedikit pewarna merah
Masukkan tepung yang sudah bancuh ke dalam periuk tadi. Kacau sehingga sos menjadi pekat dan warna berkilat.
Perasakan gula dan garam ikut kesukaan masing-masing. Siap boleh hidang dengan sate tadi. Kalau anda mahu rasa pedas tambah cili padi semasa kisar bahan-bahan awal tadi.