Pernah cuba Jeruk Limau Nipis? Pelbagai guna tau. Anda boleh menikmatinya sebagai ulam jeruk dengan cara dimakan bersama nasi, boleh dicampur dalam masakan Acar Buah malah boleh juga dicampur ke dalam minuman bersama sedikit madu. Sedap…. Bagi anda yang nak cuba, saudari Ami Sue Haji Sanusi ada kongsikan cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1. Basuh limau, lenyek-lenyekkan supaya lembut dan belah 4.
2. Panaskan air dalam periuk, rebus sekejap limau sehingga bertukar warna. Kemudian masukkan air baru, rebus sekali lagi, namun jangan rebus lama. 3. Angkat limau tadi dan toskan dulu. Biar sejuk sedikit.
4. Masukkan garam kasar ke dalam limau yang dibelah tadi. Sukatannya anggaran lebih kurang 1/2 sudu kecil untuk setiap biji.
5. Ambil gula pasir, larutkan dengan 1 cawan air mendidih dan biarkan sejuk dahulu. 6. Sediakan juga 1 cawan cuka makan. 7. Masukkan limau yang sudah diisi garam ke dalam balang. Susun elok-elok. 8. Tuang cuka dan air gula yang sudah sejuk ke dalam balang berselang seli sehingga habis. 9. Peram @ jerukkan limau selama 3 minggu hingga 1bulan. Selepas itu, bolehlah dimakan.
10. Selepas 1 bulan boleh simpan Jeruk Limau Nipis dalam peti sejuk supaya ia boleh tahan lama.
INFO:
Jeruk Limau Nipis ini boleh dibuat ulam jeruk yang dimakan bersama nasi panas, dicampur dalam Acar Buah dan boleh dibuat air yang dicampur dengan ais dan sedikit madu.
Limau perlu dilenyek bukan sekadar untuk melembutkan tetapi ia juga bagi mengeluarkan air pahit pada kulit limau.
Nachoas loaded ini antara makanan viral masa kini. Seperti makanan viral yang lain ramai yang sanggup beratur panjang untuk membelinya.
Tapi kalau nak merasa dan tak sanggup untuk beratur, boleh cuba sendiri. Tambah lagi jika satu keluarga turut mahu menikmatinya. Boleh beli nachoas timbang kilo dan ikut saja resipi yang dikongsi Tuan Adriana Arissa.
Resipi nachoas loaded, guna nachoas timbang kilo
Bahan – bahan
Nachoas timbang kilo (pilih perisa barbeku untuk lebih sedap)
500g-1kg daging cincang
Bawang putih -dicincang
Garam
Gula
Blackpepper
Sos Cheese – Swiss Bear
Bahan-bahan sos putih
2 sdb plain yogurt
2 sdb cream cheese – jika suka
4-5 sdb mayonis
3 ulas bwg putih
1/4 sk garam
1 sk blackpepper
1 sdb jus lemon/limau
1 sk Parsely
Air sikit ikut kepekatan
Gula
Bahan sos hijau
Daun ketumbar secukupnya -dicincang halus
4 sdb mayonis
1/4 cawan air secukupnya – ikut kepekatan
2-3 biji cili padi hijau
1 sdb jus lemon/limau
Avocado -jika suka
Garam
Gula
Bahan sampingan
Bawang India -dipotong dadu
Tomato -dipotong dadu
Timun Jepun -dipotong dadu
Lada benggala -dipotong dadu
Cara penyediaan
1. Goreng tanpa minyak daging cincang. Masukkan bawang putih dan sambung tumis sehingga daging masak (boleh tambah sos bolognese jika suka). Apabila daging sudah masak, ketepikan.
2. Satukan semua bahan sos putih, lalu gaul sehingga bahan sebati.
3. Kemudian satukan juga semua bahan sos hijau, gaul hingga semua sebati.
3. Masukkan nachoas dalam bekas, letakkan daging yang sudah dimasak tadi serta semua bahan-bahan sampingan.
4. Kemudian letak sos putih, sos hijau dan sos cheese. Gaul sebati semua bahan sebelum dinikmati.
Sos serbaguna ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila-bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya.
SOS PENCICAH SERBAGUNA
BAHAN-BAHAN:
1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
2kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.
4. Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.
Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Sesekali masak lauk kari kaw ni, pasti puas hati. Kena pula dengan Ikan Jenahak segar. Lagi bertambah-tambahlah sedap menunya. Bagi anda yang bercadang nak masak lauk kari hari ni, resipi ni boleh dicuba.
KARI MAMAK IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Jenahak
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1/2 cawan air asam jawa
250ml santan kotak
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN ISIAN:
5 biji bendi
2 biji terung panjang
2 biji tomato
2 biji cili hijau
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
Tutup api dan kari sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda juga tukar ikan kepada ikan merah atau pun bawal untuk resipi ini jika suka.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...