
Memang sedap makan ayam style Korea ni. Rasanya menawan selera dan teksturnya pula rangup. Kali ini RASA kongsikan resipi ayam cripsy dengan cita rasa Korea. Lagi sedap kalau buat sendiri kat rumah. Puas makan. Nak buat pun senang je.
AYAM KOREA CRISPY

.
BAHAN-BAHAN
• 2 ulas bawang putih
• 2 inci halia
• Sedikit lada hitam
• 1 ekor ayam (potong kecil)
• 1 biji telur ayam
• Setengah mangkuk tepung gandum
• Setengah mangkuk tepung jagung
• 2 cawan minyak masak
• 2 ulas bawang putih (didadu)
• 1 sudu besar serbuk cili
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar gula perang
• Secubit garam
• 1 mangkuk kecil bijan
CARA MEMBUAT
1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.
3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.
4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.
5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.
6. Masukkan bijan dan gaul sebati.
8. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.
Resipi oleh Rebecca Melessa dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Kek Gebu Dari Adriana Cakes House. Kek Lobak Merahnya Memang ‘Legend’…

Kepelbagaian bahan ramuan kek adalah kunci kepada terciptanya pelbagai resepi kek. Tak payah tunggu raya pun boleh aje buat kek ni. Kalau terlebih boleh aje simpan dalam peti sejuk. Jadi kalau ada tetamu tetiba datang ke rumah , bolehlah jamu kek sedap gebu ni.

Samada dari buah-buahan, bijirin ,kekacang, coklat dan perisa memberikan variasi dan ‘warna’ kepada kek tersebut. Norhayati Ahmad dari Adriana Cakes House sudi berkongsi resipi kepada ‘followers’ RASA.
1. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM

BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
- 200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
- *Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
- 250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
- 100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
- 240 gm gula halus
- 180 gm minyak jagung
- 2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
- 150 gm krim keju
- 30 gm mentega tanpa garam
- 60 gm gula aising
- 10 gm whipping cream
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan
CARA MEMASAK :
Kek :
1. Putar gula dan telur hingga kembang
2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang.
6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju :
1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 40 – 50 minit
Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
2. KEK JAGUNG LAPIS

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
- 5 biji telur gred A
- 160 gm gula
- 125 gm tepung gandum*
- 1 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)
- 75 gm minyak jagung
- 15 gm ovalet
- 2 sudu makan susu segar
Bahan kastad :
- 1050 ml santan (200ml santan kotak + air)
- 225 gm gula castor
- 10 gm serbuk agar agar
- Sedikit pewarna kuning
- 100 gm tepung Hoen Kwee (warna kuning)
- 75 ml air
- Secubit garam
- 400 gm ( 1tin jagung krim)
CARA MEMASAK :
Kek :
1. Satukan telur, ovalatte dan gula. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu segar. Gaul rata.
2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin segi empat berukuran (20 sm x 20sm,) yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas mentega.
3. Sapukan juga permukaan kertas dengan mentega.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit. Bila sudah masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan di atas redai.
5. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (17.8 sm ). Kemudian potong kek menjadi 3 keping.
Kastad:
1. Satukan semua bahan untuk kastad (kecuali jagung dalam tin) dalam bekas tahan panas.
2. Masak di atas air mendidih (secara double boiler) gunakan whisk.
3. Kacau hingga pekat dan berkilat. Masukkan jagung dan kacau sebati. Padamkan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis .
Cara buat lapisan kek jagung
1. Gunakan tin berukuran 20sm x 20sm (kedalaman 8 sm )
2. Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit.
3. Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek.
4. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek.
5. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.
6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang kurangnya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan.
*Bahagian yang ada kastad itu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ini dimulai dengan bahagian kastad dan akhir dgn kek.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar segi empat 20sm x 20sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 45 – 50 minit
Keistimewaan: Rasa jagung dapat dinikmati dalam kastad jagung yang dibuat
INFO : Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk.
3. KEK KACANG PECAN COKLAT GANACHE

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
- 4 biji telur gred A
- 180 gm gula kastor
- 170 gm tepung kek | diayak
- 2 sudu makan serbuk kacang pecan
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1 sudu makan ovalet
- 50 ml minyak jagung
- 1 sudu teh perisa badam
Bahan krim:
- 200 gm non dairy whipping cream (pukul sehingga kental)
Bahan Choc Ganache :
- 100 gm coklat masakan
- 100 gm non dairy whipping cream
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK :
Kek :
1. Ayak berrsama tepung kek dan serbuk penaik.
2. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak jagung
3. Pukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi putih, kembang dan gebu.
4. Tambahkan minyak jagung dan kaup balik sehingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang 20 sm yang telah dilapik dan disapu mentega.
6. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit bergantung kepada suhu oven anda.
7. Terbalikkan kek di atas redai sebaik sahaja kek masak. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang pembakar.
8. Biarkan kek sejuk, kemudian potong kepada 2 atau 3 kepingan.
Coklat Ganache :
1. Panaskan whipping cream sehingga mendidih
2. Masukkan whipping cream yang telah mendidih tadi ke dalam mangkuk berisi coklat masakan.
3. Tambahkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk sebelum digunakan.
Menghias kek:
1. Potong kek kepada 2 atau 3 keping. Letakkan sekeping kek di atas lapik kek.
2. Sapukan kek dengan whipping cream tadi. Kemudian letak sedikit coklat ganache di atasnya. Ratakan.
3. Letakkan lapisan seterusnya. Salut keseluruhan kek dengan menggunakan whipping cream. Simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam atau sehingga krim mengeras.
4. Kemudian, curahkan coklat ganache di atasnya dan ratakan ke seluruh kek. Sejukkan.
5. Akhir sekali, hiaskan atas kek dengan baki kacang pecan mengikut kreativiti anda.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat atau empat segi bersaiz 20 sm (1kg)
Waktu memasak: 40 – 45 minit
Keistimewaan: Rasa coklat dan kacang pecan yang lazat
INFO : Coklat ganache yang betul cara masaknya akan menyedapkan lagi kek coklat dan menambah lebih perisa coklat kepada kek coklat anda.
4. KEK TIRAMISU

BAHAN-BAHAN:
Bahan kek span perasa kopi :
- 150gm tepung superfine | diayak
- 150 gm gula kastor
- 5 biji telur gred A
- 1 sudu besar ovalet
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 80 ml susu segar
- 80 ml minyak jagung
- 1 sudu teh perasa kopi
Bahan sirap kopi:
- 1 sudu besar kopi paket 3 dalam 1(apa apa jenama)
- ¼ cawan air panas
* Satukan bahan di atas untuk menjadikan sirap kopi
Bahan krim keju:
- 250 gm krim keju
- 120 gm gula aising
- 200 gm whipping cream
- 150gm yogurt perasa asli
- 20 gm gelatin
- 80ml air panas
Cara membuat:
Kek :
1. Satukan tepung, gula, telur, ovalete dan serbuk penaik. Pukul selama 5 minit.
2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
4. Tambah kan perasa kopi dan kacau sebati.
5. Sediakan loyang bersaiz 20 sm (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang). Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
6. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
7. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun). Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Krim keju :
1. Putar krim keju dan gula hingga lembut. Masukkan yogut dan pukul lagi sehingga sebati.
2. Campur gelatin dan air panas. Gaul hingga gelatin larut. Setelah sejuk, campurkan gelatin ke dalam adunan keju tadi. Gaul sebati.
3. Masukkan whipping cream yang telah dipukul hingga kental ke dalam adunan keju dan gaul sebati.
Menghias kek:
1. Letakkan sekeping kek span di atas papan alas kek. Renjiskan sirap kopi ke atas permukaan kek supaya ia menjadi lembab.
2. Kemudian letakkan adunan keju ke atas kek dan ratakan.
3. Letakkan lapisan kedua dan ulangi langkah sama sehingga lapisan terakhir kek. Ratakan krim dibahagian tepi kek.
4. Untuk hiasan, taburkan serbuk koko di atas kek menggunakan penapis.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 1kg)
Waktu memasak: 30 minit
Keistimewaan: Rasa kopi asli dengan aroma kopi yang harum
INFO :Kek yang menepati citarasa penggemar kopi. Rasa krim keju mengimbangi rasa kopi dan memberi rasa lemak berkrim pada tiramisu ini.
5.KEK KEJU OREO

Bahan-bahan :
Bahan dasar kerak :
- 80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
- 50 gm mentega | yang dicairkan
Bahan krim keju :
- 250 gm krim keju @ cream cheese
- 200 gm non dairy whipping cream
- 150 gm yogurt biasa
- 50gm gula kastor
- 15 gm gelatin
- 60 ml air panas
- 50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Dasar kerak:
1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.
Kek krim keju :
3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
4. Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.
5. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
6. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
7. Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
6. Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
TERIMA KASIH : ADRIANA CAKES HOU SE. FB: Adriana Cake & Cookies, IG : Adriana_cakeshut
Resipi Kuih Cek Mek Kelantan. Mudah & Hanya Guna 4 Bahan

Sedapnya kuih Cek Mek ni. Kuih ini merupakan salah satu kuih tradisional Kelantan yang sangat sedap dan mudah disediakan. Hanya menggunakan bahan-bahan mudah didapati, kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada di waktu pagi, petang atau di majlis-majlis keraian. Nak cuba? Saudara Mohd Azmy ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT KUIH CEK MEK KELANTAN YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi keledek
1/2- 1 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh baking powder – beli online disini
Gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Rebus ubi keledek dengan secubit garam hingga empuk. Empunya resipi guna ubi kuning kerana rasanya yang lebih manis.
2. Bila ubi telah empuk, toskan air dan lenyek menggunakan lesung batu hingga lumat.


3. Masukkan tepung gandum dan juga baking powder. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambal diuli. Jangan letak banyak nanti kuih akan keras. Pastikan jumlah ubi lebih banyak dari tepung.

4. Uli hingga adunan tidak melekat di tangan.

5. Sediakan minyak dan juga gula. Minyak untuk memudahkan proses menguli doh. Gula pula dijadikan inti kuih.

6. Cubit doh dan leperkan. Letak 1 sudu teh gula.

7. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur.

8. Lakukan proses yang sama hingga habis adunan.

9. Panaskan minyak masak yang banyak dan goreng cek mek tadi hingga keperangan.

10. Angkat dan toskan. Tunggu kuih sejuk seketika barulah dinikmati.

11. Kuih Cek Mek sedia untuk dihidang. Berhati-hati jika makan sebaik diangkat dari kuali kerana air gulanya masih panas.

Kredit resipi & foto: Mohd Azmy
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Guna Minyak Bijan. Ini Rahsia Masak Nasi Goreng Cina Jadi Lebih Sedap
Sangat Sedap! Peniaga Kongsi Resipi Sambal Telur Ikan Bilis Bebola Ikan
Hanya Guna 4 Bahan. Resipi Sekaya Telur Ni Memang Mudah & Sedap
Resipi Kuih Lapis Coklat Pandan Paling Mudah. Bahan Hanya Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kerabu Kerang Ala Thai, Sajian Berbuka Gerenti Sedap

Kerabu kerang ala Thai ni nampak sungguh menyelerakan. Pastikan kerang yang dipilih adalah segar, baru manis sedap rasanya.
Ni resipi ala Ekin Omar, berbaloi dicuba. Kalau ikut gayanya kerang direndam dahulu dengan cuka dalam sejam, selepas tu cuci bersih guna berus kecil. Kemudian boleh direbus dua minit dan terus angkat dan rendam dalam air
KERABU KERANG ALA THAI VERSI EKIN

BAHAN-BAHAN :
Bahan kisar
5 biji cili merah @ cili segar
15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 sudu besar sos ikan
5 sudu besar limau kasturi
5 sudu besar gula perang
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk perasa ayam
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Bahan sampingan dihiris halus
Daun ketumbar
Kobis
Lobak merah
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan didihkan sampai cili tu masak.
2. Kemudian baru masukkan air tepung jagung,(letak 2 sb tepung jagung & 1/2 cawan air kacau sebati).
3. Tuang dlm sos tadi,kacau rata dan masak lah hingga pekat. Boleh tambah gula garam kalau sambal tu terlampau pedas.
4. Tunggu sos thai tu sejuk baru campur dgn daun ketumbar yg di hiris halus.Boleh lah digaul dgn kerang tadi.
5. Campur lah dengan sayur yg korang suka. (saya guna kobis & carrot)
Siap..boleh lah di makan.
Selamat Mencuba By Ekin Kitchen😘
fb : Ekin OmAr
ANDA MUNGKIN SUKA VIDEO MASAK INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
https://www.rasa.my/menu-makanan-laut-tak-pernah-jemu-makan/

