Andai berkesempatan ke Thailand, rugi tidak mencuba pemanis mulut yang ada di negara ini.Terlalu banyak dijual dengan rasa yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Dalam penyediaan pemanis mulut ini bahan utama yang digunakan ialah penggunaan gula palm yang rasanya tidak manis, enak dan berbau wangi.Selain itu dimbangi dengan penggunaan santan yang memberi rasa lemak agar pemanis mulut yang dirasai tidak rasa muak. Antara yang menjadi tarikan ialah Khao Niao Mamuang, Mangga Thai dengan pulut, Chao kuai, cincau yang sering dihidangkan dengan ais parut dan gula perang.Khanom Bua Loi – keladi dicampur dengan bebola tepung ke dalam santan dan pelbagai lagi hidangan pemanis yang memikat selera.

RASA kongsikan resipi autentik ilham Chef Thiti dari Thailand yang berpengalaman luas dalam penyediaan hidangan dari Thailand. Menurutnya resipi yang dikongsi itu merupakan resipi lama yang diolah dengan cara moden.

Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand
Agar-Agar Lapis.

Saiz hidangan: 2-3 org
Waktu memasak : 20-25 minit
Cara memasak : Didih
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 8-10

Bahan-bahan:
1 1/4 sudu teh serbuk agar-agar
2 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
Lapisan pandan
1 cawan air pandan
1 1/2 air
3/4 atau 1 cawan gula
1 1/4 sudu makan serbuk agar agar

Cara memasak:
1. Lapisan pandan- letak air dalam periuk ,air pandan, gula dan serbuk agar-agar. Masak hingga larut.
2. Lapisan santan -masukkan santan, air, gula, agar-agar dan garam. Masak hingga larut.
3. Setelah masak, letakkan lapisan pertama dalam acuan dan biar hingga beku.
4.Diikuti lapisan kedua iaitu lapisan santan, biarkan ia beku.
5. Ulang langkah yang sama berselang seli hingga memenuhi acuan.
6. Untuk rasa yang lebih sedap,boleh letakkan dalam peti sejuk.

Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand
Tako Sago Fancy.

Saiz hidangan: 2-3 org
Waktu memasak : 1/2 jam
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 8-10

Bahan-Bahan:
Bahan Lapisan Bawah: 20gm sago
20gm tepung Hoen Kwe (warna putih)
3 keping sengkuang cina – dipotong dadu
100gm isi kelapa muda
130ml air
40gm gula
165ml jus pandan (kisar 2 helai daun pandan dengan air dan tapis)
secubit garam

Bahan Lapisan Atas: santan
20gm tepung beras
20gm tepung Hoen Kwe (warna putih)
150ml santan
230ml air
40gm gula
sedikit garam

Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah ke dalam periuk kecuali sengkuang cina dan masak sehingga ia menjadi jernih dan sebati.
2. Masak dengan api sederhana, kacau sehingga adunan jadi pekat seperti yogurt.
3. Masukkan sengkuang yang dipotong dadu dan isi kelapa muda, kacau rata dan sejukkan.
4. Hati-hati sudukan campuran sengkuang ke dalam daun pandan dan ketuk sedikit untuk ratakan permukaan.
5. Kemudian sediakan pula lapisan atas. Kacau semua bahan tadi di atas api sehingga pekat.
6. Kemudian tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah diletakkan ke dalam acuan tadi.
7. Apabila semua adunan siap masukkan ke semua tako tadi ke dalam peti sejuk.

Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand
Pulut Mangga Thai -Khao niao mamuang.

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak : 1/2 jam
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 20

Bahan-bahan:
1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan)
1 cawan santan cair
Sedikit garam
(Santan dibancuh dengan sedikit garam)
2 biji mangga masak (Dihiris)
1 cawan santan pekat
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa

IKLAN

Cara memasak:
1.Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukus dan kukus sehingga masak (naik wap).
2.Masukkan pulut ke dalam mangkuk tahan panas dan tuangkan santan cair yang dibancuh garam. Gaul sebati.
3.Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukus dan kukus lagi sehingga naik wap semula.
4.Masukkan santan pekat, tepung jagung, gula pasir dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap sambil sentiasa mengacau sehingga agak pekat.
5.Letakkan pulut dalam piring dan hias bersama mangga di atasnya.

Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand
Taptim Grob ( Rubies in Coconut Milk).

Saiz hidangan: 3 orang
Waktu memasak : 1/2 jam
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 10

Bahan-bahan:
Sengkuang
30gm sengkuang – dipotong dadu dan reneh
1 cawan tepung ubi
1/2 camca teh pewarna merah,hijau,kuning,oren + 1 cawan air
Sirap
1/2 cawan gula
1/4 cawan air
2 helai daun pandan* (*dimasak hingga gula hancur)
Santan
1/2 cawan santan pekat + secubit garam
Ais hancur secukupnya

Cara memasak:
1. Bersihkan sengkuang cina dan potong dadu.
2. Kemudian, rendamkan di dalam pewarna selama 10 minit sebelum ditoskan airnya.
3. Setelah itu, gaulkan sengkuang tersebut bersama tepung ubi.
4. Rebus sengkuang tersebut.Tunggu sehingga sengkuang timbul dan bolehlah diangkat.
5. Letakkan di dalam bekas berasingan yang telah dicampur dengan sedikit ais supaya tahan lama.
6. Selepas itu, panaskan santan dengan api perlahan dan masukkan sedikit garam ke dalamnya.Biar sehingga sejuk.
7. Panaskan gula dan air sehingga mendidih.
8. Angkat dan biarkan sehingga sejuk sebelum dihidang bersama santan, sengkuang dan ais.

Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand
Krong Krang Kati Sod (Caramelized crisps in coconut cream).

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 10

Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan santan (cair)
1 cawan santan (pekat)
1/2 cawan gula
1 1/2 sudu teh garam
3 sudu teh bijan putih yang disangai

IKLAN

Cara memasak:
1.Ayak tepung ubi bersama santan cair di dalam periuk. Reneh dalam api perlahan hingga tepung ubi larut, kacau sehingga pekat dan kering. Tutup air. 2.Uli tepung tadi hingga jadi bentuk palet ( 1 inci panjang) dan gunakan pinggan krong krang ( atau guna garfu) untuk membuat bentuk pada setiap bebola krong krang.Setelah itu letakkan bebola tadi atas tepung ubi dan tutup dengan kain linen separuh kering.
3.Masukkan bebola krong krang dalam air panas dan tunggu hingga ia timbul ke atas. Alihkan ke dalam air biasa dan toskan.
4.Campurkan santan pekat, gula dan garam di dalam periuk, reneh dengan api perlahan sehingga masak. Kemudian masukkan bebola krong krang yang dimasak, reneh sementara dan tutup api.
5.Hidang di dalam mangkuk kecil dan tabur bijan di atasnya.

Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand
Green Coconut Pudding Recipe.

Saiz hidangan: 10-15 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 8-10

Bahan-bahan:
4 cawan air kelapa
8gm agar agar
4 titis pewarna makanan
1 1/2 sudu makan gula
1 1/2 cawan kelapa

Cara memasak:
1. Rendam agar selama 10 minit di dalam mangkuk berisi air yang penuh. Selepas 10 minit, toskan.
2. Dengan menggunakan api sederhana, masukkan air kelapa, gula dan agar-agar tadi juga pewarna hijau ke dalam kuali. Biar ia masak dan pastikan adunan sentiasa dikacau.
3.Sementara itu, potong kelapa muda halus dan letak tepi. Apabila agar agar telah larut, padamkan api. letakkan hirisan kelapa dalam acuan bentuk segiempat dan tuang adunan kelapa panas tadi ke atasnya.
4. Simpan acuan ini ke dalam peti sejuk sementara. Setelah keras, keluarkan dari peti sejuk dan potong dalam bentuk kiub.
5.Puding sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan kelapa parut dan hidang semasa sejuk.

Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand
Coconut Khao Lam.

Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak :45 minit – 1 jam
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 20

Bahan-bahan:
200gm beras pulut -rendam semalaman
10gm pulut hitam -rendam semalaman
10gm keladi
5gm kelapa
100gm gula
5gm garam
500gm santan

IKLAN

Cara memasak:
1.Basuh beras pulut yang direndam semalaman
2.Pulut yang direndam ini dikukus dahulu.
3.Apabila masak , masukkan ke dalam kelapa. Tambahkan kacang, keladi, gula, santan dan garam ke dalam kelapa muda.
4.Kukus kelapa tadi selama 45 minit.

Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand
Khanom Maw Kaeng -Mung Bean Custard ( bingka kacang hijau).

Saiz hidangan: 4-6 orang
Waktu memasak :40 minit – 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 20

Bahan-bahan:
4 biji telur
2 bji telur itik
1/2 cawan kacang hijau (dibuang kulit dan telah direbus)
1 cawan santan
1/2 cawan gula
1/2 cawan bawang-digoreng rangup
2 sudu makan minyak gorengan bawang
3 helai daun pandan
1/4 sudu teh garam
Saiz: 8”x 8 “persegi dulang pembakar

Cara memasak:
1. Dalam mangkuk letakkan gula,telur dan daun pandan.Ramas dengan tangan hingga gula larut.
2.Masukkan garam,santan dan gaul sebati. Keluarkan daun pandan.
3.Tapis adunan untuk dimasukkan ke dalam kuali.
4.Masukkan kacang hijau yang ditumbus halus.
5.Kacau sebati hingga adunan menjadi pekat.Masak sebentar sehingga berwap,guna api kecil selama 5 minit.
6.Masukkan dalam loyang.
7.Panaskan oven 180C, sapukan minyak di sekeliling loyang dan bakar 20-30 minit sehingga bertukar kekuningan.
8.Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bawang goreng di atasnya.
9.Biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong.

Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand
Sangkhaya fak thong -Kastard Labu

Saiz hidangan: 8-10 orang
Waktu memasak :1 jam (bergantung pada saiz labu)
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 20

Bahan-bahan:
1 biji labu sederhana besar -dikukus dahulu
4 biji telur
3/4 cawan santan
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh ekstrak vanila

Cara memasak:
1.Bersihkan labu, buang bahagian atasnya dan keluarkan biji labu dengan sudu hingga habis. Cuci dan ketepikan.
2.Campurkan gula, santan, garam dan ekstrak vanila dan masak dengan kepanasan yang sederhana hingga gula larut.Padamkan api dan biarkan sejuk mengikut suhu bilik.
3.Campurkan telur ke dalam adunan santan dan kacau rata hingga membentuk kastard.
4.Apabila siap, tuangkan adunan tadi ke dalam buah labu. Kukus selama 1 jam.
5.Sejukkan dahulu dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Sajian Pemanis Mulut Istimewa Dari Thailand
Sticky Rice Cut – Khao Nieow Dtut.

Saiz hidangan: 10 orang
Waktu memasak : 20-25 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pemanis mulut
Keistimewaan : Manis dan lemak
Anggaran kos : RM 20

Bahan-bahan:
1/3 cawan black bean (kering)
2 cawan beras pulut -rendam sekurang-kurangnya 6 jam
1 cawan santan
1/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
Secubit garam
1/2 cawan gula
1 sudu besar tepung ubi
Sos:
1 cawan santan pekat
secubit garam
1/2 cawan gula
1 sudu besar tepung ubi

Cara memasak:
1. Rendam black bean semalaman di dalam air suam dan juga beras pulut . Keesokkannya tos kedua bahan tersebut dan kukus selama sejam. Tos dan letak tepi. Kemudian letakkan dalam bekas 8x8x2.
2 Satukan santan,garam dan gula, kacau hingga sebati dan tuang ke atas pulut. Kukus selama 30 minit sehingga lembut.Sementara pulut masak, campurkan semua bahan untuk sos. Tuang sos ke atas pulut yang dikukus. Kemudian tutup dengan pengukus dan sambung kukus selama 5 minit.
3. Buka pengukus dan letakkan black bean di atas permukaan pulut. Tutup semula dan kukus 5 minit.
4. Biarkan pulut sejuk dan kemudian dipotong empat persegi sebelum dihidang. Letakkan kelapa parut yang manis dan hidang bersama mangga.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI