Ketika ini ramai yang dalam usaha mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat demi menurunkan berat badan. Tapi dalam masa yang sama teringin nak makan kuih muih.

Kalau dah teringin sangat boleh saja menikmatinya tapi pastikan sihat. Salah satu yang boleh dibuat adalah lepat pisang dua bahan versi sihat. Caranya dikongsi oleh Ayu Zule.

Resipi lepat pisang sihat 

Buat Lepat Pisang Versi Sihat, Tanpa Tepung & Gula

Saya kongsi resipi sihat lepat pisang tanpa tepung dan tanpa gula. Hanya guna 2 bahan sahaja iaitu rolled oat dan pisang.

Sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet dan nak makan kuih tapi dalam versi sihat.

Bahan-bahan

-1/4 cawan rolled oat – gunakan yang biasa, kisar kering sehingga hancur.
-1 biji pisang – dilenyek, gunakan pisang berangan atau pisang lain pun tiada masalah)

IKLAN

Buat Lepat Pisang Versi Sihat, Tanpa Tepung & Gula

Cara Membuat:

1. Gaul rolled oat dan pisang yang telah dilenyek tadi sehingga sebati.

2. Selepas itu, layurkan daun pisang di atas api untuk mudahkan cara nak membungkusnya.

IKLAN

Buat Lepat Pisang Versi Sihat, Tanpa Tepung & Gula

3. Letakkan 1 ½ sudu besar bancuhan kuih tadi di atas daun pisang dan balut seperti biasa.

4. Kukus kuih dalam pengukus selama lebih kurang 15 – 20 minit.

5. Tekstur dan rasa sama sahaja seperti menggunakan tepung biasa.

IKLAN

Buat Lepat Pisang Versi Sihat, Tanpa Tepung & Gula

Tak perlu letak gula sebab pisang itu pun dah cukup manis. Resipi ini boleh dapat 3 biji kuih lepat tapi makan 2 biji pun dah kenyang. Kalori anggalan dalam 250kcal untuk 3 biji.

Jika nak buat banyak, boleh saja gandakan bahan tersebut dan frozen dalam peti ais. Nak makan boleh kukus seketika.

Buat Lepat Pisang Versi Sihat, Tanpa Tepung & Gula

Sumber: Ayu Zule

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI