Kek Pandan kukus yang paling mudah untuk dibuat. Resipi ini sesuai sangat dicuba oleh anda yang tercari-cari resipi kek yang mudah, tidak perlu guna mesin pengadun dan juga ketuhar. Ini kerana anda hanya memerlukan blender dan periuk kukusan sahaja.
Bahan-bahan asasnya juga sangat ringkas dan mudah didapati. Paling penting kena ada telur dan tepung. Anda juga boleh guna air kisaran daun pandan untuk bau serta warna semulajadi.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Sally Aqua ni. Pasti puas hati dengan rasanya. Bak kata empunya resipi, sekali makan, berebut dengan anak-ank. Tak sedar dah habis sebiji. Wow..Sedap betul ni. Jomlah cuba!
RESIPI KEK PANDAN GUNA BLENDER DAN KUKUS SAHAJA. SEDAP, MUDAH & CEPAT
BAHAN KISAR HALUS HINGGA KEMBANG:
4 biji telur (gred c) – jika telur greb B guna 3 biji sahaja
1/2 cawan gula kastor (gula halus) – beli online disini
2 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
1/2 cawan minyak masak. (Kurang sikit pun boleh, jangan terlebih)
1 sudu teh perasa pandan – beli online disini
1-2 titis pewarna hijau – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan ayak kemudian ayak ke dalam satu bekas yang bersesuaian. Ketepikan.
2.Seterusnya, satukan bahan-bahan kisar. Kisar hingga halus.
3.Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan ayak tadi. Gaul hingga sebati dan bercampur rata.
4. Tapis adunan supaya tiada ketulan tepung. Kemudian masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus kek selama 30-40 minit.
6. Bila kek sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Coklat Lava ini asalnya daripada kek yang tidak masak. Jadi, kalau terlebih masa masak, akan jadi kek coklat biasa. Nak membuat kek coklat lava ini kena try and error. Kena pandai kawal suhu oven.
.
BAHAN ADUNAN COKLAT MENTEGA
100 gram dark coklat jenis compound coin
5 sudu besar mentega
CARA MEMBUAT ADUNAN COKLAT MENTEGA
1. Double boil dark coklat dan mentega. Boleh juga guna microwave lagi senang.
BAHAN LAIN
2 biji telur ayam
1 biji telur kuning sahaja
3 sudu besar gula
2 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
CARA MEMBUAT
1. Whiskkan telur ayam dan gula sampai gula hancur.
2. Masukkan ADUNAN COKLAT MENTEGA dalam telur.
3. Masukkan esen vanila, tepung, serbuk koko dan kacau sebati.
.
.
.
4. Sapu minyak atau mentega kat tepi bekas. Masukkan adunan dalam bekas.
.
5. Panaskan oven api atas bawah 200 degree terlebih dahulu.
6. Bakar untuk 10 minit. Pastikan bahagian atas dah kering namun bahagian dalam masih basah lagi.
7. Tutup api oven dan biarkan coklat lava dalam oven untuk 5-8 minit untuk set.
8. Terbalikkkan coklat lava atas pinggan dan tabur gula aising. Sedia dihidang.
A. Boleh guna bekas mufin atau cupcake. Guna bekas aluminium foil pun boleh. Guna bekas Ramekin lagi bagus.
B. Boleh masak guna air fryer. Suhu 180 degree untuk 5 minit sahaja.
Biskut florentine ini boleh masuk dalam senarai kalau baru cuba nak buat biskut raya sendiri tahun ini. Sebab cara membuatnya cukup mudah, sesuai sangat buat beginner.
Nama saja biskut florentine tapi yang ini tak payah uli pun atau terap dengan acuan. Nemun biasanya biskut inilah yang paling ‘laris’ raya nanti. Nak cuba boleh ikut resipi dikongsi oleh Noor Sa’dah Mohd Saidun.
Bahan-bahan:
500 gram tepung florentine
500 gram almond flakes
200 gram biji labu (pumpkin seeds)
200 gram biji bunga matahari (sunflower seeds)
50 gram bijan hitam (Black sesame seeds)
20 gram bijan putih (sesame seeds)
Muffin cup
1. Bakar semua kekacang sebentar dalam masa 5 minit suhu 160°c. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati.
3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati .
4. Masukkan sesudu adunan ke dalam muffin cup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar.
5. Bakar selama 10-15 minit dgn suhu 170°c.
6. Keluarkan biskut daripada muffin cup dan biarkan sejuk sebentar.
7. Simpan dalam bekas kedap udara.
INFO
Tepung florentine ialah tepung berkaramel, oleh itu, tepung ini akan mudah keras jika terkena angin. Pastikan tutup campuran kekacang dan tepung florentine supaya tepung tidak mengeras. Tepung yang sudah mengeras akan menyukarkan kita memasukkannya ke dalam muffin cup.
Macam-macam cara dan stail orang memasak. Ada yang masak campak-campak pun dah menjadi , rasa pun sedap. Berkenalan dengan Syed Munawwar Syed Muhazani salah seorang instafamous dengan jutaan pengikut di instagramnya syedmunawwar punyai stail tersendiri dalam mengolah masakan.
Leka melihatnya memasak di instagram, santai dan bersahaja. Setiap kali video memasaknya dimuat naik, sememangnya dinantikan.
Istimewanya pemuda berusia 27 tahun dan berasal dari Alor Setar,Kedah ini masih bujang namun mempunyai minat yang mendalam dalam masakan.
“Saya membuat perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Pada asalnya akaun instagram saya hanyalah akaun personal dan tidak aktif. Namun setelah melihat video masakan di instagram milik chef selebriti adamdidam bergandingan bersama Aunty Aini di rancangan Rasa Ketuhar Kuali, menarik minat saya untuk lebih rajin mempelajari ilmu masakan dan resipi-resipi yang belum saya tahu. Dari situ jugalah timbul minat untuk saya membuat video dan dikongsi di Instagram,” akui Syed.
Bermula dari detik itu, Syed akui mula memuatnaik video memasak di akaun instagram peribadi. Keluarga terutama ibu sering menyokong akan minat saya ini. Tujuan Syed mahu berkongsi ilmu masakan yang dapat dimanfaatkan oleh pengguna di media sosial.
Turut memberi inspirasi buat dirinya ialah chef instafamous raffieyusoff antara yang menarik minat dalam membuat video masakan dan mempelajari resipi-resipi yang belum mahir buat dirinya.
Tidak dinafikan dalam usaha untuk meneruskan minatnya itu, ada juga segelintir rakan-rakan yang menyindir dan memperlekehkan apa yang dilakukan pada mulanya. Walaupun begitu, tidak diendahkan dan terus berfikiran positif kerana terlalu minat dan merasa puas bila dapat berkongsi resipi dengan orang lain.
Pengalaman masak
“Menu pertama yang saya belajar masak adalah sambal telur goreng dan mi goreng. Mi goreng ini special sikit sebab saya belajar dari ayah saudara saya sendiri ketika itu dan menu bufet itu untuk dihidangkan kepada staf yang bekerja di sebuah kantin kilang di Perai.
Pada masa itu saya bekerja sebagai pembantu dapur dan ayah saudara saya tukang masak di kantin tersebut. Pertama kali saya masak untuk ramai orang. Memang berdebar tetapi Alhamdulillah mi tu habis awal dari menu bergoreng yang lain.
Saya juga pernah berniaga dengan menjual nasi lemak bungkus dan nasi tomato bajet bungkus dan diletakkan di kedai-kedai makan dan warung untuk sarapan pagi dan untuk kedai-kedai makan yang beroperasi pada waktu malam. Walaupun hanya beberapa bulan. Bagi saya banyak pengalaman yang saya peroleh dalam bidang perniagaan yang bermula dari rumah,” cerita Syed.
Ayah yang juga bekas seorang tukang masak di hotel turut berkongsi beberapa menu dan tip masakan kepada Syed. Malahan ibu juga mahir membuat aneka biskut raya dan mengambil tempahan dari rakan-rakannya setiap tahun pada bulan Ramadan dan Syed turut membantu ibu dalam menyiapkan tempahan biskut raya.
Kesungguhan dirinya dalam masakan turut mendorong dirinya untuk melibatkan diri dalam kelas-kelas PJJ atau Online Baking Class untuk mempelajari resipi kek dan pastri dan ia juga cabang memasak yang diminatinya.Akui Syed kekuatan masakannya adalah menu berlauk kerana keluarganya suka menikmati nasi. Syed juga suka mencuba dan belajar menu masakan lain dan tidak terhad untuk masakan melayu sahaja.
“Bagi saya skop dalam bidang masakan ini sangat luas. Dan lain orang lain cara masak. Walaupun selalu berkongsi resipi di instagram melalui video masak. Saya tak rasa diri pandai. Saya akui skop dalam bidang masakan ini adalah sangat luas dan tidak ada penghujung. Masih banyak yang perlu saya belajar. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya masak.
Majalah rasa juga antara bahan rujukan saya untuk mencari idea memasak. Menu yang selalu keluarga saya minta adalah masakan lauk pauk iaitu Gulai Ayam Pakistan,Nasi Briyani,gulai siam ayam,ayam masak ungkep,asam pedas ayam,ikan kembung goreng berlada,kari ikan kembung. Manakala dessert yang sering diminta oleh keluarga ialah brownies,”jelas Syed.
Syed berpendapat memasak adalah penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Walaupun Syed sering memasak namun masakan yang digemari tetap dari air tangan ibu sendiri. Kelebihan memasak sendiri di rumah ia lebih menjimatkan kos dan rasa lebih puas sebab boleh letak bahan sebanyak mana yang kita suka.
Dalam mengabadikan gambar dan video, Syed hanya menggunakan kelebihan smartphone yang ada. “Saya beli bahan mentah sendiri buat prep sendiri,masak sendiri,record sendiri,edit video sendiri dan kemas dapur sendiri. Kadang-kadang rasa letih jugak tapi saya rasa puas sebab ini minat saya. Apa saja yang kita buat dengan rasa minat dan semangat yang kuat itulah kepuasan yang hakiki. Dan rasa seronok lagi apabila resipi yang dikongsikan mendapat respon yang positif dan dicuba oleh ibu-ibu dan pelajar-pelajar yang berjauhan dari keluarga.
Ini kerana apabila mereka mencuba resipi itu dan sesuai di tekak mereka,rasa sedap. Resipi tu akan terus mengalir dan mereka akan sampaikan resipi tu kepada orang lain pula. Ilmu tu akan terus mengalir,” ujar Syed mengakhiri bualan.
TOM YAM SANTAN
Bahan-bahan:
2 liter air
5 helai daun limau purut / di carik kasar
5 biji bawang merah / dihiris
1 1/2 inci lengkuas / dihiris
3 batang serai / dititik
1 kotak kecil santan
4-5 sudu besar pes tomyam
5-6 biji cili padi merah dan hijau / tumbuk kasar
2 batang lobak merah / dihiris
1 1/2 sudu makan sos ikan
200gm isi ayam / potong dadu
100gm cendawan tiram
100gm cendawan enoki
100g cendawan shimeji
10 biji tomato ceri
1 sudu kecil gula
Sedikit garam
Jus limau nipis
Daun ketumbar
2-3 akar ketumbar
Bahan tumbuk kasar:
Cili Padi hijau dan merah
Cara memasak:
1.Panaskan periuk dan masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan santan. Sentiasa kacau perlahan.
2.Masukkan daun limau purut,serai,bawang merah,lengkuas,akar ketumbar. Rebus seketika.
3.Masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar dan pes tomyam. Kacau perlahan-lahan.
4.Kemudian masukkan isi ayam dan lobak merah.
5.Kacau, biarkan ayam sedikit masak dan lobak lembut.
6.Masukkan cendawan tiram,cendawan shimeji dan cendawan enoki. Rebus dan kacau perlahan-lahan.
7.Masukkan sos ikan dan tomato ceri yang dibelah dua. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
8.Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau sedikit dan siap dihidang.
KUETIAU HAILAM
Bahan-bahan:
1/2 bungkus kuetiau
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang merah / dihiris
5-6 ulas bawang putih / dihiris
3 sudu besar cili kering kisar
1-2 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tomato
2 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
2 batang lobak merah / dipotong bulat@bunga
1-2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
3-4 putik jagung / dipotong serong
15 ekor udang saiz sederhana
7 ekor sotong saiz sederhana
Setengah pokok brokoli / potong kecil
100gm sawi / potong 2 inci
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 cawan bancuhan air tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Rendam kuetiau dalam semangkuk air panas selama 10minit dan toskan.
2.Panaskan periuk non-stick goreng seketika kuetiau bersama kicap masin cair dan sedikit minyak bijan. Angkat dan ketepikan dahulu.
3.Panaskan minyak masukkan bawang merah dan bawang putih tumis sehingga wangi. Masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4.Masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato dan kacau seketika. Masukkan air biarkan mereneh.
5.Seterusnya masukkan kiub pati ayam,lobak merah,kicap manis dan kicap pekat. Kacau sebati.
6.Masukkan putik jagung,udang dan sotong,brokoli,pak choy,serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau.
7.Akhir sekali perasakan garam dan gula. Tuangkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan kuah pekat seketika. Siap dihidang.
GULAI DAGING PAKISTAN
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji bawang Holland / kisar halus
5 ulas bawang putih / kisar halus
2 inci halia / kisar halus
Akar ketumbar / kisar halus
7 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 kg daging batang pinang / dipotong nipis
1 kotak kecil santan
1 sudu besar tomato puri
3 biji tomato / dipotong
3 biji ubi kentang / dipotong
3 cili solok
Daun ketumbar / dihiris
Garam secukup rasa
Bahan kisar halus:
1 Biji bawang Holland
Bawang putih
Halia
2 batang akar ketumbar
Bahan perap:
Gaulkan daging batang pinang bersama rempah kari daging dan perap dahulu 1-2 jam.
Cara memasak:
1.Panaskan periuk dengan minyak sapi dan minyak masak. Masukkan rempah 4 sekawan dan bahan yang dikisar halus tadi sehingga naik bau.
2.Kemudian masukkan rempah kari daging,serbuk cili,serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Masukkan satu cawan air untuk elakkan rempah kering. Kacau dan tumis rempah sehingga pecah minyak.
3.Bila rempah dah pecah minyak masukkan tomato puri,satu biji buah tomato yang di potong,sedikit daun ketumbar. Jika terlalu kering boleh tambah lagi sedikit air.
4.Kacau sebati dan biarkan seketika sehingga naik bau. Masukkan daging batang pinang yang diperap tadi. Kacau sebati. Biarkan seketika sehingga air daging keluar.
5.Masukkan satu liter air. Perlahankan api. Biarkan masak selama 30 minit atau sehingga daging empuk. Kemudian masukkan ubi kentang yang telah dipotong dan tuangkan santan. Jika suka kuah yang lebih cair boleh lebihkan air. Nak gantikan dengan yogurt pun boleh jika suka.
6.Kacau perlahan dan biarkan pecah santan. Kemudian masukkan lebihan daun ketumbar,tomato,bawang holland dan cili solok. Perasakan dengan garam secukup rasa.
(Gulai ni sesuai juga untuk dihidangkan bersama Nasi Briyani,Nasi Minyak atau Nasi Butter dan sesuai juga untuk apa jua jenis roti.)
CREAMY PARMESAN CHICKEN W MUSHROOM PASTA
Bahan-bahan:
150gm spageti
1 1/2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 pokok brokoli / dipotong kecil
200g isi ayam / dipotong kecil@dadu
7 cendawan shiitake
1 cawan susu Full Cream
5 ulas bawang putih / cincang halus
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar keju Parmesan
1/2 lada Benggala merah / dipotong dadu.
Garam
Cara memasak:
1.Gaulkan isi ayam bersama lada hitam dan secubit garam. Panaskan periuk bersama minyak zaitun. Masukkan isi ayam dan goreng setengah masak sebentar. Keluar dan ketepikan.
2.Masukkan pula cendawan shiitake dan goreng separuh masak. Keluar dan ketepikan.
3.Seterusnya panaskan periuk berisi air untuk rebus spageti.
4.Selepas air mendidih masukkan spageti dan sedikit garam. Rebus sehingga separuh masak dan masukkan sekali brokoli dan rebus selama dua minit.
5.Keluarkan spageti bersama brokoli dan toskan. Ketepikan dahulu.
6.Panaskan kuali bersama mentega. Masukkan bawang putih cincang halus. Tumis seketika.
7.Masukkan susu full cream dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
8.Masukkan keju parmesan,serbuk lada hitam kasar dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
10.Masukkan spageti dan brokoli. Kacau perlahan-lahan sebati bersama kuah. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info: Semasa merebus pasta hanya letakkan garam. Tak payah letak minyak nanti sos/gravy tak melekat/sebati bersama pasta.
MOIST CHOCOLATE CHIP CAKE
Bahan-bahan:
220gm tepung gandum (diayak)
1 1/2 sudu teh serbuk penaik (diayak)
250gm mentega
170gm gula pasir
3 biji telur gred A atau B
1 sudu teh esen vanilla
250ml susu Full Cream
200gm coklat cip
Loyang bulat saiz 9inci
Cara memasak:
1.Panaskan oven dengan suhu 160c api atas bawah selama 15minit.
2.Ayak bahan kering tepung gandum dan serbuk penaik. Ketepikan dahulu.
3.Masukkan mentega dan gula pasir dalam bekas. Pukul sehingga kembang menggunakan mixer.
4.Masukkan telur ayam satu persatu sambil pukul menggunakan mixer sehingga kembang.
5.Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi dan masukkan bahan kering yang telah diayak tepung gandum dan serbuk penaik secara berselang seli dengan susu full cream.
6.Masukkan secara berselang seli sambil pukul menggunakan mixer sehingga adunan sebati sahaja. Jangan overmix selepas masukkan bahan kering. Sekadar sebati sahaja.
7.Selepas itu masukkan 100gm coklat cip dari sukatan sebenar ke dalam adunan.
8.Kaup balik sekali lalu sahaja. Dan masukkan ke dalam loyang bulat berukuran 9inchi.
9.Taburkan 100gm lebihan coklat cip tadi ke atas adunan. bakar dengan suhu 160c selama 1jam.
10.Jika rasa coklat cip terlampau banyak boleh kurangkan.
Foto & Resipi:Syed Munawar Syed Muhazani
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!