Jarang kita dengar ‘frozenkan’ buah atau buah disejuk beku. Selalunya peti ais bahagian sejuk beku ini penuh dengan ikan, ayam, serai, lengkuas, serai bunga kantan, daun bawang, dan sebagainya.

Tapi rupanya perkara ini memang boleh dilakukan dan ia sudah dipraktikkan oleh Noor Hafiza Mohamad sejak 6 tahun lalu.

Kongsi beliau tip frozen buah ini diperoleh daripada seorang rakan yang juga merupakan pegawai teknologi makanan. Cara ini katanya bukan saja membolehkan buah tahan lama, malah ada yang lebih sedap bila disejuk beku.

“Kalau dulu saya biasa simpan beku ikan dan daging. Beberapa tahun lepas kita dapat ilmu bekukan herba masakan pula. Serai, halia, lengkuas, kantan, kesum, daun bawang, lobak merah dan banyak lagi.

“Enam tahun lepas saya dapat tip frozen buah dari kawan seorang pegawai teknologi makanan. Saya tak buat waktu sebab peti saya kecik. Sejak balik menetap di kampung, barulah saya apply cara itu sebab dapat banyak sangat buah-buahan dari orang tua, jiran dan saudara mara,”katanya.

Buah Pun Boleh Frozen, Bukan Saja Tahan Lama Rasapun Lebih Sedap. Ini Caranya

 

IKLAN
Buah yang sesuai dan sedap bila frozen

Kongsi Noor Hafiza lagi daripada sebuah peti sejuk untuk sejuk bekukan bahan makanan dia menambah kepada deep freezer 100 liter untuk diisi bahan makanan sejuk beku ini.

“Saya pun dah mula tanam sendiri, tetap juga petik dan simpan di peti sejuk. Kadang malas juga nak ke belakang rumah petik daun pandan/serai/lengkuas. Faham-faham lah orang perempuan nak keluar laman rumah pun kena sauk baju cardigan dan tudung,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau turut berkongsi beberapa jenis buah yang bukan saja sesuai malah sedap jika disejukkan beku.

“Selain nanas, buah naga, nangka, tembikai potong juga boleh disejuk beku. Untuk bekukan pisang, boleh tabur gula untuk elak jadi lebam.

IKLAN

 

Ujarnya sebaiknya buah-buahan dan sayuran yang hendak disejuk bekukan ini dibasuh bersih terlebih dahulu supaya boleh terus digunakan dan dimakan.

 

IKLAN

Dalam pada itu ada juga perkongsian dari netizen di ruangan komen.

Buah Pun Boleh Frozen, Bukan Saja Tahan Lama Rasapun Lebih Sedap. Ini Caranya

“Rambutan boleh buang kulit letak dalam bekas dan simpan. Buah mangga, kuinin, macang boleh potong siap-siap untuk disejuk bekukan. Buah dokong pun boleh. Bila anak-anak balik bercuti, semua boleh makan buah-buahan ini tanpa tunggu musimnya.

“Selain itu buah strawberi juga enak bila disejuk bekukan. Rasa macam makan aiskrim.”

Sumber: Noor Hafiza Mohamad

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI