Daun Kesum adalah antara bahan herba yang banyak digunakan dalam masakan. Tanpa bahan ini, hidangan seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom, kerabu dan sebagainya akan jadi tidak sedap dan seakan kurang rasa. Untuk menanamnya, ramai beranggapan pokok ini susah untuk hidup. Khas buat anda yang nak cuba tanam, petua dan tip menanam daun kesum oleh Cik Pooja ni boleh dicuba. Hanya guna pasu, baldi dan tanam di balkoni sahaja. Selamat mencuba.

CARA TANAM DAUN KESUM DALAM BALDI DI BALKONI

BAHAN-BAHAN:

  • Keratan pucuk Kesum
  • Pasu yang diisi tanah lembap
  • Baldi berisi air – anggaran tenggelam separuh bontot pasu

CARA-CARA:
1. Sediakan semua bahan diatas. Pastikan pasu dan baldi sepadan dan pasu boleh masuk ke dalam baldi.

Cara Mudah Tanam Daun Kesum Dalam Baldi Di Balkoni
2. Ini keratan pucuk kesum. Pilih keratan yang agak-agak bila tanam ada harapan untuk hidup. Jangan beli kesum yang dah layu dan lembik. Buang daun pada keratan dan tinggalkan 3-4 helai sahaja di hujung pucuk tu. ( nota: Kalau boleh,cari keratan kesum yang sama macam dalam gambar. Kalau batang kesum putih @ masih muda, pasti tak hidup.)

Cara Mudah Tanam Daun Kesum Dalam Baldi Di Balkoni
3. Keratan pucuk tu agak-agak dalam panjang macam ni ya.

IKLAN

Cara Mudah Tanam Daun Kesum Dalam Baldi Di Balkoni
4. Masukkan pasu berisi tanah ke dalam baldi berisi air.

Cara Mudah Tanam Daun Kesum Dalam Baldi Di Balkoni
5. Cucuk jari telunjuk ke dalam tanah untuk membuat lubang. Ia bertujuan supaya bila cucuk keratan kesum tadi, ia tak akan patah. Kedalamannya anggaran 2 inci.

Cara Mudah Tanam Daun Kesum Dalam Baldi Di Balkoni

IKLAN

Cara Mudah Tanam Daun Kesum Dalam Baldi Di Balkoni
6. Cucuk keratan kesum di dalam lubang yang dibuat tadi. Kemaskan.

Cara Mudah Tanam Daun Kesum Dalam Baldi Di Balkoni
7. Awal-awal tanam ni, letak pasu di tempat redup tapi dapat cahaya. Ia bertujuan supaya kesum tidak kecut tapi pada masa yang sama dapat cahaya yang diperlukan.

Cara Mudah Tanam Daun Kesum Dalam Baldi Di Balkoni
8. Bila nampak kesum dah hidup dan keluar pucuk baru, alihkan ke tempat yang ada cahaya matahari.
9. Hasil tanaman Cik Pooja yang berusia 3 bulan.

IKLAN

Cara Mudah Tanam Daun Kesum Dalam Baldi Di Balkoni
10. Bila pokok kesum nampak subur, dedahkan pokok kesum ditempat yang kena cahaya matahari sebab pokok ini sukakan cahaya. ( cik pooja letak di bucu balkoni.)

Cara Mudah Tanam Daun Kesum Dalam Baldi Di Balkoni

INFO:
1. Jika tanah dalam pasu nampak kering, siram supaya sentiasa lembap.
2. Bila kesum sudah hidup dengan cantik, bolehlah tambah air dalam baldi dengan mencampurkan dengan larutan bancuhan baja AB ( Cik Pooja tambah 2 minggu sekali).

 

Kredit petua & foto: Cik Pooja

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI