Asyik buat jemput-jemput untuk minum petang? Apa kata sesekali tukar kepada cucur udang. Cara membuatnya lebih kurang sama, cuma tambahkan sedikit yis supaya lebih gebu.

Oh ya, satu hal lagi, kita selalu nampak cucur udang bentuknya biasa saja kan? Nak tahu macam mana buat cucur udang berbentuk comel?

Blogger Mohaz Sue berkongsi resipi cucur udang comel yang pasti buat rasa teringin nak menjamahnya. Kejadiannya comel, rasanya juga pasti sedap sebab cukup lengkap dengan daun sup, daun kucai dan ada udang pelengkap cita rasa.

Menariknya, blogger ini turut berkongsi cara membentuk cucur udang jadi comel.

Jom kita lihat caranya.

 

IKLAN

CUCUR UDANG COMEL

Blogger Ini Kongsi Rahsia Adunan Cucur Udang Jadi Berbentuk Comel

BAHAN-BAHAN

BAHAN A
500 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil tumix
1 sudu besar yis kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya

IKLAN

BAHAN B
1 biji bawang besar (potong dadu kecil)
1 ikat daun sup (hiris halus)
1 ikat daun kucai (hiris halus)
Minyak masak
Udang putih (buang kepala)

CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A dalam bekas besar. Gaul rata. Biarkan adunan mengembang.
2. Setelah adunan mengembang, masukkan bawang besar, daun sup dan daun kucai. Gaul sehingga sebati.
3. Atas dapur, oleskan minyak masak pada kuali takoyaki dan panaskan.
4. Di sebelah kuali takoyaki, panaskan pula kuali biasa yang berisi minyak masak.

Blogger Ini Kongsi Rahsia Adunan Cucur Udang Jadi Berbentuk Comel

IKLAN

5. Kuali takoyaki bertujuan untuk membentuk cucur udang jadi bulat dan comel. Proses menggoreng sepenuhnya adalah di kuali biasa.
6. Apabila kuali takoyaki sudah panas, letak sesudu adunan cucur pada setiap lubang. Kemudian letak seekor udang bagi setiap satu lubang. Tekan sikit udang pada adunan supaya tidak tertanggal apabila kita pindahkan adunan ke kuali biasa.
7. Apabila keliling adunan tepung di kuali takoyaki sudah nampak kering, keluarkan cucur dan masukkan ke dalam minyak panas pada kuali biasa. Gunakan api sederhana.
8. Goreng cucur sehingga keperang-perangan. Angkat dan tapiskan minyak masak. Ulang proses ini sampai adunan habis.
9. Enak dimakan bersama sos cili kegemaran atau kuah sate.

Jadi, cucur udang ini jadi comel kerana dibentuk terlebih dahulu menggunakan tempat masak takoyaki. Lepas tu barulah digoreng guna kuali biasa. Kreatif!

Blogger Ini Kongsi Rahsia Adunan Cucur Udang Jadi Berbentuk Comel

Selamat mencuba!

Sumber: Blog www.mohazsue.com

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI