Kuih Goreng warisan orang lama kita memang sedap dinikmati sepanjang zaman. Mudah dibuat dan kosnya pun murah aje.
Boleh dibuat sarapan dan sajian petang, ni 4 resipi min kongsikan untuk dibuat esok pagi nanti ya. Korang try lah nanti ya…
1. SARDIN ROLL
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
500 gm tepung gandum
150 gm marjerin @ mentega
1 biji telur
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
110 ml air sejuk/dingin dari peti sejuk
Bahan inti :
1 tin kecil sardin
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih /ditumbuk
3 biji cili padi /dicincang
1 biji bawang besar /dicincang
1 sudu makan jus limau nipis
1 biji ubi kentang /dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
Panaskan minyak masak dalam kuali.
Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
Tumis hingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:
Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul hingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
Balut doh dengan ‘plastic wrap’ dan masukkan dalam peti ais selama 15- 30 minit.
Keluarkan doh dari peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pada sebelah bahagian yang tidak dikelar
Gulung dan tarik bahagian sisi doh dengan kemas
Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit doh ini sama dengan cara membuat pastri
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Ketulan mentega yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dalam peti sejuk.
2. CUCUR BADAK
Ads
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
Minyak masak untuk menumis
1/2 biji kelapa parut
100 gm udang kering /direndam dulu
1 ulas bawang putih
3 biji bawang kecil
7 biji cili merah
1 sm halia
1 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
Bahan doh :
250 gm keledek /rebus dan lenyek
4 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau hingga masak
Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :
Ambil keledek dan masukkan ke dalam bekas, lenyek.
Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
Ulang sehingga doh dan inti habis
Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kuih rasa keledek yang lembut dan berinti pedas
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama anda bolehlah menggorengnya separuh masak.
Ads
3. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan gula
2 cawan air
Secubit garam
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
Kemudian perap 8 jam atau semalaman
Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
Kuih topi siap dihidangkan
Saiz hidangan : 4-5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yang rangup dan manis
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
4. KUIH BOM
Ads
Foto : pikstagram.com
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 cawan air
Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
1 biji kelapa parut/ putih sahaja
1 cawan gula merah atau gula Melaka
2 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan /disimpul
Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1.Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3.Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
Keistimewaan :Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Teringinkan berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari. Ini RASA bawakan empat jenis kuih muih tempatan berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan. Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa dihujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti. Tak berkenan kuih ketayap ada lagi tiga yang lain boleh korang cuba buat dan nikmati rasanya.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN
KULIT:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau
BAHAN INTI:
1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
3/4 cawan gula merah
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan | disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
Sedia dihidangkan.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
2 sudu besar tepung gandum
secubit garam
1 1/2 cawan air
1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Daun pisang | dilayur atas api kecil
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan |disimpul
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
Masak hingga gula hancur.
Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500 gram tepung pulut
4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
1 cawan air
Gula melaka | dipotong kiub
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk., jika suka.
Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
Kemudian tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat ditangan dan mangkuk adunan.
Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung kuih pau
6gm yis segera
50gm minyak sayur
1/2sudu teh garam
100gm gula halus
250gm air suam
Bahan Inti:
200gm kacang merah
100gm gula perang
1/2 sudu teh gula merah
1/2sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
Simpan selama sejam.
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMASAK:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
Pernah cuba Nasi Arab Ikan Siakap? Sedap tau.. Satu ektika dulu selebriti terkenal, Neelofa pernah berkongsi resipi hidangan ini di media sosial beliau. Bagi anda yang nak cuba masak sendiri, saudari Nuryusra Ibrahim Kuttyada kongsikan resipinya. Bolehlah masak untuk keluarga. Jom cuba!
REMPAH PERAP IKAN & UNTUK NASI: 2 ekor ikan siakap – perap ikan dengan 1sudu makan serbuk kunyit dan 1 sudu makan garam *2 sudu makan serbuk cili – beli online disini *1 sudu makan jintan manis – beli online disini *1 sudu makan jintan putih – beli online disini *1 sudu makan ketumbar – beli online disini *1 sudu makan lada hitam – beli online disini Kisar kering bahan bertanda (*). Separuh guna untuk perap ikan & separuh guna untuk nasi
CARA MEMASAK: 1.Kelarkan ikan dan lumurkan bahan perap ikan selama 30 minit sehingga satu jam.
2. Tumiskan rempah 4 sekawan, bay leaf dan bawang holand yang dihiris sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan semua bahan yang dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan tomato dan tomato puri. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan separuh daripada rempah kisar untuk perap ikan tadi serta garam dan gula.
6. Masak sehingga mendidih. Tutup api. 7. Masukkan beras, air, lada merah, lada hijau dan susu cair. Tuangkan bahan yang ditumis tadi kedalam periuk nasi. 8. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak hingga ikan tenggelam. Goreng sehingga garing dan toskan. 9. Setelah nasi masak, boleh la dihidang bersama ikan, acar dan sambal.
BAHAN ACAR SALATAH: Timun – potong dadu Lobak merah – potong dadu Tomato – potong dadu Perahan jus lemon Hirisan daun ketumbar Garam/Gula
CARA MEMASAK: 1.Satukan kesemua bahan hingga sebati.
BAHAN SAMBAL: 4 biji tomato 4 biji lada merah 4 biji cili padi Daun ketumbar Perahan air lemon Daun ketumbar Garam/Gula
Masakan rendang, antara yang sering mendapat permintaan untuk dihidangkan sebagai lauk utama.
Namun tak semua cara masak rendang sama dan pastinya tekstur rendang pun berbeza-beza.
Resipi Rendang Ayam Jawa, yang dikongsi Aisyah Humaira ini, sangat enak. Kuahnya pekat tapi tidak terlalu kering, berlemak tapi tidak muak untuk dimakan.
Resipi ini diadaptasi daripada Datin Kalsom Taib, penulis buku Recipes Are For Sharing.
7 helai daun limau purut 3 batang serai (ditumbuk tak perlu sampai hancur lumat) 2 helai daun salam 2 sudu besar gula melaka – beli online di sini 2 sudu kecil pes asam jawa (boleh lebihkan jika kurang rasa) – beli online di sini 1 kotak kecil santan Saji – beli online di sini 1 sudu besar penuh kerisik – beli online di sini Garam, gula, secukup rasa Air mengikut kepekatan kuah yang disukai
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.