Makan

Biskut Nestum Coklat, Paling Senang Nak Buat. Cuma Guna 2 Bahan, Tak Perlu Bakar

Share

Biskut Nestum Coklat ini sesuai buat mereka yang mencari-cari biskut raya yang senang dibuat dan tak menggunakan banyak bahan.

Sebabnya biskut Nestum Coklat ini hanya guna dua bahan saja dan tak perlu dibakar. Cuma perlu keraskan dalam peti ais saja. Tengok rupa saja kita tahu biskut ini akan menjadi kegemaran terutama kanak-kanak.

Tak dinafikan sedap oleh anak-anaknya, resipi biskut Nestum Coklat ini dikongsi oleh Suraya Yaacob

yang terlebih dahulu sudah cuba membuatnya.
Biskut Nestum Coklat, cuma guna dua bahan

Bahan-bahan

2 cawan nestum
2 cawan coklat (Beryl milk chocolate)
Acuan

Cara membuat

1. Cairkan coklat

2. Gaul Nestum bersama coklat yang dicairkan.

3. Masukkan dalam acuan kiub, tekan-tekan sampai padat.

4. Kemudian masukkan dalam peti air supaya coklat keras.

Acuan yang digunakan untuk biskut dan hiasan.

5. Keluarkan dari acuan bila biskut sudah mengeras.

6. Boleh hiaskan ikut cita rasa. Reben dibuat dari coklat cair menggunakan acuan.

INFO: Biskut ini tidak akan cair selepas dikeluarkan. Boleh simpan pada suhu biasa.

Sumber: Suraya Yaacob

 

IKLAN