Dalam satu mangkuk, campur semua bahan A. Masak secara double boiler.
Ads
Kacau-kacau hingga coklat cair. Ketepikan dulu.
Masuk coklat cair tadi ke dalam campuran bahan B dan kacau hingga sebati.
Setelah itu, masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan dan kaup balik hingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam piping beg. Sapu sikit mentega ke atas dulang bakar yang digunakan. Pipe mengikut saiz yang dikehendaki. Tapi kena jarakkan agar tidak bercantum bila dibakar nanti.
Ads
Dah siap pipe, masuk ke dalam oven dan bakar selama 10 minit atau hingga masak. Siap.
Mungkin ini kali pertama anda membuat kek. Tapi jangan takut, ikut saja langkah demi langkah pasti menjadi kek yang dibuat nanti. Kek pandan ni memang tak jemu makan. Kek ni tak muak dan sangat sedap dimakan sebab tidak menggunakan butter atau marjerin..
Kek pandan bersantan gebu
Bahan-bahan
6 biji telur
2 cawan gula kastor (tak nak manis boleh kurangkan)
1 sudu makan ovalette
2 cawan tepung gandum (saya guna self raising brand blue key)
1 sudu makan serbuk penaik (diayak bersama tepung gandum)
1 kotak santan kara (200ml)
2 sudu makan susu pekat
Sedikit pewarna hijau
Sedikit emulco pandan (Optional)
Cara memasak:
1.Putar telur, sambil tu masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar..putar sampai kembang.
2.Kemudian, masukkan ovalette dan susu pekat..putar sehingga kembang dan adunan menjadi gebu..
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Masa ni kaup balikkan pun boleh,tapi saya mixer je semua.
4.Akhir sekali masukkan santan+perwarna dan emulco pandan. Sebatikan.
5.Bakar pada suhu 160 selama 40 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
*Kalau guna tepung naik sendiri.tak perlu letak serbuk penaik ya
*Tip nak kek gebu gebas..pastikan pukul sampai kembang dan gebu adunan untuk menghasilkan kek yang ala-ala sponge kek.
Kek batik adalah antara kek yang mudah dibuat. Pun begitu, kek batik ada banyak versi sama ada lembut ataupun crunchy. Terpulang kepada cita rasa masing-masing.
Melalui facebook, Farisha Sofea berkongsi resipi ke batik yang mempunyai ramai peminat. Kek batik disalut dengan siraman coklat pada bahagian atasnya menjadikan kek batik ini mewah rasanya.
Jom kita tengok resipinya. Nanti bolehlah cuba buat.
KEK BATIK COKLAT GANACHE
BAHAN-BAHAN KEK BATIK
200 gram mentega
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan Milo
1/2 cawan air panas
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanila
600 gram biskut marie (dipatah-patahkan)
CARA MEMBUAT KEK BATIK
1. Dalam kuali, panaskan mentega sehingga cair.
2. Kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan juga milo.
3. Pastikan api tidak terlalu besar. Kacau sehingga adunan tidak berketul.
4. Masukkan pula air panas, garam, telur ayam dan esen vanila.
5. Kacau lagi adunan sehingga licin.
6. Akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan.
7. Masukkan biskut sedikit demi sedikit sambil digaul sebati .
8. Biarkan seketika adunan agar biskut menjadi lembut dan dapat menyerap lembapan.
9. Tuangkan adunan ke dalam loyang 9×9 inci yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Ratakan dan tekan rapat.
10. Sejukkan di dalam peti ais. Sementara itu, jom sediakan coklat ganache.
BAHAN UNTUK COKLAT GANACHE
250 gram krim putar tenusu
250 gram coklat masakan gelap (dicencang kasar )
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar mentega
CARA MEMBUAT COKLAT GANACHE
1. Dalam periuk, panaskan krim putar tenusu. Boleh panaskan guna api atau microwave.
2. Setelah panas, tutup api dan masukkan coklat masakan.
3. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.
4. Akhir sekali, masukkan esen vanila dan juga mentega. Kacau sebati.
5. Tuangkan coklat ganache di atas permukaan kek batik tadi.
6. Sejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam atau pun semalaman sebelum dipotong .
Cara mudah, sedap, dan jimat masa untuk menghasilkan kek brownies yang sedap seperti masakan orang profesional. Tidak perlu bahan yang banyak hanya guna 3 bahan sahaja, kek idaman seisi keluarga dan boleh di mnikmati. Cubalah!
Resipi Nutella Brownies
BAHAN-BAHAN:
3 Bahan Saje
1 1/4 cawan Nutella
2 Biji Telur
1/2 cawan tepung serbaguna(All purpose flour)
CARA MEMASAK:
Satukan semua 3 bahan ini dalam mangkuk dan kacau sehingga rata
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.