Masa baru beli dapur gas, tip top aje nyalaannya. Biru dan cepat waktu memasak.Tapi la ni alahai kesiannya apinya merah, tungku dah berkarat dan bila memasak habis hitam bawah periuk dan ‘bontot’ kuali.
Ni tandanya tungku dapur anda dah kena dibuat servis. Mana tidaknya , ada serpihan karat yang menutup lubang-lubang yang ada pada tungku dapur gas korang.
Usah risau, sebenarnya servis ni boleh dibuat kat rumah aje seperti mana yang dikongsikan oleh Abdul Ghopar Zakaria Ansardan Neil Shima. Mereka berdua ada teknik dan petua tersendiri untuk tungku dapur gas menyala biru semula
Alat-alat yang perlu disediakan 1. Playar 2. Paku saiz seinci setengah 3. WD-40 (Spray anti karat) 4. Pisau
Ads
CARA SERVIS :
1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)
3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
Neil Shima pula menggunakan kaedah berikutnya selepas ditanggalkan tungku, cungkil guna jarum dalam lubang tungku tu..
Ads
INFO EKSTA : ALAT JIMAT GAS
Harga gas dah semakin mahal, ada cara mudah untuk menjimatkan penggunaannya. Sebenarnya dah lama alat jimat gas ini ada dijual. Korang boleh cari ikat kedai DIY.
Ads
Menurut ceritaita.com , “Kaedah dia mudah je sebenarnya… dia kan ada rupa macam jaringan tu kan? haa… jaringan tu akan terbakar dan memerangkap haba jadi sentiasa panas walau korang dah kecilkan api dapur masa memasak… jadi gas yang diperlukan sikit je la setiap kali memasak…”
Foto : ladabenar
Itulah rahsianya macamana ia bertindak menjimatkan gas. Boleh lah beli nanti, tak sampai RM 10 pun. Pasang aje atas tungku tu.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Tungku dapur berpermukaan gelas/kaca memang nampak cantik. ‘Trend’ lagi ‘Stylish’. Memanglah peniaga akan cakap ia senang dibersihkan. Musim raya ni mesti dapur banyak banyak terkumpul kotoran dari minya dan sebagainya. Tapi sebenarnya nak kekal kilat senang ke.
Ni min kongsikan 7 langkah agar tungku dapur gelas/kaca kekal berkilat…dan jimat murah.
1. LAP DENGAN CUKA
Bila tungku dh sejuk, semburkan permukaan dapur dengan cuka dan lapkan dengan tuala atau kain basah untuk membuang segala minyak dan sisa masakan. Memanglah anda boleh menggunakan sabun pembersih dapur tapi cuka kan jauh lebih murah.
2. TABURKAN ‘BAKING SODA’
Taburkan baking soda menutupi permukaan. Baking soda adalah pencuci yang baik kerana ia bersifat alkali lembut yang memudahkan minyak dan kotoran tanggal. Ia membuatkan kerja menggosok lebih berkesan tanpa mencalarkan gelas/kaca.
3. BASAHKAN TUALA DENGAN AIR PANAS
Penuhkan sinki atau baldi anda dengan air panas dan rendamkan dan basahkan tuala mengelap ke dalamnya.
4. TUTUP DAPUR MEMASAK DENGAN TUALA.
Perah tuala yang direndam air panas tadi dan letakkan di atas permukaan dapur yang ditabur baking soda tadi. Jika suka gunakan dua tuala kecil. Biarkan selama 15 minit untuk ‘mencairkan’ kotoran dan kerak yang ada di atasnya.
5. SENTAL
Bilas dan perah tuala beberapa kali dan sental dan gosok sehingga tiada sisa baki baking soda di atas dapur, bersihkan betul-betul.
6. KIKIS PERLAHAN
Semasa tungku berkeadaan lembab, secara berhati-hati kikis segala kerak degil menggunakan pisau cukur (razor blade). Lakukan satu tempat dalam satu masa dengan gerakan yang rata untuk mengelakkan calar
7. GILAP (POLISH )
Sudahi langkah anda dengan menyembur cuka dan mengelap dengan kain basah dan lengkapkan prose menggilap dengan kain lap (tuala ) kering dan tadaaa…dah berkilat. Kenalah rajin buat kalau nak dapur anda berkilat, ya
Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.
BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji ( ketumbar )*
3 ulas bawang putih *
1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
Kunyit hidup
10-15 biji lada hitam*
2 sb jintan putih*
1 sb jintan manis *
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SIPUT:
10-12 biji cili kering*
3 sb rempah biji (ketumbar)*
2sb jintan manis*
10-15 biji lada hitam*
2 ulas bawang putih
1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
Sedikit kunyit hidup
Sebesar ibu jari halia
1/2 ibu jari lengkuas
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
CARA MEMASAK:
Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dgn air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul2 halus.
Sedia untuk dibuat kari .
Masak la cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tk kan rasa was2 lagi .
Suka makan sotong goreng tepung? Kalau buat sendiri mesti korang hadapi masalah minyak akan ‘meletup”. Kemudian tepung sadur akan lerai dari sotong. Sakit hari dibuatnya. Tapi jangan risau ada cara untuk pastikan sotong goreng tepung elok kejadiannya. Korang ikut je resipi dan cara memasak seperti yang dikongsikan ini.
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
2 sudu besar cuka epal
Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.
BAHAN TEPUNG SADUR:
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Gaul sebati semua bahan di atas.Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.
CARA MEMBUAT:
Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.
SOS PENCICAH:
3 sudu besar sos Thai
1 sudu besar mayones
*CARA MEMBUAT:
Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika suka.
Hidangkan bersama sotong yang telah digoreng tadi.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...