Hidangan mudah disediakan untuk sarapan,minum petang dan makan malam, sangat mudah dan senang. Tak perlu masa yang panjang, mak-mak cepat jer nak buat!
Rasa tomyam dengan udang serasi bersama bihun yang lembut sedap. Sangat cepat hanya 15 minit diperlukan siap masak. Selamat mencuba
BIHUN GORENG TOMYAM
.BAHAN-BAHAN:
- Sebungkus bihun.
- *5 biji bawang merah (cincang)
- *5 ulas bawang putih (cincang)
- *3 batang serai (dititik biasa dia!)
- *Udang geragau segenggam-cuci bersih
- *Udang segar
- *2 sudu pes thai tom yam
- *Lobak merah-dihiris
- Sayur sawi
.
.
.
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
.
2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
.
3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.
.
INFO: Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi. Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.
Salah satu tip cepat masak adalah dengan guna aneka peralatan dapur yang terbaik. Nak dapatkan dengan harga murah? Boleh dapatkan DISINI. Sempena sale 6.6 ni tau. Cepat sebelum kehabisan stok.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Zuraida Zu
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI MI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
https://www.youtube.com/watch?v=IsOqbJF7nig
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri 4 Jus Sedap & Segar Ni
Sekarang, ada pelbagai jenis air dan jus yang boleh dibeli secara online atau di bazar Ramadan. Tapi harganya pun boleh tahan. Apa kata puasa kali ini korang cuba buat sendiri empat jenis air ni. Bahan mudah dan cara membuatnya juga senang. Dah tentu-tentunya anda semua boleh jimat dan puas hati berbanding membelinya.
AIR PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar
800ml air
100gm gula pasir | boleh tambah atau kurang ikut kesesuaian rasa
Pewarna merah, kuning dan hijau
100gm nata de coco
Sirup coco pandan | boleh guna air gula biasa
Selasih secukupnya |rendam
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
- Bagi menjadi 3 bagian kemudian beri pewarna merah, hijau dan kuning.
- Setelah sejuk potong kecil agar-agar.
- Cara menghidangkannya, masukkan agar berselang seli dengan nata de coco, siram dengan sirup gula.
- Akhir selaki masukkan biji selasih dan ais secukupnya.
- Air sedia dihidangkan.
Oleh : murlinafitri
WATERMELON LIMEADE
BAHAN-BAHAN:
750gm tembikai | potong kecil
60gm air limau nipis
3 sudu makan gula | boleh tambah atau kurang
Beberapa hirisan limau nipis
Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Campur air limau nipis dan gula. kacau rata.
2. Blender tembikai dengan air secukupnya, kemudian tapis jusnya.
3. Campurkan jus tembikai dengan campuran air gula.
4. Kacau rata dan tuang dalam gelas dan tambah ais.
5. Hias dengan hirisan limau nipis.
By @jescookingdiary
AIS CINCAU
BAHAN-BAHAN:
250gm cincang
250gm gula Melaka
500ml santan/susu cair
Ais sacukupunnya
CARA MEMBUAT:
- Campurkan semua bahan dalam jug, kacau rata.
- Masukkan ais dan kacau lagi.
- Tuang dalam gelas dan air sedia dihidangkan.
AIS JELLY STRAWERRY TEA
BAHAN-BAHAN:
1 paket jelly perasa strawberry
2 sudu makan Thai Tea Strawberry
200ml air
300ml susu cair full cream
1 sudu makan susu kental manis
Gula secukupnya
CARA MEMBUAT:
- Masak jelly ikut petunjuk pada paket, setelah masak sejukkannya.
- Setelah sejuk potong dadu kecil-kecil..
- Campurkan susu cair, Strawberry dengan 200ml air, selepas mendidih tutup api dan tapis airnya dua kali.
- Tambahkan gula ikut citarasa kemanisannya.
- Seterusnya campurkan susu cair, Thai Tea dan susu pekat manis, kacau rata dan sejukkan dalam peti sejuk.
- Apabila sedia untuk dihidangkan, tambah potongan jelly ke dalam gelas, tuang campuran Thai Tea tadi dan kacau lagi.
- Tambahkan ais untuk rasa lebih nikmat.
By @susan_mellyani
Ini 4 Menu Ikan Yang Sihat, Berpantang, Diet Wajib Cuba Ni!
Isteri anda dalam fasa berpantang, atau suami tidak boleh makan ayam atau daging? Ini ada empat menu ikan yang sedap dan senang nak buat boleh dicuba untuk yang tersayang sebagai tanda kasih dan sayang. Ikan, selain kaya sumber protein sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Berita baiknya menu ikan yang dikongsikan ini dimasak secara sihat, hanya kukus dan rebus sahaja. Selain mewariasikan menu ikan yang anda ada, ia sangata sedap dan cara memasaknya juga senang.
Manfaatkan untuk gaya hidup lebih sihat anda dan keluarga.
KENGSOM SIAKAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap
- 4 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 10 batang cili kering
- 2cm kunyit hidup | separuh racik
- 3 keping asam gelugur
- 1 batang serai | titik
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang bunga kantan | racik
- Garam, gula dan bahan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cuci ikan siakap sehingga bersih. Ketepikan.
- Bawang merah, bawang putih, cili kering, separuh daripada kunyit dikisar halus.
- Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
- Setelah naik bau, masukkan air, asam gelugur, hirisan daun limau purut, serai dan bunga kantan. Tunggu sehingga mendidih.
- Langkah seterusnya, tambahkan garam, gula dan bahan perasa secukup rasa. Kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan ikan siakap. Masak hingga ikan masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
GARAM ASAM IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan merah saiz sederhana
- 200ml air asam jawa
- 2cm kunyit
- 5 ulas cili merah
- 5 ulas cili padi
- 1 batang serai (dititik)
- 2 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Garam, gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ikan merah dicuci bersih.
- Kunyit, cili merah, cili padi, bawang putih dan bawang merah dihiris halus.
- Kemudian, bahan hirisan direbus bersama air asam jawa dan serai sehingga mendidih.
- Setelah air mendidih, masukkan ikan merah dan masukkan garam dan gula secukup rasa sehingga masak . Kacau perlahan. Angkat dan sedia untuk dihidang dengan nasi putih.
IKAN MERAH KUKUS KICAP HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping isi ikan merah
- 2 sudu teh kicap cair
- 2 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
- Daun bawang | dihiris sebagai hiasan
- Garam dan bahan perasa secukupnya
- 1 biji cili besar hijau | belah sedikit di tengah
BAHAN TUMISAN:
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang putih
- 2cm halia
- 50gm daun ketumbar
- 4 batang cili merah
- 4 batang cili padi
- 100gm mentega
CARA MEMASAK:
- Cuci ikan merah sehingga bersih dan hilang bau hanyir. Kemudian, lumurkan sos tiram dan kicap cair pada ikan dan kukus selama 5 – 10 minit. Ketepikan.
- Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, halia, daun ketumbar dicincang halus. Tumis dengan mentega dengan kepanasan api sederhana. Masukkan cili hijau besar. Kacau sebati.
- Seterusnya, letakkan minyak bijan, garam dan bahan perasa untuk lebih enak. Ketepikan.
- Langkah terakhir, tuang bahan tumis ke atas ikan yang telah dikukus. Siap dihidang bersama daun bawang.
IKAN MERAH KUKUS SOS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 1keping isi ikan merah
- 2 batang daun bawang | hiris kasar
- 1 tangkai daun sup | hiris kasar
- 2 biji bawang merah | racik
- 2 biji bawang putih | racik
- 5 batang cili padi | racik
- 3-5 keping daun limau purut | racik
- 5 batang cili merah | racik halus
- 5 biji tomato ceri
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kicap masin
- 100 ml air
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Ikan merah dicuci bersih. Ketepikan.
- Kemudian, bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah, daun sup serta daun bawang yang telah diracik digaul bersama sos tiram, kicap masin dan air. Kacau sebati.
- Kemudian, dicurahkan ke atas ikan yang sudah dicuci bersih.
- Seterusnya, dikukus selama 20 – 30 minit.
- Sedia dihidang bersama nasi putih.
Kupang Dan Lala Sediakan Dengan Cara Mudah, Hasilnya Sangat Sedap!
Tidak kira masak apa, makanan laut memang sedap. Namun tetap ramai yang menikmati juadah ini di luar sama ada mengambilnya di restoran yang menyediakan sti mbot atau pun shellout. Sebenarnya, anda boleh sahaja sediakan apa juga menu karangan laut di rumah dengan menu yang mudah dan ringkas.
Rahsia makanan laut yang sedap, ia bergantung kepada kesegaran karangan laut dan cara memasak. Oleh itu sebaiknya anda beli karangan laut yang segar. Pilihlah kupang dan lala yang cengkerangnya tidak retak atau pecah, dan isinya tidak pucat.
Karangan laut juga tidak boleh dimasak terlalu lama, paling lama di atas dapur antara 5-10 minit sahaja dan resipinya juga adalah ringkas. Untuk mengekalkan kandungan nuteri, cara memasak yang disarankan adalah rebus , kukus, panggang atau tumis. Berikut disediakan dua menu ringkas kupang dan lala menggunakan bahan yang ada di dapur tapi hasilnya sangat sedap.
LALA MASAK SERAI EKSPRES
BAHAN-BAHAN:
- 500gm lala||bersih dan toskan
- 3 batang serai| hiris serong
- 3 ulas bawang putih | cincang
- 3cm halia muda | hiris nipis memanjang
- 5 biji cili padi | ketuk atau hiris serong memanjang
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 1 sudu teh air asam Jawa
- 1 batang leek | hirisan serong
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, dalam kuali, tumiskan halia muda, bawang putih hingga wangi.
- Masukkan Lala, gaul rata kemudian masukkan bawang besar dan hirisan leek.
- Apabila lala sudah terbuka, perasakan dengan sos tiram,garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, angkat dan segera dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Apabila lala sudah bertukar warna dan terbuka, segera tutup api.
……
KUPANG PEDAS BERAPI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kupang
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 batang serai | dititik
- 2 helai daun limau purut | hiris halus
- Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
- 4 biji tomato | potong baji
- 1 sudu makan air asam Jawa
- 3sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
- 4 biji cili merah
- 5 biji cili padi
- 2cm halia muda
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan serai dan daun limau purut, bila aroma baunya naik,masukkan kupang.
- Kacau rata, bila cengkerang kupang mula terbuka, masukkan sos tiram dan cili.
- Lengkapkan rasa dengan tambahan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan segera dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih pedas, boleh tambah hirisan cili padi di dalamnya.
RESIPI: CHEF NAEM
TEKS : SHIDA YASIN