Tidak kira masak apa, makanan laut memang sedap. Namun tetap ramai yang menikmati juadah ini di luar sama ada mengambilnya di restoran yang menyediakan sti mbot atau pun shellout. Sebenarnya, anda boleh sahaja sediakan apa juga menu karangan laut di rumah dengan menu yang mudah dan ringkas.
Rahsia makanan laut yang sedap, ia bergantung kepada kesegaran karangan laut dan cara memasak. Oleh itu sebaiknya anda beli karangan laut yang segar. Pilihlah kupang dan lala yang cengkerangnya tidak retak atau pecah, dan isinya tidak pucat.
Karangan laut juga tidak boleh dimasak terlalu lama, paling lama di atas dapur antara 5-10 minit sahaja dan resipinya juga adalah ringkas. Untuk mengekalkan kandungan nuteri, cara memasak yang disarankan adalah rebus , kukus, panggang atau tumis. Berikut disediakan dua menu ringkas kupang dan lala menggunakan bahan yang ada di dapur tapi hasilnya sangat sedap.
LALA MASAK SERAI EKSPRES
BAHAN-BAHAN:
500gm lala||bersih dan toskan
3 batang serai| hiris serong
3 ulas bawang putih | cincang
3cm halia muda | hiris nipis memanjang
5 biji cili padi | ketuk atau hiris serong memanjang
1 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 sudu teh air asam Jawa
1 batang leek | hirisan serong
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
IKLAN
Panaskan minyak, dalam kuali, tumiskan halia muda, bawang putih hingga wangi.
Masukkan Lala, gaul rata kemudian masukkan bawang besar dan hirisan leek.
Apabila lala sudah terbuka, perasakan dengan sos tiram,garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, angkat dan segera dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Apabila lala sudah bertukar warna dan terbuka, segera tutup api.
……
IKLAN
KUPANG PEDAS BERAPI
BAHAN-BAHAN:
500gm kupang
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tiram
1 batang serai | dititik
2 helai daun limau purut | hiris halus
Sedikit daun ketumbar | hiris kasar
4 biji tomato | potong baji
1 sudu makan air asam Jawa
3sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR HALUS:
4 biji cili merah
5 biji cili padi
2cm halia muda
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
IKLAN
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan serai dan daun limau purut, bila aroma baunya naik,masukkan kupang.
Kacau rata, bila cengkerang kupang mula terbuka, masukkan sos tiram dan cili.
Lengkapkan rasa dengan tambahan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan segera dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih pedas, boleh tambah hirisan cili padi di dalamnya.
Ayam masak sambal cili hijau masakan ringkas menepati selera bagi siapa yang gemar makan makanan pedas. Tidak perlu bahan yang banyak dan senang untuk dimasak.
AYAM MASAK SAMBAL CILI HIJAU BERPETAI
BAHAN TUMBUK:
Cili hijau-tumbuk kasar
Cili padi hijau-tumbuk kasar
Belacan-tumbuk kasar
BAHAN-BAHAN:
Petai
Ayam-digoreng
Bawang besar-dihiris
Garam
Gula
Serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Ayam dilumurkan dengan sedikit kunyit dan goreng garing.
Tumis pakai minyak goreng ayam sampai garing.
Masukkan ayam goreng, bawang, dan petai.
Perasakn dengan garam, gula & serbuk perasa ikut citarasa anda. Gaul rata & siap.
Ini adalah cara masak gaya Negeri Sembilan. SuiSan Aliezsha melalui facebook telah berkongsi resipi masak lemak cili api jantung pisang dan pucuk ubi. Memang nampak menyelerakan sungguh apabila makan nasi panas dengan lauk ini bersama ikan goreng. Sedap sungguh.
Gunakan jantung pisang nipah kerana jantung pisang nipah tidak kelat dan tidak pahit. Sedap juga kalau direbus dan dimakan cecah dengan budu atau sambal belacan.
MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG & PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN
1 biji jantung pisang
Semangkuk air
3 keping asam keping (untuk rendam jantung pisang)
Garam secukup rasa
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
1 1/2 biji kelapa (diparut dan diperah santannya)
Segenggam ikan bilis
Pucuk ubi secukupnya (siang dan bersihkan)
2 keping asam keping untuk memasak
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan jantung pisang. Kupas sampai dapat kulit jantung yang kuning susu. Potong kecil jantung pisang.
2. Ambil air, masukkan asam keping dan garam. Rendam jantung pisang dalam air ini.
3. Ambil cili api dan kunyit hidup. Tumbuk halus.
4. Dalam kuali, masukkan santan, ikan bilis, asam keping dan pes cili api serta kunyit hidup. Biarkan mendidih.
5. Masukkan jantung pisang dan masak sampai jantung pisang lembut.
6. Masukkan pula pucuk ubi. Kacau seketika. Masukkan garam dan biarkan seketika sebelum matikan api.
Shepherd’s Pie antara menu barat untuk hidangan minum petang yang popular dan sangat mudah disediakan, Dari dulu hingga sekarang menu ini menjadi kegemaran ramai orang. Kepada anda yang ingin mencuba berikut dikongsikan resipinya,
SHEPHERD’S PIE
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang (besar), buang kulit dan potong dadu
1 sudu makan mentega
1 sudu makan bawang merah cincang
50gm keju cheddar
Sedikt garam
Sedikit lada hitam
1 sudu makan minyak sayuran
1 biji bawang |cincang
600gm daging kisar
2 sudu makan tepung
1 sudu makan sos tomato
180ml stok daging
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah C. Ketepikan.
Rebus kentang hingga lembut. Tos dan lenyek. Campurkan mentega, bawang cincang dan keju cheddar. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata. Ketepikan.
Rebus lobak hingga lembut. Tos dan lenyek. Ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan bawang dan tumis hingga layu. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging perang. Masukkan tepung dan masak sebentar (kira-kira 1 minit).
Tuangkan stok daging dan sos tomato. Biarkan mendidih, kecilkan api dan masak selama 5 minit.
Setelah itu tuangkan daging ke dalam loyang, ratakan. Kemudian masukkan lobak dan ratakan, diikuti adunan kentang dan akhir sekali taburkan keju cheddar di atasnya.
Bakar selama 25 minit sehingga ia masak sepenuhnya.