Sekarang, ada pelbagai jenis air dan jus yang boleh dibeli secara online atau di bazar Ramadan. Tapi harganya pun boleh tahan. Apa kata puasa kali ini korang cuba buat sendiri empat jenis air ni. Bahan mudah dan cara membuatnya juga senang. Dah tentu-tentunya anda semua boleh jimat dan puas hati berbanding membelinya.
AIR PELANGI BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar 800ml air 100gm gula pasir | boleh tambah atau kurang ikut kesesuaian rasa Pewarna merah, kuning dan hijau 100gm nata de coco Sirup coco pandan | boleh guna air gula biasa Selasih secukupnya |rendam Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Ads
Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
Bagi menjadi 3 bagian kemudian beri pewarna merah, hijau dan kuning.
Setelah sejuk potong kecil agar-agar.
Cara menghidangkannya, masukkan agar berselang seli dengan nata de coco, siram dengan sirup gula.
Akhir selaki masukkan biji selasih dan ais secukupnya.
Air sedia dihidangkan.
Oleh : murlinafitri
WATERMELON LIMEADE BAHAN-BAHAN: 750gm tembikai | potong kecil 60gm air limau nipis 3 sudu makan gula | boleh tambah atau kurang Beberapa hirisan limau nipis Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1. Campur air limau nipis dan gula. kacau rata.
2. Blender tembikai dengan air secukupnya, kemudian tapis jusnya. 3. Campurkan jus tembikai dengan campuran air gula. 4. Kacau rata dan tuang dalam gelas dan tambah ais. 5. Hias dengan hirisan limau nipis. By @jescookingdiary
Anda yang sukakan Tauhu Jepun, selain dikukus ia juga sedap digoreng kemudian tumis dengan daging kisar dan tambah cili untuk memberi sedikit rasa pedas. Untuk anda yang ingin mencuba resipi ini, berikut diserta resipinya. Anda cuba ikut dan gerenti menjadi dan anda akan puas hati dengan keenakan rasanya
TAUHU GORENG DENGAN DAGING KISAR BAHAN-BAHAN:
3 batang tauhu telur | potong bulat dan goreng.
200gm daging kisar
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 biji bawang Holland | dadu halus
3ulas bawang putih | cincang halus
2 cm halia muda | cincang halus
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tauhu bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia hingga wangi.
5. Tambahkan pes cili dan kacau seketika dan masukkan daging kisar.
6. Kacau rata, kemudian masukkan pula sos tomato dan sos tiram.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Kecilkan api, dan biarkan mereneh seketika.
9. Susun tauhu dalam pinggan dan tuangkan sambal daging kisar di atasnya.
10, Tauhu sedia dihidangkan.
INFO : Jika anda mahu sambal daging kisar berkuah boleh tambahkan sedikit air di dalamnya.
Ni lah keistimewaa stew ni, makan dengan nasi pun best, cicah roti pun best. Pastu hirup puas-puas kuah tu. Memang padulah dibuat sajian berbuka .
Stew biasanya pekat sedikit berbanding sup. Namun keduanya sedap dihirup panas dan dimakan begitu sahaja. Mantap juga kalau cecah roti atau dengan nasi pun boleh. Jom tengok resipi dari Mohd Azmi ini, boleh dimasak untuk gear box lembu dan juga kambing. Nak campur tulang dan daging pun sedap
RESEPI STEW GEARBOX/ SUP TULANG MERAH
BAHAN-BAHAN : 1kg gearbox 1kg daging
5-6 Cili kering (kisar) 2 sudu tepung jagung (bancuh jadikan air) Sedikit Sos cili 1 tin kecil tomato puree Sedikit Sos Tiram Lobak Merah dipotong panjang atau halus Ubi kentang dibelah 4 (jika ada) 1 tin kecil kacang Peas/hijau Ketumbar,Jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis. Bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) Daun sup Bunga Lawang/ kayu Manis (yg ni tak perlu hancurkan. 3 labu Bawang merah besar 5 ulas bawang putih 3 inci halia (kisar) 3 batang serai (ketuk) Sup bunjut (3 bunjut) Kiub pati lembu atau ayam Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Tumis bahan-bahan di atas sehingga naik wangi. 2.Masukkan sedikit air.(Seeloknya air rebusan daging) 3.Masukkan daging/gear box 4.Dimasak 1-2 jam bergantung pada daging/gear box. 5. Siap untuk dihidangkan. (Gambar hasil masakan gambar ini daging kambing)
Kuih cucur balak ini antara kuih yang asalnya dari negeri sebelah Utara. Cucur rangup yang dihidangkan bersama kuah kacang yang pekat dan manis memang sedap