Memikirkan menu simple dan mengenyangkan untuk makan malam? Boleh cuba masak bihun celup Thai ni. Dapat semangkuk pun puas rasa. Sedap hirup kuahnya panas-panas, jom kita masak.
BIHUN CELUP THAI
Bahan-bahan: 1 kg tulang lembu/ daging/ ayam Bebola daging secukupnya 1 labu bawang putih diketuk * 1 ikat akar ketumbar diketuk * Halia diketuk * Serai diketuk * Lengkuas diketuk * Rempah sup bunjut Kicap ikan Kicap mountain Thai/ kicap cair Ajinomoto Gula garam Minyak untuk menumis Air untuk kuah secukupnya
Cara memasak: 1. Tumis bahan-bahan bertanda ** yang diketuk tadi dan rempah sup bunjut hingga wangi. 2. Masukkan air, daging dan ayam. Rebus hingga daging dan ayam empuk. Kemudian masukkan bebola daging baru masukkan kicap ikan, kicap mountain Thai atau kicap cair, ajinomoto, gula dan garam. Kecilkan api. Biarkan kuah sentiasa panas. 3. Bila daging dah empuk keluarkan dan hiris nipis-nipis. Carikkan isi ayam hingga halus. 4. Untuk hidangan-masukkan bihun, kangkung celur, taugeh, daging yang dihiris nipis-nipis, isi ayam dan tuangkan sup serta bebola daging ke dalam mangkuk bihun. 5. Taburkan chili flakes, bawang goreng, cili jeruk, air lada dan serbuk lada sulah. Siap untuk dihidangkan.
Terasa nak maka bihun sup versi cina? Boleh cuba resipi saudari Ikin Rahman yang paling mudah & sempoi ni. Bahan yang digunakan memang ringkas dan sangat senang nak dicuba.
BIHUN SUP CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN: ( tiada sukata. Jumlah ikut citarasa masing-masing)
Bihun (celur)
Udang
Fish ball
Fish cake
Sawi jepun
Kiub pati ayam secukupnya
Bawang putih (cincang)
Cili api merah & hijau
Chili flakes
Cuka secukupnya
Kicap cair secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bawang putih cincanghingga perang . Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk .
Untuk menyediakan kuah sup, masukkan air secukupnya ke dalam periukberisi minyak bawang tadi. Didihkan. 3. Kemudianmasukkan kiub pati ayam, fish ball dan udang. Kalau kurang rasa masin, boleh tambah garam . Renehkan beberapa minit dan padamkan api.
Dalam kuali berasingan, goreng fishcake dan potong nipis.
Celur sawi dan juga bihun.
Untuk menyediakan sambal kicap, campurkan kicap cair, hirisan cili api dan juga cuka. Gaul rata.
Hidangan bihun bersama sup, bahan sampingan, bawang putih dalam minyak tadi dan tabur cili flakes.
Jika sebut tentang Sup Utara, pasti sinonim dengan sambal merahnya dan bihun celurnya yang berwarna kuning. Makan pula dengan ayam yang dicarik-carik, lobak masin dan bawang goreng serta tauhu goreng. Tak sah kalau tak berulang makan. Sedap sangat.
Nak membuatnya pun mudah sahaja. Ikuti resipi hasil perkongsian daripada Nurul Safra Saleh ini. Memang ternyata mengundang selera. Jom kita buat.
Kisarkan bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia.
Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga agak garing.
Masukkan serbuk rempah sup yang telah dibancuh dengan air dan tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan tumisan tadi ke dalam periuk yang berisi ayam yang telah dibelah 4 atau 6. (Saya buat 2 ekor ayam untuk 3 bungkus bihun.)
Masukkan air mengikut kadar kuah yang diingini.
Masukkan juga sup bunjut.
Setelah mendidih, angkat dan toskan ayam yang telah dimasak.
Masukkan kiub pati ayam dan garam kasar. (Saya suka guna garam kasar jika masak kuantiti yang banyak kerana rasanya tak pahit.)
Kemudian, di akhir nanti baru sesuaikan rasanya dengan serbuk garam buluh yang mudah larut dan berkhasiat.
Akhir sekali, masukkan daun sup yang telah dipotong.
Goreng sebentar ayam yang telah dimasak tadi. Carik isi ayamnya dan masukkan semula tulangnya ke dalam sup tadi.
Kemudian, goreng tauhu yang telah dibelah dua dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit.
Celur bihun bersama sedikit serbuk kunyit dan toskan.
Sup dah siap. Hidangkan bihun bersama tauhu goreng, isi ayam yang dicarik, daun bawang, daun sup, hirisan cili merah, lobak masin, bawang goreng, sambal merah dan sambal kicap.
RASA kongsikan lapan menu mi yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Anda boleh cuba salah satu kerana kesemua menu ini sangat sedap dan mudah disediakan. Lepas puas makan rendang, jom makan mi dan mihun pula ye.
MI GORENG MAMAK
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning
40 gram bawang merah kisar
30 gram bawang putih kisar
20 gram cili boh
30 gram kuah kacang segera
100 gram bebola ikan hiris
100gm fish cake | hiris
100 gram isi ayam potong dadu
50 gram udang
1 keping tauhu | goreng hiris nipis
3 biji telur
50 gram tauge
50 sawi | potong
Minyak masak secukupnya
BAHAN KUAH KACANG
300 gram kacang tanah
500 gram bawang merah kisar
300 gram bawang putih kisar
30 gram udang kering
500 gram cili boh
3 liter air
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
Untuk memasak kuah kacang, kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Kemudian dikisar halus bersama udang kering.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
Masukkan cili boh dan tumis hingga masak. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak.
Masukkan cili boh satu sudu makan dan tumis sehingga masak.
Masukkan kuah kacang yang telah dimasak tadi dan masak sehingga sedikit kering.
Masukkan mi kuning bebola ikan, fish cake dan isi ayam.
Pastikan bahan-bahan mentah sudah masak.
Masukkan tauhu goreng, tauge dan sawi.
Pecahkan tiga biji telur di tengah kuali, biar seketika barulah digaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati panas-panas.
CHAR KUETIAU
BAHAN-BAHAN:
1 kg kuetiau
150 gram udang
50 gram bawang putih kisar
50 gram cili boh
30 ml kicap cair
10 gram lada putih
1 biji telur ayam
30 gram tauge
50 gram kucai
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.
MI SOTO AYAM
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning | celur
1 liter air 2gm bunga lawang
5 helai daun limau purut |kisar
2 gram biji pelaga
2 gram kulit kayu manis
50 gram bawang merah | kisar
30 gram bawang putih | kisar
5 gram halia
1/2 peket rempah sup
1 batang serai | titik
5 gram jintan manis
5 gram jintan putih
5 gram serbuk lada hitam
50 gram isi ayam
20 gram serbuk ketumbar
10 ml minyak masak
400 gram nasi impit | rebus
100 gram bawang goreng | hiasan
30 gram tauge | hiasan
Sedikit hirisan cili merah | hirisan
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN SAMBAL KICAP CILI PADI:
20 gram cili padi merah/cili api
5 gram bawang putih
150 ml kicap lemak manis
5 ml air limau nipis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5.Biar mereneh dan tutup api.
6. Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
7. Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.
BIHUN SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
1 kg bihun | rendam dan tos
10 ml minyak masak
50 gram bawang merah kisar
30 gram bawang putih kisar
5 gram lada putih
5 gram lada hitam
100 gram isi ayam potong dadu
100 gram udang
100 gram sotong
50 gram lobakmerah hiris panjang
10 gram daun bawang hiris panjang
1 biji telur
10 gram cili merah hiris
Sedikit daun kucai | hiris
Sedikit tauge
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak
2. Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
3. Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata.
4. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.
MI LADNA
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning | celur
10 gram halia kisar
30 gram bawang putih kisar
100 gram isi ayam
50 sotong
50 gram udang
50 gram sawi
5 biji cili padi | belah dua
50 gram lobak | hiris
50 gram bunga kobis | potong
4 biji cendawan butang dalam tin | hiris
500 liter air
30 ml sos tiram
5 ml minyak bijan
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK
1. Tumis halia, bawang putih yang dihiris halus.
2. Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
3. Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
4. Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
5. Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
6. Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.
MIHUN TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg bihun | celur
Minyak masak secukupnya
BAHAN PES:
30 gram bawang merah
20 gram bawang putih
20 gram cili merah
30 gram cili kering
10 gram lengkuas
2 batang serai | ketuk
8 gram udang kering
5 helai daun limau purut
10 gram belacan | bakar
30 ml air asam jawa
Gula dan garam secukupnya
5 liter air
BAHAN SUP
100 gram ayam
100 gram udang
50 gram sotong
15 gram bawang besar hiris
10 gram bawang putih hiris
10 gram lengkuas
1 biji buah tomato | belah empat
10 ml sos ikan
5 ml limau nipis
10 biji cili padi | belah dua
15 gram daun ketumbar | racik
50 gram bunga kubis | potong
50 gram lobak | potong
5 biji cendawan butang dalam tin | hiris
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK
1. Semua bahan pes tomyam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masak sehingga menjadi pes tomyam.
5. Masukkan air.
6. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tomyam. Biarkan mendidih.
7. Tuang kuah tomyam ke atas mihun yang siap dihidang.
MI HAILAM
BAHAN-BAHAN
1 kg mi kuning | celur
20 gram bawang putih | kisar
30 gram bawang merah | kisar
100 gram isi ayam
100 gram udang
50 ml kicap pekat
5 gram lada hitam
30 ml sos tomato
30 ml sos tiram
500 ml air
10 gram cili merah | hiris nipis
40 gram bawang goreng
1 biji telur
50 gram bunga kubis | potong
30 gram sawi | potong
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK
1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.
MI BAKSO
BAHAN-BAHAN
1 kg kuetiau
150 gram udang
50 gram bawang putih kisar
50 gram cili boh
30 ml kicap cair
10 gram lada putih
1 biji telur ayam
30 gram tauge
50 gram kucai
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.
Nak buat minyak bijan sendiri di rumah? Jom cuba resipi minyak bijan homemade yang wangi, mudah dan tahan lama. Guna dua bahan sahaja tapi hasilnya setanding minyak bijan asli!