‘Esok nak diet lah!’ ialah antara kata-kata atau ayat yang kita sendiri kadang- kala tidak mampu nak laksanakan.
Berikut ialah jenis-jenis diet yang popular bagi menghilangkan lemak tepu yang telah anda kumpul semasa berkunjung ke rumah terbuka rakan-rakan mahupun sanak saudara. Nak sihat dan kurus haruslah kene disiplinkan diri kan? Selamat mencuba!
Diet Paleo
Diet Paleo atau dikenali sebagai diet orang zaman batu mempunyai teori bahawa sakit moden yang masa sekarang ini adalah disebabkan pengambilan bahan-bahan seperti bijiran, tenusu dan juga makanan yang telah diproses. Diet Paleo lebih fokus pada pemakanan seperti sayuran, buah-buahan, kekacang dan mengelak pengambilan makanan yang diproses, gula, tenusu dan juga bijiran.
Diet Atkins
Diet Atkins merupakan antara diet yang popular di Malaysia. Diet atkins akan menolong dari segi kawalan tahap insulin dalam badan anda menerusi cara pemakanan yang betul.
Diet Atkins dikatakan berkesan kerana makanan yang anda ambil haruslah merupakan makanan yang mengandungi protein dan lemak serta mengelak daripada mengambil karbohidrat. Antara sebab utama diet ini berkesan adalah kerana ianya mengurangkan selera anda untuk mengambil makanan yang akan meningkatkan berat badan anda.
Diet Vegetarian
Ads
Kebanyakan vegetarian adalah lacto-ovovegetarians, dalam erti kata lain, mereka tidak makan makanan yang berasaskan haiwan, kecuali telur, susu, dan madu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan bahawa golongan vegetarian mempunyai berat badan yang lebih rendah, kurang mendapat penyakit, dan secara umumnya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada orang yang makan daging.
Diet Makanan Mentah (Raw Food)
Diet makan makanan mentah atau raw foodism, melibatkan makanan dan minuman yang tidak diproses, makanan tersebut berasaskan tumbuhan serta bahan organik yang ideal.
Bagi mereka yang ingin mencuba Raw Foodism, tiga perempat daripada pengambilan makanan anda harus terdiri daripada makanan yang belum dimasak. Sejumlah besar pengamal raw foodism turut merupakan vegan iaitu mereka tidak makan atau minum apa-apa yang berasaskan haiwan.
Terdapat empat jenis makanan mentah utama: vegetarian mentah, vegan mentah, omnivora mentah, dan karnivora mentah.
Intermittent fasting
Ads
Puasa secara berselang-seli adalah corak makan yang mana kitaran pemakanan adalah antara tempoh puasa dan makan. Daripada menyekat anda daripada makan, diet ini menandakan masa untuk anda perlu makan.
Puasa secara berselang-seli biasanya diamalkan untuk menurunkan berat badan kerana memudahkan proses penyekatan kalori anda.
Terdapat 4 kategori Puasa berselang-seli iaitu
Metod 16/8: Tidak mengambil sarapan dan hanya makan untuk 8 jam sahaja.
Metod Makan-berhenti-makan : Melibatkan anda berpuasa selama 24 jam sekali atau 2 kali dalam seminggu
Diet 5:2: Menghadkan pengambil kalori hingga 600 kalori 2 kali seminggu dan mengambil makanan seperti biasa bagi 5 hari yang selebihnya.
Diet Pahlawan: Hanya mengambil makanan seperti sayuran dan buah-buahan pada waktu pagi dan hanya mengambil makanan yang besar pada waktu malam.
Tapi haruslah ingat amalkanlah mengikut kemampuan anda. Diet, diet juga, senaman tetap kena buat juga. Lemak tepu itu takkan dapat hilang dengan mudah.
Bila balik kampung makan lauk ikan masak sambal yang disediakan ibu. Rasanya memang sedap sungguh, berbeza sangat dengan hasil masakan kita. Hairannya kita masak menggunakan cara yang sama.
Tak dinafikan cara orang tua memasak memang cermat, itu sebab hasilnya sedap. Salah satu cara yang dipraktikkan adalah sambal ditumis berulang kali. Memang mengambil masa tapi hasil sambal akan jadi lebih sedap. Tip inilah yang dikongsi oleh Ben Safwan.
Tip buat sambal ikan sedap macam mak masak
Bahan-bahan
Ikan selar (perap dengan bawang putih, garam dan sedikit serbuk kunyit)
2 senduk bawang kisar cair
Sedikit halia yang ditumbuk
2 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
3cm gula melaka
Garam
Gula
Hirisan bawang
Cara membuat
1. Goreng dulu ikan 3/4 masak dengan perap bahan tumbuk bawang putih, garam dan kunyit serbuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi.
3. Dah pecah minyak 2-3 kali, tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka.
4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkan lebihan minyak, asam keping pada masa ini untuk elakkan rasa masam berlebihan. Kemudian perasakan dengan garam/gula. Jangan terlalu masin sebab ikan sudah digaram.
5. Kemudian barulah masuk isi ikan yang dah digoreng bersama hirisan bawang. Masak sampai bawang layu dan rasa sesuai ikut tekak. Sesuaikan rasa buat kali terakhir jika perlu.
Senang. Tapi hasil dia sangat sedap sebab kita masak ikut tertibnya.
TIP
Pastikan sewaktu menumis guna minyak yang banyak. Jangan risau, boleh keluarkan nanti bila siap memasak. Tumis asing bawang kisar dan halia tumbuk sikit sampai pecah minyak dan baru letak cili kisar homemade.
Letak asam keping dan gula melaka/nisse dan biarkan lagi sambal pecah minyak masak berulang kali.
Paling penting sambal kena masak elok menggunakan api yang kecil.
Selepas masukkan ikan, boleh perasakan dengan garam gula secukupnya. Tak perlu gunakan sebarang sos.
1. Hiris daging kecil-kecil, ketepikan. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi. 2. Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging. 3. Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 4. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air. Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak. Tutup api, sambal daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus 4 sudu makan pes cili kering 2 biji bawang besar | potong dadu – beli online di sini 5 sudu makan kicap manis – beli online di sini 3 sudu makan kicap pekat – beli online di sini Garam dan gula jika perlu 4 sudu makan minyak masak
1. Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk. 2. Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit. 3. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar. 4. Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak. 5. Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 6. Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak. Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan.
SAMBAL SERAI ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil 1 biji bawang besar | hiris 1 biji limau nipis | jus sahaja Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 2cm halia muda 3 batang serai | hiris 3 helai daun limau purut | carik-carikkan 3 biji cili hijau – beli online di sini 10 biji cili padi – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar. 3. Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata. 4. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api, terus kacau seketika. 5. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil 150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar – beli online di sini 1 sudu makan air asam jawa 4 sudu makan pes cili kering 250ml air 200ml santan – beli online di sini Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
6 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2cm halia 2cm lengkuas 2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis. 2. Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak. Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu. 3. Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi. Selepas beberapa minit masukkan pula santan. 4. Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak. Tutup api, sambal daging berkacang sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Asam pedas adalah masakan Melayu yang cukup popular dengan gabungan rasa masam dan pedasnya. Ada pelbagai jenis asam pedas seperti Asam Pedas Johor, Asam Pedas Melaka, Asam Pedas Nyonya, Asam Pedas Utara dan banyak lagi. Bagi anda yang sukakan hidangan ini, bolehlah cuba.
1. IKAN TONGKOL ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol | potong kecil
2 batang serai | diketuk
1 sudu makan kicap manis
Sedikit belacan | dibakar
2 biji tomato | dibelah empat
2 biji bawang besar | dihiris bulat
4 sudu makan kacang tanah tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
6 biji cili padi
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
CARA MEMASAK: 1. Ikan dilumur dengan garam serta kunyit. Goreng hingga garing. 2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang-bawang yang dikisar sehingga kekuningan. 3. Masukkan belacan, cili padi dan cili kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 4. Masukkan serai, kicap, air asam jawa, garam dan juga gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih. 5. Selepas itu, masukkan ikan, tomato, bawang besar dan kacang tanah. Kacau rata. 6. Biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Pastikan cili betul-betul masak sebelum dimasukkan air asam jawa.
2. SOTONG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong sederhana besar | bersihkan dan potong kecil
20 tangkai cili kering | dikisar
10 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji bawang besar | dikisar
2 batang serai | dititik
200gm asam jawa | dicampur air dan ditapis
1 biji buah tomato | dicincang halus
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dikisar sehingga kekuningan. 2. Masukkan cili kering dan serai. Tumis sehingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa, tomato, garam dan gula dengan secukup rasa. 4. Akhir sekali, masukkan sotong dan gaul hingga rata. Biar sehingga sotong masak. 5. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Cili kering boleh digantikan dengan cili boh.
3. ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ayam
3 batang serai | dititik
1 pokok daun ketumbar | dihiris
1 cawan air asam jawa
4 helai daun limau purut
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
1 biji terung | dipotong kecil
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm halia
2 biji buah keras
3 biji tomato
2cm belacan | disangai
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga isi ayam lembut dan cili kelihatan pecah minyak. 3. Kemudian masukkan serai, daun limau purut, air asam jawa. Biarkan seketika barulah dimasukkan air. 4. Sesuaikan rasa dengan menambah garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan mendidih sehingga isi ayam benar-benar empuk. 5. Masukkan daun ketumbar dan terung. Biarkan mendidih seketika. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF:Jika kurang gemar aroma belacan, abaikan bahan tersebut.
4. ASAM PEDAS TUMIS TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tenggiri
3 sudu makan cili kisar
5 biji bawang merah | dikisar halus
4 ulas bawang putih | dikisar halus
2cm halia | dikisar halus
2cm belacan | disangai
2 batang serai | dititik
3 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan | dibelah dua
2 biji tomato | dibelah empat
1 cawan air asam jawa
5 batang bendi
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar, belacan dan serai sehingga pecah minyak. 2. Tuang air asam jawa dan air. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Gaul rata. 3. Setelah kuah mendidih, masukkan bendi dan tomato. Biarkan sehinga masak. 4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Apabila kuah kelihatan pecah minyak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Tumis cili menggunakan api perlahan dapat menghasilkan rasa asam pedas yang enak kerana rempahnya masak dengan sekata.
5. ASAM REBUS IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan selar
4 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1/4 biji nanas | dipotong kecil
Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
4 biji cili merah | ditumbuk halus
Sedikit belacan | ditumbuk halus
2 biji bawang merah | ditumbuk halus
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ikan dan potong kecil. 2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih. 3. Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. 4. Siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga menggunakan ikan kembung.
6. KEMBUNG MASAK REBUS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | dibelah dua
4 sudu makan cili kering kisar
4 cm lengkuas | dikisar
3 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit belacan | dikisar
6 batang bendi
2 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1 biji buah tomato | dibelah empat
4 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air ke dalam periuk diikuti cili kisar dan bahan lain yang telah dikisar. Biarkan sehingga agak mendidih. 2. Kemudian masukkan ikan, asam gelugur, daun kesum diikuti garam serta gula dengan secukupnya. 3. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Biarkan sehingga sayuran menjadi lembut. 4. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain dikisar, bawang merah, belacan, lengkuas dan bawang putih boleh juga ditumbuk kasar. Ia memberikan lebih rasa pada masakan.
7. UDANG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
2 tangkai daun kesum
1 biji tomato | dibelah empat
Air secukupnya
1 cawan air asam jawa
2 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
2cm halia
2 biji buah keras
Sedikit belacan | dibakar
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga garing dan wangi. 2. Kemudian masukkan udang dan biarkan sehingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika. Tambahkan air secukupnya. Biarkan mendidih. 4. Tambahkan daun kesum dan tomato. Biarkan masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. 5. Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu lebih masam, lebihkan jumlah air asam jawa.
8. KERANG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk isi kerang rebus
8 biji cili merah | dikisar
1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 batang serai | dihiris
2 helai daun limau purut
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
Minyak untuk menumis
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning. Kemudian masukkan kisaran cili merah. 2. Tambahkan sos tiram, sos cili, serai, daun limau purut, garam dan gula dengan secukup rasa. Tumis sehingga naik minyak. 3. Masukkan isi kerang dan air asam jawa dengan secukupnya. Gaul rata. 4. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain kerang, boleh juga menggunakan kepah.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.