Simpan bawang dan kentang di dapur jangan dekat dekat ya. Tapi yang selalu kita buat adalah sebaliknya.
Kedua bahan ini memang kita letak dalam bekas yang berdekatan malah da juga yang menyimpannya dalam satu bekas. Ini lagi sikap besar.
Perlu diketahui bahawa bawang dan kentang ini memang tidak serasi diletakkan berdekatan, ia akan menyebabkan keduanya cepat rosak.
Elak simpan bawang dan kentang dekat-dekat
-Bawang kuat ‘merembes’ gas etilena menyebabkan kentang cepat bercambah.
Ads
-Kentang ‘berpeluh’ banyak, akibatnya boleh buat bawang jadi lembik dan berair bila diletakkan berdekatan.
– Bila dua-dua bertemu, cepat ‘panas’ dan tak tahan lama
Cara simpan yang betul
-Simpan kentang dalam beg kertas, tempat sejuk dan gelap.
Ads
-Bawang pula kena letak tempat kering dan berangin.
-Jangan campurkan sayur yang mengeluarkan gas etilena dengan sayur yang sensitif.
INFO: Jangan makan kentang bertunas
Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan kita berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.
Ads
Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.
Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.
Khasiat nanas. Banyak tau! Nanas bukan sekadar buah tropika yang menyegarkan di hari panas. Di sebalik rasa manis masamnya, buah yang kaya nutrisi ini menyimpan pelbagai khasiat luar biasa untuk kesihatan menyeluruh dari sistem pencernaan, kulit, sendi hingga hormon wanita.
Ramai tahu bahawa nanas kaya dengan vitamin C, tetapi tidak ramai sedar bahawa ia juga mengandungi enzim bromelain iaitu sebatian semula jadi yang membantu pencernaan, mengurangkan keradangan, serta menyokong penyembuhan tisu dan sendi.
Jadi kalau anda sering alami tanda-tanda berikut, mungkin sudah tiba masanya untuk masukkan nanas ke dalam diet harian anda!
Kalau anda sering alami sakit sendi, lutut berbunyi atau rasa ngilu bila berjalan, tubuh mungkin mengalami keradangan pada tisu penghubung. Nanas mengandungi bromelain, enzim anti-radang semula jadi yang terbukti membantu mengurangkan bengkak, mempercepat pemulihan otot dan tulang, serta mengurangkan kesakitan selepas kecederaan.
Kajian juga mendapati bromelain berupaya mengurangkan aktiviti sel yang menyebabkan kerosakan tulang, menjadikan nanas pilihan semula jadi bagi mereka yang mengalami arthritis atau masalah sendi kronik.
Pernah rasa lesu walaupun tidur cukup? Itu mungkin tanda kekurangan zat penting. Nanas mengandungi vitamin B kompleks seperti B1 (thiamine) dan B6 (pyridoxine) yang membantu menukar makanan kepada tenaga. Ia juga kaya mangan, mineral penting yang menyokong fungsi saraf dan metabolisme tenaga.
Ramai yang takut makan buah manis bila ada diabetes, tapi tahukah anda nanas sebenarnya boleh dimakan dalam kuantiti sederhana? Serat dan airnya membantu melambatkan penyerapan gula dalam darah, manakala vitamin C dan bromelain membantu mengurangkan tekanan oksidatif yang dikaitkan dengan paras gula tidak stabil.
Bagi wanita, nanas adalah sahabat baik waktu datang bulan. Enzim bromelain membantu melancarkan peredaran darah dan melegakan kekejangan otot rahim yang menyebabkan senggugut. Vitamin C dan B1 pula menstabilkan hormon dan memperbaiki kitaran haid yang tidak teratur.
Jika sukar tidur malam, cuba ambil beberapa potong nanas sebelum tidur. Buah ini mengandungi magnesium dan triptofan yang membantu tubuh menghasilkan serotonin dan melatonin — hormon penting untuk tidur lena dan mood stabil. 🌙
Nanas bukan sahaja baik untuk dalaman, malah bagus untuk kecantikan kulit! Vitamin C tinggi di dalamnya membantu mengurangkan pigmentasi, manakala bromelain menanggalkan sel kulit mati secara lembut agar kulit lebih licin dan berseri dari dalam. 🌸
Jika berat badan mula naik tanpa sebab jelas, nanas boleh membantu. Kandungan serat dan enzim bromelain meningkatkan penghadaman serta membantu tubuh memecahkan lemak dengan lebih efisien. Selain rendah kalori, rasa manis semula jadinya juga boleh menggantikan keinginan terhadap makanan tinggi gula.
Wanita yang memasuki fasa menopaus sering berdepan hormon tidak stabil. Bromelain dalam nanas membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan, sementara vitamin B6 menyokong kestabilan hormon. Mangan dan kuprum pula membantu menguatkan tulang.
Masalah rambut gugur mungkin berpunca daripada kekurangan vitamin C dan zat mineral penting. Nanas kaya antioksidan yang meningkatkan aliran darah ke kulit kepala dan menguatkan akar rambut, membantu pertumbuhan rambut baru yang sihat.
Nanas juga membantu menurunkan tekanan darah secara semula jadi. Kandungan kalium menyeimbangkan natrium dalam badan dan mengurangkan risiko strok. Bagi pesakit gout, bromelain bertindak sebagai anti-radang yang membantu menyingkirkan kristal asid urik dari sendi.
Namun, ambil secara sederhana kerana asid dalam nanas boleh menyebabkan pedih mulut atau gastrik jika dimakan terlalu banyak.
Nanas bukan sekadar buah penyegar dahaga. Ia sebenarnya “ubat semula jadi” untuk pelbagai masalah tubuh. Dari sakit sendi, tekanan darah, hingga kecantikan kulit dan tenaga dalaman, semua boleh dirawat dengan khasiat bromelain dan vitamin dalam buah tropika ini.
Jadi kalau anda sering cepat letih, sakit sendi atau hormon tidak stabil, mungkin jawapannya ada di dapur anda sendiri. Mulai sekarang, makanlah nanas!
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa sabun pencuci pinggan, minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga memang sukar dibersihkan.
Lagi kerap masak dan makan di rumah, lagi banyak sabun pencuci pinggan digunakan untuk mencuci peralatan memasak dan pinggan mangkuk. Sebagai langkah penjimatan, sabun pencuci pinggan ini sebenarnya boleh kita hasilkan sendiri di rumah menggunakan bahan semula jadi.
Jika anda menanam pokok limau kasturi di rumah, ini satu kelebihan kerana bahan utama untuk menghasilkan sabun pencuci pinggan ini ialah limau kasturi. Selain memberi aroma segar, limau kasturi juga membantu menanggalkan minyak dengan lebih berkesan.
Sebagai panduan, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Mainim Saikun. Beliau membuat sendiri sabun pencuci pinggan menggunakan limau kasturi yang ditanam di rumahnya. Hasilnya, dengan sekilo limau kasturi boleh menghasilkan sehingga 12 liter sabun pencuci pinggan yang boleh digunakan selama berbulan-bulan.
Dengan membuat sabun pencuci pinggan sendiri, anda bukan sahaja menjimatkan kos, malah dapat memastikan bahan yang digunakan lebih selamat dan mesra alam.
Ramai yang menanam pokok kesum di rumah kerana banyak kegunaannya dalam masakan. Tapi ramai juga yang mengadu pokok kesum ini kurang rimbun sedangkan daun-daun itulah yang penting untuk kita guna.
Sebenarnya cara untuk rimbunkan daun pokok kesum ini mudah saja, boleh gunakan petua air bawang seperti dikongsi oleh Noridah Tahir. Selain pokok kesum, air bawang ini boleh juga digunakan pada sayuran berdaun yang lain.
Cara buat air bawang merah
1. Ambil 5 biji bawang merah, guna bawang kecil atau kalau guna bawang merah besar ambil satu biji.
2. Kisar bawang tadi bersama kulitnya sekali, campur dengan sedikit air paip. Kisar hingga hancur.
3. Kemudian tapis untuk ambil air bawang dan campurkan dengan 1.5 liter air paip.
4. Peram 1 hingga 2 hari.
5. Untuk guna campurkan dengan air paip nisbah 1:5 dan jirus pada pokok.
Jirus untuk banyakkan akar tanaman berdaun dan sembur pada pokok untuk banyakkan pucuk.
Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.