Simpan bawang pun kena tahu cara yang betul terutama jika bahan masakan ini dibeli dalam jumlah yang banyak.
Ads
Jika salah simpan bawang ini akan cepat busuk. Dah tentu rugi tambah pula sekarang harganya pun dah mahal.
Supaya stok bawang yang kita beli tahan berminggu-minggu, tak cepat busuk ini cara betul untuk simpan bawang baik bawang segar, bawang yang dikupas atau yang dikisar.
Bawang segar
Ads
Jangan simpan dalam peti sejuk.
Cara simpan bawang yang betul adalah dengan meletakkannya di tempat yang terbuka dan kering.
Boleh letak di dalam raga berlubang yang ada pengaliran udara.
Jangan letak bawang di tempat tertutup, gelap, serta lembap.
Elak simpan bawang merah bercampur bersama dengan sayur lain, kerana boleh buat bawang cepat busuk.
Bawang dikupas
Cara simpan bawang merah atau bawang putih yang telah dikupas perlu lebih cermat kerana ia lebih mudah rosak.
Jangan basuh lepas dikupas kerana kelembapan boleh menyebabkan bawang lembik dan cepat rosak.
Simpan dalam peti sejuk tapi pastikan bawang dikupas dalam bekas yang kedap udara agar tidak dicemari oleh bahan makanan lain dalam peti sejuk.
Bawang kisar
Ads
Sama seperti menyimpan bawang dikupas ia perlu disimpan dalam peti sejuk.
Boleh letakkan sedikit garam supaya tidak berkulat.
Boleh juga disimpan daalam freezer untuk tahan lebih lama.
Bulan puasa ni memang agak mencabar bagi kaum ibu terutamanya bagi mak-mak yang berkerja. Mana taknya, sampai sahaja di rumah, kalut nak masak juadah berbuka untuk keluarga. Lebih parah lagi jika lauk yang nak dimasak tu, lupa nak dikeluarkan dari peti sejuk beku pada waktu pagi. Aduhai…memang bertambah huru-hara. Ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ni. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam dan daging boleh lembut dan boleh dimasak. Cara-caranya ialah:
1. GUNA MICROWAVE
Cara ni paling mudah. Masukkan lauk sejuk beku anda ke dalam bekas dan letakkan di dalam ketuhar gelombang micro. Tekan butang ‘defrost’ dan tunggu proses tersebut siap. Hasilnya ais pada lauk pauk anda akan cair dengan mudah.
2. GUNA PERIUK
Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terungkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.
3. GUNA CUKA MAKAN
Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu emnurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.
4. GUNA AIR PANAS
Cara ini sesuai untuk melembutkan daging dan tidak begitu sesuai untuk ikan dan ayam. Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan air yang mendidih ke dalam bekas. Campur sedikit air biasa supaya suhunya sekitar 80C. Masukkan kepingan daging yang hendak dicairkan dan tunggu seketika sehingga aisnya cair. Toskan dan masaklah daging seperti biasa. Namun masa diambil juga bergantung kepada ketebalan daging. lebih nipis daging, lebih cepat ia lembut.
Bila tiba raya, aneka rendang pastinya antara juadah wajib ada. Salah satu yang paling disukai ramai adalah Rendang Kerang. Kena pula yang pedas, fuhh…sedap sungguh dimakan dengan lemang. Nak masaknya sangat mudah namun proses penyediaan iaitu mengupas ekrang dari kulit tu mengambil masa yang lama.
Ada petua yang boleh dicuba untuk memudahkan proses kupas kerang ni. Anda hanya perlukan:
CARA CEPAT MENGOPEK ISI KERANG
kredit: http://www.livestrong.com/
BAHAN-BAHAN:
Kerang
2 sudu makan minyak masak
Air secukupnya | untuk merebus
CARA-CARA:
Bersihkan kerang dan masukkan ke dalam periuk.
Kemudian masukkan sama paras dengan jumlah kerang serta minyak masak.
Tutup periuk dan biarkan hingga kerang masak.
Toskan air dan kopek isi kerang. Hasilnya, cengkerang akan mudah terbuka dan isi akan senang tanggal dari kulitnya.
Mesti ramai di kalangan korang yang risau bila menggoreng hati dan pedal ayam yang sedap bila digoreng kemudian dibuat sambal.. Sebabnya dia benda ini akan meletup-letup, pendek kata dapur akan kotor dengan percikan minyak. Disebabkan masalah ini juga ramai yang membuang saja hati dan pedal ayam, Sayakan kalau dibuang begitu je, Ok, ini RASA kongsikan beberapa petua menggoreng hati dan pedal ayam dengan aman tanpa gangguan pecikan minyak.
Apa yang anda perlukan ialah:
Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.
4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.