Bila tiba hujung minggu, pastinya ada yang nak masak menu istimewa buat anak-anak dan suami. Antara yang mudah disediakan adalah aneka nasi tumis seperti Nasi Minyak, Nasi Briyani, Nasi Tomato dan lain-lain. Bagi yang tidak biasa, pasti rasa susah nak dapatkan nasi yang cantik dan masak sempurna.
Usah risau. Untuk mendapatkan Nasi Minyak, Nasi Briyani dan Nasi Tomato yang cantik serta tidak hancur, caranya mudah sahaja. Jom cuba petua perkongsian dari saudari Habibah Badar Bajrai ni. Pasti anda rasa lebih yakin.
CARA MASAK NASI TUMIS AGAR TAK HANCUR & MASAK SEMPURNA
- Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
- Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
- Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
- Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kali kaup.
- Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang, tindih dengan menggunakan lesung batu.
- Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
- Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
- Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.
Ha..mudah kan? Ni RASA belanja satu resipi nasi mudah. Selamat mencuba!
NASI BRYIANI AYAM YOGURT
BAHAN-BAHAN:
- 500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
- 400gm ayam | potong sederhana
- 2 sudu makan minyak Sapi
- 1 sudu makan marjerin
- 1/2 cawan yogurt
- 1 biji Lemon | jusnya sahaja
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu teh bunga Lawang
- 1 batang Kayu Manis
- 2 sudu besar tomato puree
- Daun Pudina secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit Saffron | direndam dalam 1/2 cawan air panas
- Gula & Garam
- Air secukupnya
- Pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah ratus, jintan manis,bunga lawang,kayu manis hingga wangi.
- Masukkan ayam, kacau rata sehingga masak.
- Masukkan tomato puri dan yogurt perasakan dengan gula dan garam.
- Masukkan beras basmathi dalam periuk nasi bersama air secukupnya, tuangkan bahan tumisan tadi kacau mesra masak seperti biasa.
- Apabila hampir masak,masukkan air safron,tutup dan biar masak.
- Setelah masak percikkan sedikit pewarna kuning dan masukkan daun pudina segar dan tutup 5 minit Lgi.
- Nasi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Elakkan rendam beras Basmathi, terlalu lama dan kerap digaul semasa memasak. Ia akan menyebabkan beras patah dan nasi tidak cantik selepas dimasak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI