
Limau kasturi ni kan selain daripada penyedap makanan, sebenarnya banyak petua orang dulu-dulu gunakan untuk kesihatan badan.
Perkongsian daripada Leha Yusuf ini, sangat membantu untuk menggunakan limau kasturi dalam menjaga kesihatan.
TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Nasi Minyak
TONTON Dapur Rasa Live: Mangolian Beef
5 PETUA GUNA LIMAU KASTURI
HILANGKAN BATUK
Campurkan limau kasturi bersama dengan kicap dan garam. Kacau kemudian diminum setiap pagi dan malam. Insya-Allah, batuk akan beransur pulih
HILANG SAKIT KEPALA
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
MENGURANGKAN LELAH
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.
Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
TONTON 3 Jenis Kentang & Cara Kupas Yang Mudah
MENGHILANGKAN BAU BADAN
Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian. Manakala, cara kedua, adalah dengan menggosok limau kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.
TURUNKAN BERAT BADAN
Perahan limau kasturi dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Seeloknya, teh itu panas suam kerana kesannya lebih cepat.
Amalkan meminum air ini dan insya-Allah, perut yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
Kredit petua: Leha Yusuf
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tanaman Tak Menjadi? Lelaki Ini Kongsi Petua Guna Racun Organik Buatan Sendiri Guna Cili Padi
Khasiat Lemon, Kurma Bantu Masalah Kolestrol, Boleh Cuba Minuman Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Himpunan Aneka Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja Memasak

Dalam bidang masakan ada banyak koleksi petua dapur yang boleh dicuba. Ianya bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan agar anda rasa tidak berasa susah, cepat siap serta mengelakkan dari pembaziran. Berikut adalah koleksi petua-petua yang boleh anda cuba dan amalkan. Moga setiap satunya memberi manfaat dan memudahkan kerja harian anda di dapur.
1. PETUA HILANGKAN RASA PAHIT LEMON
1. Jika anda merasa pahit pada hidangan bersos akibat penggunaan lemon, tambahkan beberapa cubit garam kemudian kacau. Garam mampu meneutralkan rasa pahit. Masukkan sedikit demi sedikit hingga rasa pahit hilang.
2. Untuk hidangan makanan lain yang kuahnya lebih pekat, anda boleh menghidangkannya dalam keadaanmasih panas atau suam agar rasa pahit tidak begitu ketara. Suhu panas boleh membuat rasa pahit tidak dapat dikesan. Ini yang membuatkan kopi panas tidak terlalu pahit rasanya dibandingkan kopi sejuk.
3. Jika anda akan membuat minuman daripada lemon, pastikan anda hanya menggunakan isi buahnya sahaja. Buang biji dan bahagian kulit yang berwarna putih, kerana bahagian itulah yang membuat lemon terasa pahit.
Klik DISINI untuk resipi menggunakan lemon.
2. PETUA PILIH KETAM YANG BANYAK ISI & PENUH TELUR
- Pilih ketam yang bertelur. Sudah pasti isinya banyak.
- Beli ketam semasa bulan mengambang. Dikatakan masa ni isi ketam tengah padat dan penuh.
- Ambil ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai lebih banyak isi berbanding ketam jantan.
- Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
- 5. Nak tahu berat ke tidak, cubalah timbang-timbang dengan tangan. Kalau berat, tanda isi penuh lah tu.
Klik DISINI untuk resipi menggunakan ketam.
3. PETUA ELAK CILI KERING KISAR CEPAT BERKULAT
- Rebus cili kering daqn buang bijinya.
- Setelah lembut, toskan air.
- Masukkan ke dalam pengisar dan masukkan sedikit minyak masak. Kisar hingga lumat.
- Masukkan cili kisar ke dalam kuali. Panaskan dan tabur sedikit garam. Gaul rata hingga lebihan air cili kisar tadi kering.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup yang bersih. Simpan di dalam peti sejuk.
- Hasilnya, cili kering homemade anda akan tahan lebih lama.
Klik DISINI untuk resipi menggunakan cili kering.
4. PETUA CUCI KAIN PENGELAP DAPUR AGAR LEBIH BERSIH & HARUM
Kain pengelap yang bersih digunakan ketika proses memasak di dapur. Namun jika tidak dibasuh dengan kerap, kain pengelap ini biasanya akan menjadi busuk. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan.
BAHAN-BAHAN:
- Soda Bikarbonat
- Cuka
- Air panas
- Kain Pengelap
CARA-CARA:
- Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
- Kemudian masukkan cuka. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan kain pengelap. Pastikan kain tersebut terendam sepenuhnya. Biarkan kain terendam semalaman.
- Bilas kain dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hasilnya kain pengelap anda lebih bersih dan tidak busuk.
5. PETUA LEMBUTKAN AYAM PENCEN
Ayam pencen memang enak dimasak dengan pelbagai hidangan seperti rendang, kari, gulai dan bermacam-macam lagi. Namun, isi ayam ini bukan mudah dimasak seperti isi ayam biasa. Ia mempunyai tekstur yang lebih keras serta liat. Bagi memudahkan isi ayam ini empuk sewaktu dimasak, ada petua yang boleh dicuba. Antara yang boleh dicuba adalah:
BAHAN-BAHAN:
- Ayam tua – dibersihkan
- Betik muda
CARA-CARA:
- Hiris betik muda bersama-sama kulitnya.
- Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan rendam selama 10-15 minit.
- Kemudian bolehlah dibersihkan dan dimasak seperti biasa.
Klik DISINI untuk resipi menggunakan ayam.
6. PETUA LAMBATKAN NASI BASI
Sama ada nasi atau periuk nasi yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Penat bertukar jenis beras, dan cuba pelbagai jenis petua. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Memang rugi! Apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil sedikit bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh beras bersama-sama cengkih hingga sebati kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak. Hasilnya nasi yang anda masak dapat tahan lebih lama. Selamat mencuba!
Klik DISINI untuk resipi aneka nasi.
7. PETUA ATASI MASALAH NASI LEMBIK
- Buka periuk nasi dan masukkan dua biji telur yang telah dibasuh kulitnya. Kemudian tutup penutup dan biarkan seketika anggaran 10-15 minit.
- Buka kembali periuk dan hasilnya nasi anda akan jadi kering dan sempurna. Selamat mencuba!
8. PETUA SIMPAN DAUN SUP AGAR KEKAL SEGAR DALAM TEMPOH MASA YANG LAMA

BAHAN-BAHAN:
- Daun sup
- Air masak
- Bekas kiub ais
CARA-CARA:
- Basuh bersih daun sup dan dan racik halus seperti yang anda potong untuk masukkan dalam masakan sup.
- Masukkan hirisan daun sup ke dalam bekas kiub ais. Isi air sampai menutupi daun-daun tadi.
- Letakkan dalam peti sejuk dan bekukan. Setelah beku sepenuhnya, keluarkan dan simpan dalam bekas yang bertutup seperti bekas makanan.
- Untuk menggunakannya, ambil 2-3 kiub ais daun sup dan masukkan ke dalam sup yang sedang dimasak. Siap untuk dinikmati!
- Cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan lebihan hirisan bawang, cili, daun ketumbar dan sebagainya. Selamat mencuba!
9. CARA MASAK NASI TUMIS AGAR TAK HANCUR & MASAK SEMPURNA
- Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
- Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
- Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
- Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kali kaup.
- Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang, tindih dengan menggunakan lesung batu.
- Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
- Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
- Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.
Klik DISINI untuk resipi aneka Set Nasi bersama lauk.
10. PETUA KUPAS KULIT TELUR REBUS DENGAN MUDAH & CANTIK SEMPURNA
- Basuh telur dan rebus seperti biasa.
- Setelah masak, rendam telur di dalam air dengan segera. Biarkan seketika.
- Setelah air menjadi suam, buang dan letak air lain. Ulang langkah yang sama sehingga telur sejuk.
- Kupas telur dan hasilnya telur lebih mudah untuk dikupas dan isi tidak melekat pada kulit.
- Selamat mencuba!
Klik DISINI untuk resipi aneka lauk telur.
11. PETUA BUAT DONAT YANG LEMBUT & GEBU
- Pastikan acuan anda diletakkan sedikit tepung bagi mengelakkan adunan melekat padanya.
- Pastikan yis betul-betul berbuih sebelum dicampur ke dalam adunan.
- Guna air suam untuk bancuh yis. jangan guna air panas kerana ia akan menyebabkan yis mati.
- Setelah doh siap diadun, rehatkan secukupnya bagi memastikan doh kembang.
- Tip mudah untuk menyalut donat dengan gula adalah dengan meletakkannya ke dalam zip lock bag. Kemudian digoncang agar gula rata pada donat.
Klik DISINI untuk resipi Donat sedap.
12. PETUA SIMPAN CENDAWAN AGAR SEGAR LAMA & TIDAK LEMBIK
BAHAN-BAHAN:
- Cendawan segar
- Tisu dapur
- Kertas surat khabar
CARA-CARA:
- Keluarkan cendawan yang baru dibeli dari plastik. Elakkan dari terkena air.
- Ambil tisu dan tindankan diatas kertas surat khabar lama.
- Letak cendawan tadi dan bungkus dengan kemas.
- Simpan di dalam peti sejuk di bahagian sayur-sayuran.
- Hasilnya cendawan yang anda beli boleh tahan lebih dari seminggu dan tidak lembik.
Klik DISINI untuk resipi cendawan sedap.
13. PETUA KUPAS & ASINGKAN ISI KERANG DENGAN CEPAT

BAHAN-BAHAN:
- Kerang
- 2 sudu makan minyak masak
- Air secukupnya | untuk merebus
CARA-CARA:
- Bersihkan kerang dan masukkan ke dalam periuk.
- Kemudian masukkan sama paras dengan jumlah kerang serta minyak masak.
- Tutup periuk dan biarkan hingga kerang masak.
- Toskan air dan kopek isi kerang. Hasilnya, cengkerang akan mudah terbuka dan isi akan senang tanggal dari kulitnya.
- Selamat mencuba!
Klik DISINI untuk resipi lauk kerang.
14. PETUA ELAK SOTONG JADI KECUT SEMASA MASAK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong segar
- 1 cawan air
- 2 sudu makan cuka
CARA-CARA:
- Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam bekas.
- Tuang air dan cuka. Gaul rata. Biarkan selama 5 minit.
- Kemudian toskan air sotong tadi.
- Sedia untuk dimasak mengikut resipi kegemaran masing-masing. Hasilnya sotong yang dimasak akan jadi lembut, tidak terlalu kecut dan sedap.
Klik DISINI untuk resipi lauk sotong.
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Selain Penyejuk Badan, Barli Bantu Rendahkan Kolestrol.

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.
Barli adalah gandum yang kaya fiber, vitamin, berprotein tinggi dan mempunyai beberapa mineral penting.
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Dikatakan jus barli mengandungi 11 kali kalsium, 5 kali zat besi, 7 kali vitamin C & 80 mg vitamin B12 daripada 100gm barli.
Barli yang mengandungi serat juga berkesan merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut adalah penting bagi memastikan usus berfungsi dengan sihat sekali gus berfungsi meredakan sembelit dan baik untuk mengawal nafsu makan.
Barli juga mengandungi tokol yang tinggi, iaitu minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida ini membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit barah serta jantung.
Selain dibuat minuman, terdapat pelbagai hidangan yang boleh dimasak dengan menggunakan barli. Apa kata anda cuba dua resipi yang RASA kongsikan ini ye.
SUP BEBOLA DAGING BARLI TIMUN
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 batang timun jeruk
- 150gm barli
- 200gm daging lembu cincang
- 1biji telur
- 1-2 sudu teh pes bawang putih
- 3 biji bawang merah | hiris nipis
- 2-3 biji ubi kentang | potong dadu
- 2.5 liter air rebusan / stok daging
- Sedikit daun dill
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuh barli dan rendam semalam. Ketepikan.
- Masukkan air rebusan/ stok daging di dalam periuk dan apabila menggelegak, masukkan barli. Masak lebih kurang 20 minit. Ketepikan.
- Untuk menyediakan bebola daging; satukan daging cincang, telur, pes bawang putih dan sedikit garam. Gaul sekata dan bentukkan menjadi bebola daging. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah hingga terbit wangi dan tuang ke dalam air rebusan/stok tadi. Gaul sekata.
- Masukkan ubi kentang dan bebola daging dan masak lagi kira-kira 15 minit atau sehingga bebola daging dan ubi kentang masak sepenuhnya.
- Akhir sekali, masukkan hirisan timun jeruk, daun dill dan masak beberapa minit lagi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dinikmati ketika panas.
Info chef: Boleh tambah sedikit krim masam jika suka.
BAHAN-BAHAN:
- 1⁄2 cawan barli
- 2 sudu teh minyak Canola
- 1 biji bawang besar saiz sederhana | cincang
- 1 biji cili benggala | buang biji dan cincang
- 3-4 biji cendawan shiittake | rendam dan hiris nipis
- 1 batang lobak merah | cincang
- ¾ sudu teh halia cincang
- 1⁄2 cawan jus oren
- 1sudu makan sos teriyaki
- Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
- Air secukupnya
- Daun dill untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Masukkan kira-kira 2 cawan air ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
- Masukkan barli dan bila mula mendidih lagi, kecilkan api, tutup periuk dan biar ia mereneh 30-40 minit atau sehingga barli lembut. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan cili Benggala hingga terbit wangi.
- Masukkan hirisan cendawan dan lobak merah. Gaul sebati.
- Setelah itu masukkan halia cincang dan tumis sekejap.
- Tuang barli yang telah siap dimasak ke dalam kuali tersebut, diikuti dengan jus oren dan sos teriyaki. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Gaul sebati.
- Angkat dan hiaskan dengan daun dill sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati ketika panas.
Info chef: Boleh gunakan sos soya menggantikan sos teriyaki.
Cara Betul Simpan Daging Korban, Jangan Terus Masuk Freezer!

Isi Kandungan
ToggleMesti ramai yang menerima daging korban sempena Aidiladha baru-baru ini. Jika belum berhajat untuk memasak daging korban ini pastikan ia disimpan dengan cara yang betul supaya kualiti daging segar ini terjaga.
Untuk menyimpan daging yang baru disembelih ini memang ada caranya. Bukan pakai masuk dalam freezer saja. Kena ikut kaedah ini supaya kualiti daging itu terjaga dan tahan lama.
1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan
Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman mungkin akan masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. Potong dalam kuantiti kecil
Jika mendapat daging dalam jumlah yang banyak, jangan simpan daging keseluruhan daging dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Bila hendak memasak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan dalam jangka masa lama.
3. Elak terus simpan daging dalan ruang sejuk beku
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. Jangan cairkan daging beku guna air panas
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
5. Jangan simpan pakai plastik hitam
Jika menerima daging korban dalam plastik hitam, keluarkan. Jangan simpan menggunakan plastik hitam kerana plastik warna hitam ini adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat menyebabkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar.
Sumber: Vanilla Kismis