Popia Bebola Daging Berkeju aka Popia Meatball Cheese memang padulah rasa dan rupanya. Resipi punyalah ringkas, cepat siapnya. Bagi yang sibuk inilah resipi paling simple.
Anak-anak memang suka sangat nih. Hujung minggu kalau buat sarapan memang cepat dimasak , segera dimakan. Rasa lemak keju dan manis daging ,perggh memang snek yang sungguh mengenyangkan..
Rendang siat. Lebih kurang macam serunding, tapi rasa rendang. Daging direbus dalam santan cair dan sedikit garam, disiat-siat dan kemudian dimasak macam rendang hingga tahap kering yang diinginkan.
Sedap dihidang pada hari Raya dengan ketupat palas, lemang, pulut kuning / nasi impit. Buat inti pulut pun sedap. Alahai rindunya pada kampung!
Buat yang ingin membuatnya sempena Hari Raya Korban tidak lama lagi, bolehlah buat mengikut resipi daripada Ida Alina Salleh ini.
Buat inti sandwich dengan roti Gardenia sedap, makan dengan nasi panas sedap, cicah ubi rebus lagi sedap.
RENDANG SIAT
BAHAN-BAHAN:
1kg daging 1kg bawang merah besar (jika tiada, boleh juga guna bawang merah kecil) | dihiris 20 batang cili kering | direbus dan dikisar (kalau nak pedas, boleh letak banyak lagi) – beli online di sini 800gm santan pekat Garam & gula secukupnya Kerisik (saya gunakan 1 biji kelapa dan buat sendiri) – beli online di sini Daun kunyit @ daun limau purut | dihiris halus
BAHAN KISAR:
1 labu bawang putih – beli online di sini Halia (sebesar ibu jari) – beli online di sini 5 batang serai (nak lebih pun boleh) – beli online di sini 3 bunga lawang – beli online di sini 5 bunga cengkih 5 butir buah pelaga Sedikit kulit kayu manis 2 sudu kecil tiap satu: biji ketumbar, biji jintan putih, biji jintan manis *kisarkan semua bahan di atas
CARA-CARA:
1.Daging direbus dalam santan cair dan sedikit garam hingga empuk. Bila dah sejuk. Siat-siat halus daging tu. Ada orang kata kalau daging lembut, boleh guna cake mixer nanti daging tu lerai.
2.Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi serta pecah minyak.
3.Bila bahan kisar dah garing, masukkan cili kering yang dah direbus dan dikisar halus.
4.Bila cili dah garing, masukkan bawang hiris. Kacau sehingga bawang bersalut rempah dan menjadi lembut.
5.Bila bawang dah mula lembut dan wangi, masukkan santan pekat (saya guna santan pekat dan air santan lebihan rebusan daging).
6.Kacau hingga bawang menjadi lembut dan mula hancur. Rasa rempah ni. Tambah garam jika perlu dan sedikit gula.
7.Masukkan daging yang dah disiat. Kacau-kacau, masak lagi hingga bawang mula tak berapa nampak dan kuah makin mengering.
8. Masukkan kerisik (saya guna 1 biji kelapa) Kacau lagi. Bila dah masuk kerisik, jangan tinggal. Sebab rendang ni senang sangkut di kuali dan hangus. Kacau-kacau-kacau.
9.Bila dah mula kering, Masukkan hirisan daun limau purut. Nak masukkan hirisan daun kunyit pun boleh. Saya tak letak sebab stok daun kunyit dah habis.
10.Saya kacau hingga kering dan garing sebab nak simpan lama sikit. Siap!
*Yang nak makan saya ketepikan. Selebihnya saya simpan dalam freezer. Berbulan tahan. Keluarkan letak di luar lepas defrost, tak perlu panaskan balik. Makan pada suhu bilik saja. *Saya suka buat garing sebab nak simpan. Ada yang suka lembab sikit. Terpulang pada selera masing-masing. Lagi selalu dipanas, semakin gelap dan garing.
Roti homemade memang sangat sedap dan membuka selera lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Tak susah pun untuk menyediakannnya jika ada resipi dan bahan-bahan yang cukup. Bagi yang tercari-cari resipi Wool Roll Bread, saudari Ida Osman ada kongsikan resipinya. Hasilnya memang lembut dan gebu. Nampak sedap kan? Jom cuba.
BAHAN INTI: Dried cranberries / kranberi kering (empunya resipi guna dried cherry / ceri kering. Inti boleh dipelbagaikan ikut cita rasa)
CARA MEMASAK: 1.Satukan kesemua bahan-bahan doh. Adun dan uli hingga lembut dan elastik. (Sukatan cecair bergantung pada kualiti tepung. Empunya resipi guna telur seberat 60gm tanpa kulit dan sesudu besar lagi susu) 2. Rehatkan doh selama 1 jam atau hingga adunan doh menjadi kembang. 3. Bahagikan doh kepada 5 bahagian. 4. Canai 1 bahagian doh. Kelar-kelar hujung doh untuk mendapatkan efek bergaris-garis. Letak juga inti dengan secukupnya.
5. Gulung doh kemudian susun dalam loyang bersaiz 20cm yang telah diglis dengan mentega.
6. Rehat doh sekali lagi selama 1 jam. 7. Sapu susu pada permukaan doh. Bakar pada suhu 170C selama 17-20 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
Wanita sekarang ramai yang bekerja. Kalau suri rumah pun, ramai yang buat bisnes online. Masing-masing sibuk. Jadi ada kala tak sempat nak memasak yang perlu masa panjang. Sesibuk mana pun tetap kena memasak. Jadi pilihan yang ada adalah lauk ringkas.
RASA kongsikan resipi lauk daging berkentang yang ringkas tapi sedap. Resipi ini daripada Puan Nadia Mohamad.
Bahan-bahan
3 biji ubi kentang (dipotong kecil)
Sedikit daging (dihiris dan digaul garam serta kunyit)
1 biji bawang holland (dikisar)
5 biji cili merah (dibuang biji dan dikisar)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak
1) Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2) Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3) Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4) Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5) Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Puan Nadia Mohamad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kebab street food menjadi antara makanan jalanan paling popular di lebih 100 negara. Ketahui sebab popularitinya, jenis kebab terkenal serta tip menghasilkan daging kebab homemade yang lembut, juicy dan berempah.