Bakwan sejenis snek yang seakan sama seperti cucur udang atau bilis tetapi mengandungi lebih banyak sayuran. Sesuai sangat dinikmati untuk sajian minum petang. Wajib cuba resipi Bakwan yang sangat mudah ini. Lagi sedap kalau dapat makan Bakwan panas-panas yang rangup. Cicah pula dengan sos cili. Memang terangkat! Lagi banyak sayur lagi sedap. Cubalah. Ini resipi yang dikongsikan oleh Siti Khajar

BAKWAN RANGUP

Bakwan Paling Rangup & Simple, Bubuh Banyak Sayur Lagi Sedap

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum* – BELI ONLINE
1 sudu tepung beras* – BELI ONLINE
4 sudu tepung bestari pedas*(optional)
1/2 cawan udang geragau kering*
1 biji telur*(optional)
Sedikit garam*
Sedikit serbuk kunyit* – BELI ONLINE

1 1/2 cawan lobak merah sagat**
1 1/2 cawan tauge**
1 1/2 cawan hirisan kobis**
5 tangkai daun kucai**
1 labu bawang besar hiris kasar**

CARA MEMBUAT:

1. Bahan bertanda * bancuh dengan air ais. Agak-agak bancuhannya. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.

2. Masukkan bahan bertanda.**Gaul rata. Goreng menggunakan minyak yang banyak. (Cara menggoreng boleh rujuk gambar)

Bakwan Paling Rangup & Simple, Bubuh Banyak Sayur Lagi Sedap

 

Bakwan Paling Rangup & Simple, Bubuh Banyak Sayur Lagi Sedap

 

Bakwan Paling Rangup & Simple, Bubuh Banyak Sayur Lagi Sedap

SOS PENCICAH

BAHAN-BAHAN:

2 biji lada merah
1 ulas bawang putih
1/2 sudu gula pasir
4 sudu cili sos
4 sudu air panas

CARA MEMBUAT:

1.Tumbuk lumat ke semua bahan. Jika tidak lumat boleh tapis.

2. Campurkan dengan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas. Kacau hingga sebati. Bolehlah dicicah dengan Bakwan yang telah siap dimasak tadi.

Bakwan Paling Rangup & Simple, Bubuh Banyak Sayur Lagi Sedap

Sumber kredit: Siti Khajar

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Cara Buat Chocolate Cheese Brownies Bakar Sedap, Gebu & Tak Kering

Resipi Istimewa Red Velvet Brownies Cheese Untuk Raya, Memang Sedap!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

https://www.youtube.com/watch?v=dofh4m1kjcs

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI