Untuk membuat puri mangga; kisar halus mangga dengan sedikit gula dan masak dengan api kecil sehingga pekat. Sukatan gula ikut cita rasa nak manis macam mana ye.
Untuk membuat base; Kisar halus biskut dan gaul dengan mentega. Padarkan dalam loyang alas baking paper. Simpan dalam chiller.
Untuk membuat kek; Pukul cream cheese dan gula sampai lembut gebu. Masukkan tepung jagung dan yogurt dan pukul lagi. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan puri mangga dan pukul lagi.
Tuang adunan dalam loyang base tadi dan bakar secara waterbath. Suhu sekitar 150 darjah selama 1 jam atau sehingga permukaan nampak kering dan perang sikit.
Ads
Keluarkan loyang berisi air panas tadi dan biarkan kek dalam oven sekitar 1jam dengan pintu terbuka sikit. Then boleh masukkan kek dalam chiller selama 4jam ke atas untuk bagi set sebelum potong.
Bolehlah letak filling mangga atas permukaan kek. Siap untuk dipotong.
Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak. Jom kita cuba resipi-resipi ni! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga..
Anda yang sukakan cookies wajib cuba buat cookies chocchip. Memang rasanya tak usah cakap la memang sedap sangat dan tak jemu makan.Baunya semasa membakar memang buat tak sabar nak makan. Saiznya agak besar. Buat sendiri memang puas hati dapat banyak kuantitinya.
250g butter premium-cairkan sampai ada selaput
putih macam tu dekat kuali baru matikan api
Dalam bekas lain sekalikan
200g gula perang(1 1/2 cawan)
150g gula biasa(3/4 cawan)
satukan dan masukkan butter ketika panas,kacau sebati
Tambah 2 biji telur dan 1 sudu besar emulco chocolate. Kacau
Masukkan
1 sudu besar rata soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
350g tepung gandum(atau 3 1/2 cawan)
3 sudu besar serbuk koko
Gaul sebati
Ketepikan adunan di suhu bilik sahaja 10-15 minit, tak perlu chiller
Bila adunan dah sejuk, masukkkan 1 cawan callebaut dan 1 cawan chocolate chip. Uli sebati.
Bentukkan 50g dan hias dengan chocolate coin. Bakar pada suhu 160 darjah selama 20 minit api atas bawah.
Ia memang lembut masa keluar oven jangan pulak anda masukkan balik. Kalau anda buka oven dah keluar bau coklat tu dah masak.
Nanti dah sejuk baru ia jadi keras keliling cookies dan tengahnya lembut.
Oven rosak, tak ada oven no hal. Kukus aje kek tu lagi lembab dan padat. Ni min tambahkan lagi lima lagi resipi dari penulis buku resipi kek Norbaini Rahwi. Tengok dari ramuan yang digunakan pun dah terbayang kesedapan dan enak aje bila digigit.
Bagi pelajar kelas masakan Norbaini mesti teruja dengan resipi yang dikongsikannya istimewa untuk RASA. Ingat tau jaga kebersihan ramuan dan masak dalam suasana dapur yang bersih tu penting. Produk homemade kenalah segar dan selamat.
1. KEK KUKUS LAPIS BLUEBERI
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
Bahan B :
Bahan C (diayak) :
Bahan D:
Bahan E :
CARA MEMASAK : Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang. 3. Pukul bahan B hingga putih dan ketepikan. 4. Campurkan bahan A dan B. Kacau rata. 5. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. Ketepikan 6. Bahagian adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di warnakan dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan D. 7. Masukkan blueberri filling ke dalam bag piping. 8. Panaskan periuk kukusan, ambil ¾ cawan bahagian warna asal dan ratakan di dalam Loyang, kukuskan selama 8 minit.Kemudian ambil ¾ cawan bahagian yang berwarna ungu dan ratakan di dalam loyang dan ‘drizzle’ kan dengan blueberi filling , ulang langkah sehingga habis. 9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan : 25 orang Waktu memasak : 50 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Aroma yang sungguh menyelerakan dan rasa yang unik sedapnya Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF : Lebih baik ukuran loyang lebih kecil dari periuk kukusan. Loyang yang muat-muat kukusan akan menutup semua lubang sehingga tiada ruang untuk wap naik ke atas dan akan merencatkan proses mengukus.
2. KEK KUKUS ROLL MARBLE
.
BAHAN-BAHAN:
Bahan A :
Bahan B :
Bahan C :
Bahan D : 1 ½ sudu teh coklat emulco/serbuk koko
Bahan sapuan dalam kek :
CARA MEMASAK:
Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang 10 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan diselang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Ambil 3 senduk adunan dan dicampurkan dengan bahan D, gaul rata. 5. Di dalam loyang tuangkan adunan yang berwarna asal, kemudian masukkan adunan yang dicampur dengan bahan D. Lorekkan di atas permukaan adunan dengan lidi. 6. Panaskan periuk kukusan, kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak. 7. Setelah masak sejukkan kek. 8. Bila sudah sejuk sapukan jam strawberi dan gulungkan. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.
Saiz hidangan : 8 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Kek kukus lebih mudah digulung berbanding dengan yang dibakar Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Kek yang telah disejukkan dan digulungkan hendaklah segera dibalut dengan plastik. Simpan di dalam peti sejuk supaya kek gulung tidak keras dan kering.
3. KEK GULUNG PANDAN KUKUS @ KEK KUKUS ROLL JEPUN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
Bahan B :
Bahan C :
Bahan D :
Bahan sapuan:
CARA MEMASAK : Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang ukuran 10 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang. 3. Masukkan bahan B dan diselang selikan dengan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Ambil 1 senduk adunan dan dicampurkan dengan bahan D, gaul rata. 5. Ambil adunan yang berwarna hijau dan masukkan ke dalam piping bag. Di atas permukaan loyang yang telah lapik kertas buatkan corak mengikut kreativiti. 6. Sejukkan di dalam peti sejuk. Setelah corak tidak melekat di jari. Tuangkan adunan asal dan ratakan. 6. Panaskan periuk kukusan, kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak 7. Setelah masak sejukkan kek. 8. Bila sudah sejuk sapukan jam blueberi dan gulungkan. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.
Saiz hidangan : 8 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Jem bluberi beri keenakan rasa pada kek gulung ini Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 15
Info Chef : Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan di atas redai untuk mengelakkan kek menjadi basah jika dibiarkan sejuk di dalam loyang.
4. KEK KUKUS LADY STRAWBERI
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
Bahan B :
Bahan C :
Bahan D:
Bahan-bahan untuk filling dan topping :
Bahan tambahan untuk dekorasi
CARA MEMASAK : Cara-Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan kemudian masukkan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. 5. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 30 minit atau sehingga masak. 6. Setelah masak sejukkan kek, setelah sejuk potong dan bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian.
Cara-cara pembuatan 1. Pukul cream cheese hingga lembut. Ketepikan. 2. Pukul whipping cream hingga kental. 3. Masukkan krim keju ke dalam whipping cream dan kacau sebati. 4. Sapukan krim dan strawberi filling di setiap lapisan.
Saiz hidangan : 12 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Kombinasi rasa strawberi memberikan rasa segar dan tidak muak Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Gunakan gula kastor atau gula halus agar memudahkan proses pembuatan kek kukus
5. KEK KUKUS COKLAT NUTELLA
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
Bahan B :
Bahan C :
Bahan D :
Bahan topping/filling :
Bahan tambahan untuk dekorasi
CARA MEMASAK :
Cara pembuatan kek kukus : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 8 inci dan dialas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B dan kemudian masukkan bahan C. Gaul hingga sebati 4. Akhir sekali masukkan bahan D dan digaul rata. 5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. 6. Panaskan periuk kukusan dan kukuskan kek selama 30 minit atau sehingga masak. 7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk potong dan bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian.
Cara pembuatan topping : 1. Pukul whipping cream hingga kental. Kemudian masukkan Nutella. Kacau rata. 2. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga lapisan atas dan mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan : 12 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Keistimewaan : Gandingan serbuk koko dan nutella melazatkan kek Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Pastikan mangkuk, spatula dan alatan buat kek bersih serta bebas dari lemak dan air sebelum memulakan proses adunan , untuk mengelakkan adunan telur tidak mengembang.
Bagi anda yang nak beli peralatan dapur yang canggih dan berkualiti, boleh membeli secara online melalui shoppe kategori home appliance. Harganya berpatutan dan ada tawaran diskaun lagi.
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!