Siapa sahaja mahu menolak bila dihidangkan dengan Baked Macaroni yagn sangat sedap, dengan isian cheesy yang enak yang pasti melazatkan. Jika anda sukakan menu ini boleh buat untuk keluarga ikut resipi yang dikongsi oleh Tiesha Abdul Rahman. Boleh juga masukkan daging burger dan nak tabur mozarella cheese pun boleh untuk rasa yang lebih yummy.
BAKED MACARONI BERAPI BAHAN-BAHAN BAHAN (A) : 1 cawan makaroni 1 kiub pati ayam / air rebusan ayam 1 sudu besar minyak masak – untuk elak melekat Rebus makaroni sampai empuk. Tos dan ketepikan.
BAHAN (B)SOS PUTIH CREAMY 1 cawan susu segar 1 sudu besar tepung gandum 2 sudu besar mentega Sedikit garam
Satukan ke semua bahan, kacau hingga tepung larut. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga creamy dan ketepikan.
BAHAN (C) : 1/4 biji bawang Holland – dadukan 1 ulas bawang putih – cincang 1/2 sudu teh serbuk lada hitam- BELI ONLINE DI SINI 1 tin sos prego – Tradisi 1 batang lobak merah – dadukan 1/2 tin cendawan butang – hiris 5 batang sosej – hiris 5 batang sosej cheese – hiris Cili padi – hiris 1/8 cawan minyak 2 sudu besar mentega-BELI ONLINE DI SINI Garam / gula Cheese
Kuih Penjaram. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi susah nak jumpa gerai yang sedap dan kena dengan selera anda, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je guna resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
RESIPI KUIH PENJARAM SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras cap 3 gajah (erawan brand) – beli online disini 2 cawan tepung gandum cap ros – beli online disini 1 cawan gula merah hancur – beli online disini 1 cawan gula putih (boleh kurangkan 3/4 cawan sahaja) – beli online disini 2 1/4- 2 1/2 cawan air (ikut kesesuaian) 2 helai daun pandan 1 sudu teh garam Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1.Masak gula merah dan gula putih dengan air sehingga gula larut. Boleh letak daun pandan untuk lebih wangi. Tapis dan biarkan seketika (jadikan suam). 2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Tuang air gula merah tadi sedikit demi sedikit dan adun sebati. 3. Jika adunan nampak masih kental boleh tambah air sedikit-sedikit sahaja sehingga dapat adunan yang cantik (tidak terlalu cair dan tidak terlalu kental). 4. Tapis adunan ke dalam bekas supaya adunan halus sekata. 5. Sebelum adunan diperap, pukul adunan terlebih dahulu menggunakan whisk (pemukul tangan) sehingga timbul buih. Boleh juga menggunakan senduk sahaja. 6.Tutup bekas adunan dan perap pada suhu bilik minimum 4 jam. Kemudian barulah boleh digoreng. Nak lebih cantik, perap semalaman esok pagi baru digoreng. (boleh juga diperap di dalam peti ais) 7.Guna kuali yang sedikit dalam, tuang 1/2 cawan minyak dan gunakan api yang perlahan sahaja. (api kecil). 8.Tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia masak dan membentuk seperti bersarang sehingga habis baru dibalikkan. 9. Bila kuih telah masak dikedua-dua bahangain, angkat dan toskan minyaknya. 10. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Semasa menggoreng, jika ia menjadi serat-serat, bermakna adunan yang dihasilkan adalah cantik. Hasilnya kuih akan jadi berenda/ropol topi yang cantik, ringan dan rangup di bahagian tepi serta lembut di dalam.
Sedapnya Sambal Telur Rebus ni. Lauk yang sangat ringkas tapi mempunyai rasa yang enak dan digemari ramai. Bukan sahaja orang dewasa yang gemar, malah kanak-kanak juga menyukainya.
Cara memasaknya juga sangat ringkas. Kepedasan boleh diubah suai ikut selera masing-masing. Jika suka pedas, lebihkan cili padi. Jika nak yang kurang pedas, guna cili merah dan lebihkan tomato serta bawang. Mudah sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Roha Adrinna ni. Anda pasti puas hati.
RESIPI SAMBAL TELUR REBUS YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur
3-4 tangkai cili merah
10-15 biji cili padi merah & hijau
1-2 biji bawang merah besar – beli online disini
4-5 ulas bawang putih – beli online disini
1 biji tomato
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1.Rebus telur hingga masak. Kemudian kupas kulit dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2.Kisar cili merah, cili padi, bawang putih, bawang merah dan juga tomato hingga lumat.
3.Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul sebati.
5. Masukkan sedikit air supaya sambal tidak terlalu kering.
6. Seterusnya masukkan telur. Gaul sebati hingga sambal bersalut sempurna.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Tengok gambar masakan sahaja dah cukup buat kita terliur. Ha..jangan tak tahu, ini adalah hasil air tangan orang lelaki; Encik Mat Jambu Golok. Pemuda ini memang pandai memasak. Lihat sahaja akaun facebook beliau, ada macam-macam masakan yang beliau hasilkan.
Bagi sesetengah orang, hidangan ini mungkin nampak biasa tapi percayalah rasanya memang luar biasa. Malah menu ni juga mudah dihasilkan serta mampu menaikkan selera. Kombinasi rasa pedas, masam serta haruman rempah yang digunakan menjadikan hidangan ini lebih enak. Jom cuba!
Kepah Kerang Ala Thai
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg kepah
1/2 kg kerang
4 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4 helai daun limau purut – hiris
1 sudu makan pes tomyam
5-6 biji limau nipis – ambil jus sahaja
3 biji tomato
Garam dan gula secukup rasa
1 batang timun
Kacang tanah tumbuk secukupnya
1 tangkai daun pasley atau daun ketumbar – hiris kasar
2 batang serai – hiris
CARA MEMASAK:
Kukus kerang dan kepah selama 5-10 minit.
Tumbuk cili merah bersama bawang putih. Masukkan juga sedikit gula. Ia bertujuan mengelakkan air cili merecik pada mata.
Masukkan hirisan tomato. Tumbuk sampai lumat.
Kemudian masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas. Perah jus limau nipis anggaran dalam 5 biji.
Seterusnya masukkan kacang tanah, garam dan gula secukup rasa diikuti pes tomyam. Gaul lagi hingga sekata.
Masukkan semua bahan-bahan lain termasuk serai, kepah dan kerang.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!