Jom variasikan hidangan hari raya dengan menu pelbagai citarasa.  Kali ini  kita keluar dari kebiasaan hidangan yang biasa dijamu di rumah kita. Cuba pula menu-menu enak resipi air tangan Chef dari Hotel Best Western I-City , Shah Alam ini.

Raya masih muda, ramai lagi saudara mara yang nak datang tu…

1. SAMBAL TEMPE JAWA

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

 

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm  daging |goreng
  • 200 gm hati ayam |goreng
  • 100 gm kentang |goreng
  • 3 keping tempe |goreng
  • 100 gm kacang buncis
  • 30gm cili merah |hiris nipis
  • 30gm bawang merah |kisar
  • 30gm bawang putih |kisar
  • 20ml kicap pekat
  • 300ml santan
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau wangi
  2. Masukkan daging, hati ayam, tempe dan kentang
  3. Akhir sekali masukkan kicap dan santan serta garam secukup rasa
  4. Sedia dihidangkan.

Jumlah hidangan : 5-6 orang.

Masa memasak : 30 minit.

 Cara memasak  Goreng dan tumis

Jenis masakan : Lauk pauk.

Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit

2. NASI SERUNDING

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

BAHAN-BAHAN:

  • 400 gm  Beras Basmati
  • 50 gm  Bawang Besar
  • 30 gm  Bawang Merah
  • 2 kuntum  Bunga Lawang
  • 3 kuntum  Bunga Cengkih
  • 2 batang   Kulit Kayu Manis
  • 3 biji   Buah Pelaga
  • 10 gm  Jintan Manis
  • 10 gm  Biji Halba
  • 30 ml   Santan
  • 50 gm  Serunding Daging
  • 20gm   Minyak Sapi
  •  Garam secukup rasa

  CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang merah dan bawang besar hingga wangi
  2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan beras
  3. Masukkan santan dan renehkan hingga nasi masak sepenuhnya
  4. Gaulkan dengan serunding dan hidangkan

Jumlah hidangan : 5-6 orang.

Masa memasak : 30 minit.

 Cara memasak  Tumis dan reneh

Jenis masakan : Nasi

Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit

3. NASI BOKHARI

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

BAHAN-BAHAN:

  • 300 gm beras basmathi
  • 80 gm  bawang besar
  • 50 gm  bawang putih
  • 50 gm  buah pelaga
  • 30 gm  bunga lawang
  • 20 gm  kulit kayu manis
  • 3 helai  daun pudina
  • 10 helai daun ketumbar
  • 150 gm tomato Puri
  • 30 gm  minyak sapi
  • 400 gm ayam
  • Air rebusan ayam
  • Garam  secukup rasa

CARA MEMASAK: 

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
  2. Kemudian masukkan Kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan tomato puree serta beras. Masukkan air rebusan ayam secukupnya
  4. Masukkan ayam dan garam secukup rasa serta daun pudina dan biarkan masak selama 30 minit         

Jumlah hidangan : 5-6 orang.

Masa memasak : 30 minit.

 Cara memasak  Tumis dan reneh

Jenis masakan : Nasi

Keistimewaan : Sedap dimakan dengan lauk seperti ayam masak merah, dan kurma

IKLAN

4. ASAM PEDAS EKOR

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

BAHAN-BAHAN:

  • 300 gm ekor lembu|rebus dahulu
  • 100 gm  bawang merah |kisar
  • 100 m  kunyit hidup |kisar
  • 100 gm cili kering |kisar
  • 50 gm bawang putih |kisar
  • 50 gm  lengkuas |kisar
  • 2 batang serai |kisar
  • 1 batang bunga kantan
  • 4 tangkai daun kesum
  • 5 biji    tomato
  • 200 ml asam jawa
  • 50 gm  belacan | dibakar
  • 30 gm serbuk jintan putih
  • 30 gm sebuk jintan manis
  •  Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau wangi
  2. Kemudian masukkan cili kering dan serai
  3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut
  4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan
  5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan , daun kesum dan tomato    

Jumlah hidangan : 5-6 orang.

Masa memasak : 20 minit.

Cara memasak  Tumis dan reneh

Jenis masakan : Lauk Pauk

Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi

5. RENDANG UDANG BERKELAPA

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

BAHAN-BAHAN :

  • 400 gm Udang Saiz L | Goreng Separuh Masak
  • 100 gm Bawang Merah | Hiris Nipis
  • 50 gm  Bawang Putih | Hiris Nipis
  • 100 gm Cili Padi Merah | Kisar
  • 50 gm  Cili Padi Hijau |Kisar
  • 50 gm  Lengkuas |Kisar
  • 30 gm  Halia |Kisar
  • 20 gm  Kunyit Hidup |Kisar
  • 300 ml Santan
  • 150gm Kelapa Parut |Disangai
  • 30 gm  Biji Ketumbar |Ditumbuk
  • 2 batang Serai |Diketuk
  • 2 helai  Daun Kunyit
  • 30 gm  Serbuk Jintan Manis
  • Garam Secukup Rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan Bawang merah dan bawang putih bersama bahan yang dikisar.  
  2. Apabila telah naik bau boleh masukkan serai,biji ketumbar  dan juga serbuk jintan manis 
  3. Masukkan udang dan biarkan selama 10 minit kemudian boleh masukkan santan      
  4. Akhir sekali masukkan kelapa parut yg telah disangai dan gaulkan hingga sebati. 

Jumlah hidangan : 5-6 orang.

Masa memasak : 30 minit.

 Cara memasak  Tumis dan reneh

Jenis masakan : Lauk Pauk

Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit

6. PERUT MASAK HITAM

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm Perut Lembu
  • 10 gm  Kicap Pekat
  • 20 gm  Serbuk Kari
  • 20 gm  Serbuk Jintan Putih
  • 20 gm  Serbuk Jintan Manis
  • 20 gm  Serbuk Ketumbar
  • 50 gm  Bawang Besar
  • 30 gm  Bawang Merah
  • 10 gm  Bawang Putih
  • 2 kuntun Bunga Lawang
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 4 biji    Buah Pelaga
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:        

  1. Tumis bawang merah, bawang besar dan juga bawang putih.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan juga buah pelaga
  3. Masukkan rempah kari,ketumbar dan juga jintan
  4. Setelah bangkit bau masukkkan kicap pekat danjuga perut lembu
  5. Renihkan hingga perut lembut dan hidangkan

Jumlah hidangan : 5-6 orang.

Masa memasak : 30 minit.

Cara memasak  Tumis dan reneh

Jenis masakan : Lauk Pauk

Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit

7. KERUTUK KAMBING

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

BAHAN-BAHAN:

  • 350 gm Daging Kambing
  • 100 gm Bawang Merah
  • 40 gm  Bawang Putih
  • 30 gm  Halia
  • 40 gm  Lengkuas
  • 150 gm Cili Kering|kisar
  • 30 gm  Bunga Lawang
  • 30 gm  Buah Pelaga
  • 40 gm  Kulit Kayu Manis
  • 20 gm  Bunga Cengkih
  • 200 gm Kerisik
  • 100 gm Gula Merah
  • 100 gm Sos Tomato
  • 100 gm Sos Tiram
  • 150 gm Rempah Kerutuk
  • 40 gm  Minyak Sapi

CARA MEMASAK: 

  1. Daging kambing dicuci dan dibersihkan serta ditoskan airnya
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik hingga pecah minyak
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar serta rempah dan tumis lagi hingga naik bau   
  4. Masukkan sos tomato,kerisik dan sos tiram.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan renehkan daging hingga empuk

Jumlah hidangan : 5-6 orang.

Masa memasak : 30 minit.

Cara memasak  Tumis dan reneh

Jenis masakan : Lauk Pauk

Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi atau nasi himpit

8. DAGING SALAI PEGAGA

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500 gm Daging Batang Pinang Salai
  • 50 gm  Cili Padi
  • 50 gm  Bawang Besar
  • 40 gm  Bawang Merah
  • 50 gm  Serai
  • 30 gm  Lengkuas
  • 20 gm  Kunyit
  • 100 ml Santan
  • 2 ikat   Daun Pegaga
  • 3 keping Asam Keping
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:        

  1. Kisar bawang, lengkuas, cilipadi, serai dan masukkan ke dalam periuk
  2. Masukkan santan, asam keping, daging dan juga daun pegaga
  3. Masak dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat
  4. Masukkan garam dan sesuaikan rasa. Angkat dan sedia dihidangkan.        

Jumlah hidangan : 5-6 orang.

Masa memasak : 30 minit.

 Cara memasak  Reneh

Jenis masakan : Lauk Pauk

Keistimewaan : Aroma daging salai memberikan rasa yang enak

9. OPOR AYAM

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm Ayam
  • 400 ml Santan
  • 150 ml Minyak
  • 5 ulas   Bawang merah |kisar
  • 4 ulas   Bawang putih |kisar
  • 100 gm Lengkuas |kisar
  • 100 gm Halia |kisar
  • 50 gm  Kunyit |kisar
  • 3 batang Serai |kisar
  • 50 gm  Kulit Kayu Manis
  • 50 gm  Ketumbar
  • 20 gm  Jintan Putih
  • 2 helai Daun salam
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT: 

  1. Tumis bahan kisar hingga bangkit bau.
  2. Masukkan ayam dan semua bahan yang lain dan perlahankan api.
  3. Reneh sehingga daging mask dan kuah agak pekat
  4. Masukkan garam,  setelah ayam cukup masak, angkat dan hidangkan.    

Jumlah hidangan : 5-6 orang.

Masa memasak : 30 minit.

 Cara memasak  Reneh

Jenis masakan : Lauk Pauk

Keistimewaan : Seperti rendang ia juga sangat enak dimakan dengan ketupat atau nasi minyak

10. PAJERI KEDONDONG

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

BAHAN-BAHAN:

  • 300 gm Kedondong
  • 30 gm  Bawang Merah
  • 10 gm  Bawang Putih
  • 100 gm Rempah Kari
  • 30 gm  Kerisik
  • 10 gm  Gula Melaka
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 1 kuntum Bunga Lawang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK: 

  1. Kisar bawang merah dan bawang putih,
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama kulit kayu manis
  3. Masukkan rempah kari dan mask sehingga bangkit bau dan pecah minyak
  4. Masukkan kerisik, gula melaka dan juga kedondong
  5. Masukkan garam , sesuaikan rasa dan angkat

Jumlah hidangan : 5-6 orang.

Masa memasak : 30 minit.

Cara memasak: Tumis dan Reneh

Jenis masakan : Sayur

Keistimewaan :  Rasa yang masam-masam manis. Enak dimakan dengan nasi

Jomm Hidang Juadah Syawal Sedap Tak Terkata, Saudara Mara Nak Datang Tu

RESIPI:  Chef Ahmad Safwan Fathy Samsudin dan Chef Mohamad Ikmal Mohd Yusuf

Hotel Best Western I-city, Shah Alam

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI