Semua orang suka makan Chicken Chop. Kena pula dengan sos sedap, coleslaw yang berlemak, perghhh…Memang kecur liur. Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba. Mudah, sedap dan tak guna banyak sangat bahan. Memang berbaloi buat untuk makan satu keluarga. Kuah Chicken Chop ni pun sesuai juga untuk lamb grill, stik atau meatball.
1. Lapah paha ayam bagi mengeluarkan tulangnya. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
2. Pukul telur dan celupkan isi ayam tadi.
3. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam guna api sederhana hingga garing dan kekuningan. Pastikan tidak guna api besar keraan ayam akan hangus dan isinya tidak masak.
5. Angkat, toskan minyak dan ketepikan Chicken Chop seketika.
Bagi penduduk Sabah dan Sarawak, hidangan Brunei memang dekat di hati. Ni resipi ori dari Chef Fariburz Anak Kandau, yang berasal dari Limbang Sarawak. Idea bersama dengan bersama dua lagi tenaga pengajar Nadzirah Abdul Razak dan Wan Noraini Syuhada Mohamad dari Sg Academy, Kuala Lumpur.
Min dah rasa, memang sedap sungguh. Kalau melancong ke Brunei memang tak lengkap kalau tak menikmati lima hidangan ini. Jom cuba masak… tak perlu terbang ke sana.
1. NASI KATOK BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
Sepinggan nasi kukus
Bahan sambal (dikisar) :
6 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci @ 2.4sm halia
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili padi
40gm belacan | dibakar dahulu
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Ikan bilis goreng sebagai hiasan
Bahan ayam goreng berempah :
500gm ayam | dipotong saiz sederhana
Daun kari 3 tangkai
20gm biji ketumbar | disangai dan dikisar
20gm jintan manis | disangai dan dikisar
200gm jintan kasar | disangai dan dikisar
3 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5sm @ 1 inci halia | dikisar
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak sambal :
1. Kisar semua bahan.
2. Panaskan minyak (2 sudu besar).
3. Masukkan bahan-bahan kisar tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Selepas itu, masukkan belacan kacau sehingga naik bau.
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Taburkan ikan bilis goreng di atasnya sebagai hiasan
Cara masak ayam goreng berempah :
1. Perapkan ayam dalam 3-4 jam dengan bahan-bahan yang dikisar.
2. Perasakan dengan lada hitam dan garam. Masukkan daun kari ke dalam minyak
3. Goreng hingga empuk dan keperangan
4. Siap untuk dihidang bersama nasi.
Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 1 jam 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi bungkus, Brunei
Keistimewaan : Hidangan ringkas yang dibungkus sekali nasi, sambal dan ayam
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Makanan pilihan harian ringkas yang boleh dijamu sebagai sarapan, makan tengahari atau pun makan malam
2. AYAM DALAM BULUH
BAHAN – BAHAN :
300gm ayam | dipotong kecil
1 batang bunga kantan | dihiris
Batang buluh secukupnya
1 ikat daun ubi
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
6 ulas bawang putih| ditumbuk
2 biji bawang merah | ditumbuk
2.5sm @ 1 inci halia | ditumbuk
2.5sm @ 1 inci kunyit |ditumbuk
1 helai daun kunyit | disiat
2 batang serai
Sedikit air
2 kiub ayam
CARA MEMASAK :
1. Bawang putih, bawang merah, halia, kunyit ditumbuk.
2. Gaulkan ayam dengan bahan-bahan tumbuk tadi.
3. Tumbuk serai masukkan dalam ayam tadi.
4. Siatkan daun kunyit dan bunga kantan, masukkan sekali.
5. Kemudian masukkan daun ubi disiat, gaul kesemua sehingga sebati.
6. Masukkan stok ayam(larutkan dulu dengan sedikit air) dan garam. Gaulkan sehingga sebati. Biarkan ia diperap. Lebih lama lagi meresap rasanya.
7. Masukkan ayam yang sudah diperap ke dalam buluh (jangan sampai penuh sebab takut susah nak tutup) kemudian sumbat dengan daun ubi.
8. Bakar dengan api besar selama 45 minit kemudian sederhana sehingga masak.
9. Hidangkan.
Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Semmering
Jenis masakan : Menu auntetik,Brunei
Keistimewaan : Cara penyediaan menggunakan buluh menjadikan menu auntetik ini unik
Anggaran kos : RM 15.00
INFO CHEF : Lebih sedap dipanggang menggunakan arang.
3. KELUPIS BRUNEI
BAHAN – BAHAN :
500gm beras pulut
500ml santan segar
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Daun nyirik @ lerek| untuk membalut
CARA MEMASAK :
1. Beras pulut dicuci bersih dan toskan.
2. Masukkan santan dan garam dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak.
3. Masukkan beras pulut dan gaul sambil masukkan minyak masak sedikit-sedikit. Gaul sehingga sebati, kering dan berkilat.
4. Bungkuskan pulut dalam daun nyirik.
6. Kukus kelupis selama 1 jam
7. Angkat dan letak secara berdiri untuk keluarkan wap air.
8. Sedap dimakan dimakan bersama kuah kacang/rendang/kari ayam atau daging.
Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Pulut
Keistimewaan : Kelupis dibalut dengan daun nyirik @ lerek, rasanya seakan lemang
Anggaran kos : RM 8
Tips : Pastikan buang betul-betul wap air Ini penting untuk memastikan kelupis tahan lebih lama.
4. AMBUYAT DAN SAMBAL
BAHAN – BAHAN :
Bahan ambuyat :
500gm tepung sagu (halus)
500ml air panas mendidih
Bahan sambal (dikisar) :
6 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci @ 2.4sm halia
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili padi
40gm belacan | dibakar dahulu
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Ikan bilis goreng sebagai hiasan
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak ambuyat :
1. Masukkan tepung sagu di dalam bekas dan tuangkan air panas.
2. Bancuh sagu dengan air panas, kacau sehingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat.
Cara masak sambal :
1. Kisar semua bahan.
2. Panaskan minyak (2 sudu besar).
3. Masukkan bahan-bahan kisar tadi dan kacau sehingga sebati.
4. Selepas itu, masukkan belacan kacau sehingga naik bau.
5. Perasakan dengan gula dan garam
6. Taburkan ikan bilis goreng di atasnya sebagai hiasan
Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Bancuhan air panas, sambal ditumis
Jenis masakan : Gantian nasi dan lauk utama
Keistimewaan : Sambal asal auntetik ialah sambal cacah tetapi boleh juga dihidang dengan apa jua sambal dan pelbagai jenis lauk lain
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Ambuyat biasanyadimakan menggunakan kayu penyepit yang dikenali sebagai candas ambuyat,dimakan dengan melilit ambuyat dicandas.
5. DAGING BELUTAK GORENG
BAHAN – BAHAN :
5 biji cili merah | dihiris nipis
10 biji cili padi | ditumbuk
5 biji bawang besar | dihirss nipis
1 kg bawang putih
1kg bawang merah | dikisar
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
5gm halia| dihiris nipis
5gm serbuk kunyit
500gm daging | dihiris
200gm usus lembu (untuk disumbat daging belutak)
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Hiris daging belutak setebal setengah inci, kisar cili padi, bawang putih, dan bawang merah. Gaul sehingga sebati.
2. Panaskan kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau masukan daging belutak dan gaul sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Kemudian masukkan halia, bawang besar dan cili besar yang dihiris nipis.
4. Perasakan garam dan gula kemudian biarkan seketika.
5. Cuci usus bersih. Kemudian masukan daging yang ditumis tadi kedalam usus tersebut (jangan sampai penuh supaya senang untuk diikat).
6. Ikat usus yang diisi tadi seperti sosej dan keringkan (sidaikan) di bawah sinar matahari selama 3 hari.
7. Bila nak masak, keluarkan daging dan goreng dalam minyak panas
Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Brunei
Keistimewaan : Daging belutak rupanya seakan sosej, campuran daging dan bahagian lain yang digaul dengan rempah ratus dan disumbat dalam usus
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Sekiranya anda ingin cepat dan tiada masamasak daging belutak, boleh juga digantikan dengan sosej Kemboja (yang dah siap diproses).Rasanya beza sedikit,namun tetap sedap.
RESIPI : Pengajar :NADZIRAH ABDUL RAZAK, WAN NORAINI SYUHADA MOHAMAD & FARIBURZ ANAK KANDAU
Pelajar Sg Academy :SITI NUR IZZATI ABD ALAM & MOHAMAD SHAFIT SALLEH
Terima kasih : SG Academy, Lot D-00-03A, Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Selalunya bahagian dada ayam memang kurang ‘laku’ kalau dimasak menjadi lauk. Yang selalu cepat jadi pilihan adalah bahagian tight, kepak dan paha.
Jadi, apa kata kita buat popcorn ayam. Lihatlah, mesti sekejap saja habis semangkuk.
POPCORN AYAM
BAHAN-BAHAN
4 ketul dada ayam (potong kecil-kecil)
1 sudu besar garam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
Serbuk kunyit
1 biji telur ayam (dipukul hingga kembang)
2 sudu besar tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk roti
CARA MEMBUAT
1. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan dan dipotong ke dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan garam, lada sulah, lada hitam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
3. Masukkan telur ayam dan 2 sudu besar tepung jagung. Gaul dan kemudian perap selama 30 minit.
4. Panaskan minyak masak.
5. Sementara itu, masukkan lagi 2 sudu besar tepung jagung, baking powder dan serbuk roti dalam bekas ayam yang sudah diperap tadi. Gaul seketika.
6. Masukkan dalam minyak panas.
7. Angkat ayam selepas kekuningan. Rehatkan ayam selama 5 minit.
8. Goreng sekali lagi ayam itu supaya menjadi lebih rangup.
9. Angkat dah toskan minyaknya. Sedia untuk dinikmati.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.