Fikir apa resipi paling mudah untuk disediakan untuk sekeluarga makan? Mudahkan kerja buatlah masakan  ini, Ayam Masak Kicap, sekeluarga gerenti suka dan berebut nak . Boleh ikut resipi oleh Mieza Famiza‎ ni.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
Minyak(untuk goreng dan tumis kuah)
Kunyit(untuk gaul ayam)
Garam(untuk gaul ayam)
Serbuk cili/cili kering kisar(saya guna serbuk cili ,senang dan cepat)
Kicap lemak Manis/Manis
Kicap pekat
3-4 sudu besar sos tiram
2-3 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
2 1/2 inci halia

Hiasan:
Bawang besar
Cabai Melaka/Cabai Merah(untuk hiasan)
Daun Sup(kalau ada)

Bahan kisar:
Kisar hingga halus (bawang besar, bawang putih, halia)

IKLAN

Cara memasak:

1.Gaul ayam dengan kunyit dan garam,kemudian goreng jangan terlalu garing nanti keras. Kemudian ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi kemudian masukkan sikit serbuk cili(jangan terlalu banyak, nanti pedas)masak hingga pecah minyak dengan api yang perlahan takut nanti cepat hangit.
3.Masukkan ayam digoreng tadi, sos tiram, kicap lemak manis.
4.Gaul sekata, kemudian hiris bawang besar, cili melaka dan cili merah untuk hiasan
5.Siap untuk dihidang.

Kredit : Mieza Famiza‎
#mahn

IKLAN

 Resipi Ayam Masak Cili Hijau Petai. Sekali Cuba Gerenti Makan Bertambah

Sedap & Asli. Resipi Gulai Ayam Stail Terengganu Ni Memang Padu

Suka Makan Ayam Pencen? Ini Resipi Mudah Rendang Cili Api Ayam Salai

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI