Bila sebut ayam golek, mesti terfikir nak kena masak guna ketuhar kan? Tak apa, bagi yang tak ada oven, anda masih boleh masak ayam golek yang sedap untuk keluarga. Masak guna kuali je. Sangat senang. Jom lihat resipi & bahan-bahan yang diperlukan.

 

1. AYAM GOLEK THAI SOS

3 Resipi Ayam Golek Tak Perlu Bakar Guna Oven. Masak Guna Kuali Je. Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam  | bersih dan tos
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk  jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk  jintan putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • Bahan Sos Thai::
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 4 biji cili merah  | kisar kasar
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun ketimbar | hiris
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan  dan garam. Perapkan 30 minit.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
  4. Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.

INFO CHEF: Anda boleh kukus ayam yang telah digaul dengan bahan perapan, sebelum digoreng untuk mendapatkan isi ayam lebih lembut dan garing di luar apabila digoreng.

 

2. AYAM PERCIK

IKLAN

3 Resipi Ayam Golek Tak Perlu Bakar Guna Oven. Masak Guna Kuali Je. Mudah!

BAHAN-BAHAN:

Bahan Ayam:

  • 1 ekor ayam | bersihkan
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Bahan Sos Percik:

  • 1 liter santan pekat
  • 4 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 4cm halia | kisar
  • 3cm lengkuas  | kisar
  • 3cm kunyit hidup | kisar
  • 3 biji cili merah | kisar
  • 3 batang serai  | kisar
  • Garam  dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
  2. Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan  minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas). Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
  4. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
  5. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  6. Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
  7. Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
  8. Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.

INFO CHEF: Pes percik boleh disediakan awal dan disimpan dalam peti sejuk. Panaskan semula sebelum digunakan.  Ia membantu kerja anda  menyiapkan hidangan pengantin.

IKLAN

 

3. AYAM GOLEK SAMBAL MERAH

3 Resipi Ayam Golek Tak Perlu Bakar Guna Oven. Masak Guna Kuali Je. Mudah!

BAHAN-BAHAN:

Bahan Ayam:

IKLAN
  • 1 ekor ayam | bersih dan tos
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan Sambal:

  • 3 biji bawang besar | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 6cm halia | kisar
  • 2 batang serai | kisar 
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 100ml susu cair
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya  untuk menggoreng dan menumis

Rempah penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan pengukus, kukus ayam  lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
  4. Untuk menyediakan sambal, keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
  5. Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
  7. Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.

INFO CHEF: Jika tidak mahu menggunakan cili kering boleh tukar dengan cili merah. Atau ingin lebih pedas boleh campur cili padi.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI