Hari ni jom cuba menu masakan Thai yang simple tapi sedap, memang kena dengan selera orang Malaysia. Pedas cili padi memang mengujakan, ditambah pula dengan araoma daun selasih. memang sekali makan tak puas. Kena ulang masak, jadi selepas cuba simpan risipi ni ye…
AYAM CILI DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
Ads
500gm ayam | potong kecil
15 helai daun selasih
2 batang serai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
Ads
5 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
2cm belacan | jika suka
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Ads
Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinnggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan daun selasih, gaul rata.
Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
Kecilkan api dan terus kacau hingga rata.
Tutup api, ayam selasih sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Teringin nak masak menu Ayam Teriyaki tapi tak jumpa resipi yang mudah? Maklumlah, sos Jepun ni banyak sangat versinya. Di pasaraya pun ada jual sos Teriyaki segera tapi jika boleh buat sendiri, buat apa beli. Betul tak? RASA kongsikan resipi Ayam Teriyaki guna sos homemade ni. Mudah, cepat dan tak pedas. Memang sesuai untuk kanak-kanak.
RESIPI AYAM TERIYAKI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Ayam ni jika lebih lama diperap, lebih enak rasanya. Jika ada lebih masa, boleh perap dengan lebih lama.
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tortilla Chicken Wrap ni sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kalau buat untuk makan malam pun sesuai juga terutamanya bagi anda yang mahukan sajian yang lebih ringkas dan mudah. Kombinasi perlbagai bahan sebagai inti, membuatkan hidangan ini begitu mengenyangkan sekali. Nak cuba buat? Saudari Siti Husni ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
RESIPI TORTILLA CHICKEN WRAP
BAHAN-BAHAN: Roti tortilla Nuget tempura secukupnya (RASA: boleh ganti dengan isi ayam panggang) Sos cili/tomato secukupnya – beli online disini Mayones – beli online disini Sos cheesy nachos Sos lada hitam – beli online disini Sos thousand island (optional. jika suka rasa sedikit masam, boleh letak) Salad, tomato, timun, lobak merah & bawang holland secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan roti tortilla atas kuali non-stick atau masukkan ke dalam ketuhar pun boleh. Bakar sekejap dalam 2-3 minit sahaja. Jangan sampai roti garing nanti susah untuk dibalut. 2. Goreng nuget sampai garing. Kemudian potong kecil seperti dalam gambar.
3. Potong atau sagat lobak merah dan timun menjadi hirisan panjang. Bawang holland pula dipotong nipis. 4. Sediakan roti tortilla, letak salad, timun, lobak merah, tomato dan nuget. Kemudian letakkan sos mengikut cita rasa masing-masing.
5. Balut tortilla dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
TIP: Untuk mengemaskan wrap, boleh cucuk guna lidi kecil supaya lipatannya tidak terbuka.
Kata orang Thailand syurga makanan kerana makanan terdapat pelbagai makanan yang sedap dan murah serta segar. Oleh itu, kalau anda berpeluang ke Thailand jangan lupa menikmati beberapa makanan streat food yang memang terbaik dan sesuai dengan tekak kita orang Malaysia. Tapi kalau nak buat sendiri takda masalah kerana RASA kongsikan beberapa resipinya di sini.
daging.
DAGING SELASIH THAI (PAD GRA PROW) BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan. 2. Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala. 3. Kacau seketika, masukkan pula bawang besar. 4, Tumis hingga wangi dan bawang layu. 5. Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula. 6. Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih. 7. Gaul lagi hingga daun selasih layu. 8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.
kastard ikan.
BOTOK-BOTOK IKAN KARI THAU (HOR MOK PLA) BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
nasi kormok.
NASI BRIANI THAI (KAO MOK GAI) BAHAN-BAHAN: REMPAH RATUS (DI KISAR):
NASI:
BAHAN REMPAH PENUMIS:
CARA MEMASAK: 1. Cuci ayam dan toskan dan ketepikan. 2. Panaskan minyak sapi dengan api perlahan. 4. Tumiskan bahan rampah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi. 5. Masukkan rempah Kao Mok Gai dan terus kaca, setelah garing masukkan akar ketumbar dan air. 6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak. 7. Tutup api dan angkat ayam kemudian toskannya. 8. Gaulkan ayam dengan satu sudu remah Kao Mok Gai, sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perapkan seketika. 9. Sementara itu sediakan nasi, Masukkan tujuh caawan air rebusan ayam dalam periuk elektrik bersama susu cair, apabila mendidih , perasakan dengan garam secukupnya sebelum dimasukkan beras yang teah ditoskan tadi. 10. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa. 11. Sementara nasi masak, panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi menggunakan api sederhana. 12. Setelah garing angkat dan hidang bersama nasi Kao Mok Gai bersama hirisan timun, tomato dan sos cili Thai.
lempeng thai.
LEMPENG TELUR UDANG RANGUP THAI (HOT TOD)
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali leper 2. Sementara itu campurkan tepung ubi, garam,serbuk lada hitam dan sedikit air. 3. Kemudian tuang adunan ke dalam kuali, kemudian letakkan isi udang, sedikit hirisan bawang dan daun ketumbar di atasnya, 4. Kemudian tuang bancuhan telur yang telah dikacau dengan sedikit garam, sos ikan di atas dan ratakan 5. Tambah lagi isi udang, daun ketumbar, hirisan bawang dan tauge. 6 Apabila nampak garing anda boleh balikkan pancake. Untuk rasa lebih ranggup. 7. Jika tidak mahu, anda boleh terus hidangkan dengan sos cili Thai.
cucur.
FISHCAKE PEDAS THAI (TOP MAN PLA)
BAHAN-BAHAN:
ACAR TIMUN:
CARA MEMASAK: 1. Potong dadu isi ikan dan masukkan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus. 2. Keluarkan masukkan dalam mangkuk adunan. 3. Campurkan bersamanya telur, hirisan kacang panjang, daun limau purut, garam, gula dan pes kari merah Thai. Adun rata. 4. Kemudian panaskan minyak dalam kuali, bentukkan doh ikan bulat-bulat kecil kemudian goreng menggunakan api sederhana. 5. Goreng hingga bebola ikan bertukar menjadi keperangan. Angkat dan toskan. 6. Sementara itu sediakan acar timun. Campurkan garam, gula dan cuka secukup rasa dan kemudian gaulkan dengan timun, bawang merah dan cili Thai. 7, Hidangkan bersama dengan Top Man Pla serta nasi putih.
kuetiaw.
KUETIAU (PHA THAI) BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan udang, kacau lagi hingga udang masak.
3. Diikuti mi Thai dan jus asam jawa, serbuk cili Thai dan sedikit air gaulkan 2-3 minit.
4. Akhir sekali masukkan tauge, daun kucai, gula dan garam secukup rasa.
5. Tolakkan ke tep kuali mi Thai, tambah sedikit minyak dan pecahkkan telur di dalamnya.
6. Kacau rata, apabila sudah berketul-ketul, gaulkan besama Pha Thai.
5. Angkat dan hiaskan dengan bahan pelangkap, taburkan cili flakes, hirisan limau nipis, daun bawang dan tauge sebelum dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!