Sup Telur memang sangat mudah disediakan. Ia merupakan salah satu menu yang menyihatkan yang tidak memerlukan kos yang banyak untuk dimasak. Selain itu, ia juga sesuai untuk kanak-kanak terutamanya bagi yang ‘picky eater’, susah nak makan nasi dan juga si kecil yang baru nak tumbuh gigi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Li Yowni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK SUP TELUR YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 3 biji telur gred A 1500ml air Sayur campur secukupnya 2 biji cendawan – beli online disini 3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air – beli online disini ½ kiub pati ayam – beli online disini 2 ulas bawang putih – dilenyek Sedikit serbuk lada putih – beli online disini Sedikit minyak bijan – beli online disini Hirisan daun bawang secukupnya ½ sudu makan garam atau secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan cendawan dan potong dadu mengikut saiz sayur campur.
Ads
2. Pecahkan telur ke dalam cawan. Tambah 1 sudu makan air dan sebatikan.
3. Sediakan juga air tepung jagung untuk mengentalkan sup nanti.
4. Didihkan air dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam. Jika mahukan rasa yang lebih, boleh lebihkan jumlahnya. Boleh juga menambah bawang putih lenyek untuk menambahkan lagi rasa.
5. Bila kiub ayam telah larut dan air mendidih, masukkan kesemua sayur-sayuran. Masak selama 1 minit.
6. Kemudian masikkan bancuhan air tepung jagung secara perlahan-lahan.
7. Masukkan pula bancuhan telur secara perlahan-lahan dan senipis yang mungkin. Proses ini penting untuk memastikan telur tidak bergumpal.
8. Bila telur masuk ke dalam air, ia akan segera masak. Selesai masukkan telur, boleh terus tutup api. 9. Bila api padam, masukkan garam atau serbuk perisa dengan secukupnya.
10. Masukkan sedikit serbuk lada putih.
11. Tambahkan juga sedikit minyak bijan.
12. Ceduk sup ke dalam mangkuk hidangan. Masukkan hirisan daun bawang dengan secukupnya. Boleh juga tambah sedikit bawang goreng.
13. Sup Telur sedia untuk dinikmati. Selain telur, boleh juga masukkan hirisan ayam atau udang.
INFO: Cara yang mudah untuk menghasilkan telur yang nipis dan halus adalah, guna mug penyukat yang ada muncung untuk memudahkan kerja menuang bancuhan telur.
Anak-anak anda gemar ayam goreng? Dapat yang garing memang layan habis! Tapi kalau beli dari restoran makanan segera, harganya memang mahal. Makan pun tak puas. Jika ramai, sangat tak berbaloi jika beli. Nah, cuba resipi bancuhan tepung ayam goreng perkongsian saudari Cik Zana II ni. Boleh buat sendiri. Lagi jimat dan boleh makan banyak-banyak.
AYAM RANGUP KRUKKK KRAKKK!!
BAHAN-BAHAN ( untuk 1 ekor ayam)
3 cawan tepung gandum
3 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan rempah kari
Cili padi kisar ( jika nak pedas)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan diatas. Gaul sebati.
Bahagikan tepung kepada dua bahagian. 1 bahagian tepung dibancuh dengan air. Jangan buat terlalu cair. Jika guna tepung pekat, ayam lagi rangup.
Celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung basah. Jangan perap lama kerana nanti keras.
Kemudian gaulkan dalam tepung kering hingga rata.
Panaskan minyak guna api sederhana. Goreng hingga masak.
Melalui facebook, seorang ibu bernama Intan Dahlianna telah berkongsi resipi chicken popcorn yang dimakan dengan sos buttermilk. Menurutnya, hidangan ini kerap dihidang untuk berbuka puasa kerana sedap yang sangat menyelerakan.
Lagi pula, bahagian dada ayam selalunya kurang digemari. Tapi kalau dibuat chicken popcorn, selalunya cepat pula habis dimakan. Dengan pelengkap yang umppph sos buttermilk, memang makin sedap jadinya. Jadi, jom kita try buat ikut resipi ibu ini. Confirm jilat jari tau.
CHICKEN POPCORN
BAHAN CHICKEN POPCORN
2 keping dada ayam
1 biji telur ayam (pecahkan dan kacau)
Sedikit tepung Bestari (pedas)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT CHICKEN POPCORN
1. Bersihkan dada ayam dan potong kecil-kecil.
2. Celup dada ayam dalam telur ayam. Kemudian gaulkan dengan tepung.
3. Ulangi lagi sekali. Celup dada ayam tadi ke dalam dalam telur ayam dan gaulkan dengan tepung.
4. Sementara celup ayam dalam telur ayam dan tepung ini tadi, panaskan minyak masak dalam kuali.
5. Goreng dada ayam sampai warna keemasan. Angkat dan ketepikan.
SOS BUTTERMILK
BAHAN SOS BUTTERMILK
3 sudu marjerin atau mentega
6 ulas bawang putih (dicencang)
1 tin cendawan
1/2 tin susu cair atau susu segar
1/2 tin air (ikut kesesuaian)
1/2 kiub ayam
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam dan gula
1 biji capsicum (tak nak letak pun tak pe)
CARA MEMBUAT SOS BUTTERMILK
1. Cairkan marjerin atau mentega. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis menggunakan api sederhana.
2. Masukkan cendawan dan biarkan sehingga cendawan agak garing.
3. Masukkan susu cair atau susu segar. Masukkan juga air.
4. Biarkan mendidih dan kacau selalu.
5. Masukkan kiub ayam, lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali masukkan capsicum. Kacau dan biarkan sekejap, tutup dengan penutup periuk dan tutup api.
Beginilah bila dah jadi.
Macam ni la gaya makannya. Tuang sos buttermilk atas chicken popcorn.
EKSTRA:
Kalau suka masam, boleh perahkan lemon pada ayam.
Sedapnya Ikan Bakar Rica Manado masak guna kuali perkongsian resipi dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ni. Nampak membuka selera. Istimewanya resipi ini, anda tidak perlu menggunakan arang untuk membakarnya. Cukup sekadar menggunakan kuali leper tapi rasa dan aromanya seakan dimasak menggunakan bara.
Menurut beliau lagi, Ikan Bakar Sambal Rica ini berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya dibakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Cumanya kali ini beliau berkongsi cara lebih mudah untuk menyediakan sajian sedap ini. Bakar atas kuali sahaja.Sesuai sangat cuba masak untuk makan tengahari nanti. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI IKAN BAKAR RICA MANADO SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap 5 biji bawang merah – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 2 batang serai 2 inci kunyit 1 inci halia 2 sudu besar cili kisar – beli online disini 2 helai daun limau purut 1 keping asam gelugor – beli online disini 1 biji limau nipis Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tersebut. IA bertujuan supaya ikan kelihatan cantik dan isi cepat masak.
2. Untuk menyediakan bumbu (perencah) ikan bakar, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus.
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. ikan bakar ini akan berwarna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa hidangan ini tidak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam, gula dan daun limau purut. Jika suka, boleh tambahkan belacan. Tumis sampai bahan-bahan masak sempurna. Kemudian sejukkan seketika.
5. Lumurkan bumbu pada ikan. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan banyak kali. Jadi empunya resipi lumur bumbu pada ikan terlebih dahulu.
6. Kemudian terbalikkan ikan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan dengan daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. (empunya resipi guna kuali non-stick)
7. Bila masak nanti, ikan tidak akan diterbalikkan. Masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ini masak sekata tanpa hangus, kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
8. Tutup kuali. Jika ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air turun ke bawah daun. Tutup semula dan masak sampai air tadi kering.
9. Hasil Ikan Bakar Rica Manado yang telah siap dimasak. Tidak hangus, tidak melekat dan masak sempurna. Sedia untuk dinikmati.
INFO:
Boleh hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ini memang sedap makan dengan benda masam.
Rasa Ikan bakar ini tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...