
Terasa nak makan lauk pauk yang Asam Pedas Ikan Kembung yang simple sahaja untuk sajian makan tengahari ni? Menu perkongsian saudari Akma Abdullah ni boleh dicuba. Memang mudah & yang paling penting, sangat sedap!
RESIPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG ‘SIMPLE’
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan – potong 2
- 2 kuntum bunga kantan
- 1 ikat daun kesum
- 1 batang serai – diketuk
- 4 biji tomato
- 15 batang bendi
- 1 senduk cili kering kisar
- 1 mangkuk air asam jawa
- Garam & gula secukup rasa
- Air secukupnya
BAHAN KISAR:
- 15 biji bawang merah
- 2 biji cili merah
- 8 ulas bawang putih
- 2 inci belacan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahankisar dengan serai sehingga masak dan garing.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.
4. Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.
5. Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.
6. Kemudian masukkan bendi dan ikan.
7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
8. Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.
9. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Akma Abdullah
ANDA JUGA KENA CUBA MENU NI:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Perap Ikan Bakar, Senang dan Sedap!

Ikan bakar memang ramai peminatnya. Tapi dalam masa yang sama, ada yang kata renyah nak buat ikan bakar sebab perlu buat air asam. RASA kongsikan resipi ikan bakar yang sangat mudah nak dibuat. Tanpa ada air asam pun, dah sedap dimakan.
IKAN BAKAR TOMYAM
BAHAN-BAHAN
2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
2 cm kunyit (tumbuk lumat)
2 cm halia (tumbuk lumat)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
1 peket pes tomyam
1 tangkai serai (tumbuk / ketuk)
2 helai daun limau purut (koyak-koyakkan)
1 ekor ikan cencaru (basuh bersih)
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk kecil, masukkan bawang putih, kunyit, halia dan cili padi.
2. Masukkan pes tomyam, serai dan daun limau purut. Gaul semuanya.
3. Ambil ikan dan belah sedikit bahagian atas ikan itu.
4. Lumur ikan dengan bahan tadi. Serai itu masukkan dalam perut ikan. Sumbatkan semua pes ke dalam bahagian perut ikan.
5. Bungkus ikan menggunakan aluminium foil.
6. Bakar ikan dalam kuali leper menggunakan api perlahan.
7. Bakar sehingga masak.
TIP RASA
1. Anda boleh gunakan resipi ini untuk membakar ikan lain selain cencaru. Boleh bakar ikan pari, kembung, siakap atau tenggiri.
2. Daun limau purut perlu dikoyak-koyak supaya aromanya lebih wangi dan menyelerakan.
3. Resipi ini tidak menambah garam atau sebarang penambah perisa. Anda masih boleh tambah bahan tersebut jika suka.
4. Sebelum makan, boleh juga perahkan limau kasturi untuk menambah rasa masam.
5. Jika tidak tambah perahan limau kasturi, boleh juga buat air asam. Tapi sebab gunakan pes tomyam, rasa masam itu sudah mencukupi.
Selamat mencuba!
Kredit resipi: Mawar Alina MAHN
Koleksi Resipi Mudah & Enak Untuk Kenduri Dan Majlis Open House.

Sempena cuti perayaan ni, pasti ada yang merancang nak mengadakan kenduri kendara. Tak kiralah majlis rumah terbuka, pertunangan, perkahwinan, doa selamat dan sebagainya. Bila adanya majlis-majlis sebegini, tuan rumah pastinya sibuk duk fikir lauk-pauk apa yang nak dimasak nanti. Jom lihat seleksi lauk pauk yang boleh anda cuba masak sendiri di rumah secara rewang. Paling penting, sedap & memuaskan hati tetamu yang datang.
1. KARI DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 3kg daging batang pinang dan sedikit tulang | daging dipotong kiub dibersih dan ditoskan
- 5 biji kentang | dikupas dan belah empat
- 1 kg santan pekat
- 1 liter air
- 1 sudu makan gula melaka
- 2 paket kecil rempah kari daging | dibancuh dengan sedikit air
- 2 sudu makan kerisik
- Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai daun kari
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 7 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
- 2 biji bawang besar
- 10 biji bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 2 inci halia
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis sehingga harum dan masukkan bahan kisar halus beserta rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana.
- Masukkan daging dan gaul rata dan masak sehingga daging kecut sedikit.
- Masukkan air, kacau, besarkan api dan masak sehingga mendidih, Masukkan kerisik, gula melaka, garam secukup rasa dan kacau perlahan.
- Masukkan kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
- Tuang pati santan, masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Campurkan tulang bersama daging bagi mendapatkan rasa kari yang enak dan manis.
2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
- 1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
- 5 batang serai | diketuk
- 5 helai daun kunyit | disiat
- 2 keping asam gelugur
- 1 liter santan cair
- 2 kg santan pekat
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
- 10 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
- Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
- Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
- Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan.
3. IKAN DORY MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2kg ikan dory | potong dadu sederhana besar
- 1 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
- 1 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
- 1 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan serbuk lada hitam | lebihkan jika mahu pedas
- 2 biji bawang besar | hiris kasar
- 7 ulas bawang putih | diketuk
- 5 sudu makan sos Hoisin
- 1 botol besar sos cili Thai
- 5 sudu makan sos plum
- 2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- Hirisan daun sup untuk hiasan
- Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Masukkan kepingan ikan ke dalam bekas. Masukkan serbuk lada hitam, sedikit garam dan gaul rata.
- Masukkan telur dan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit kedalam bekas ikan dan gaul rata sehingga ikan tersebut bersalut tepung dengan sempurna.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan sehingga masak dan berwarna kekuningan dan toskan minyak dan ketepikan.
- Untuk membuat kuah, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan masukkan air, sos Hoisin, sos cili Thai dan sos plum. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat. Rasakan keseimbangan rasa kuah iaitu terasa rasa masam dan manisnya. Tambah lebih sos sekiranya perlu.
- Masukkan lada benggala dan masak sekejap dan matikan api.
- Tuang kuah kedalam bekas kepingan ikan untuk menghidang. Hiaskan dengan hirisan daun sup dan cili merah.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Tidak perlu untuk mencampurkan kuah terlalu awal untuk mengelakkan kepingan ikan menjadi kembang.
4. ACAR ANGGUR
BAHAN-BAHAN:
- 1kg anggur hitam
- 3 biji timun jepun
- 3 biji tomato masak
- 1 biji bawang holland
- 1 cawan cuka makan
- 10 biji cili api hijau | lebihkan cili jika mahu lebih pedas
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan semua bahan dan toskan.
- Potong dadu bawang, tomato dan timun dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk dan gaul sebati.
- Sedia untuk dihidangkan
Info chef: Selain anggur hitam, boleh juga menggunakan anggur hijau atau merah. Lebih enak jika menggunakan anggur tanpa biji.
5. SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji lada benggala merah | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji lada benggala kuning | dibersihkan dan dipotong dadu
- 2 biji lada benggala hijau | dibersihkan dan dipotong dadu
- 3 biji lobak sederhana besar | dikikis kulit dan dipotong nipis
- 1kg brokoli | dipotong sedang
- 1kg bunga kubis | dipotong sedang
- 500gm kacang pis
- 3 biji bawang besar | dihiris halus
- 7 ulas bawang putih | diketuk
- 500gm udang sederhana | dibuang kulit dan dibersihkan
- 5 sudu makan serbuk perisa
- 1/2 cawan tepung jagung | dibancuh dendan sedikit air
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Sayur-sayuran dicelur seketika. Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga berbau harum.
- Masukkan udang dan goreng seketika.
- Selepas itu masukkan air bancuhan tepung jagung tadi. Kacau rata sehingga mendidih.
- Masukkan sayur-sayuran, serbuk perasa dan garam secukupnya. Kacau sehingga sebati dan matikan api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Selain udang, boleh juga menggunakan isi ayam, daging atau ikan bilis.
6. PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
- 50 biji terung panjang | saiz sederhana kecil
- 1 kg santan pekat
- 1 paket sederhana besar rempah kari daging | bancuh dengan air menjadi pes
- 2 senduk kerisik
BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 3 tangkai daun kari
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR HALUS:
- 7 ulas bawang putih
- 10 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 2 inci halia
- 100gm udang kering | dibasuh dan direndam seketika
CARA MEMASAK:
- Terung dibuang pangkalnya dan dibelah dua. Rendam di dalam air.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar halus bersama rempah tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan terung dan kacau seketika. Tuang santan pekat dan kerisik.
- Kacau rata dan tambah garam dan gula mengikut cita rasa anda. Masak hingga pekat dan terung lembut.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Terung perlu direndam air bagi mengelakkan ia menjadi lebam.
Siakap Masak Pedas, Menu Berbuka Yang Marveles!

Ikan siakap selalu kita buat masak stim. Ada juga yang buat siakap tiga rasa. Jadi, apa kata kali ni kita cuba buat siakap masak pedas. Rasanya memang sedap dan berbeza dengan tiga rasa. Nak tahu macam mana rasanya, kenalah korang cuba buat.
SIAKAP MASAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
• Ikan Siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing).
• Minyak masak
BAHAN RACIK
• 1 biji tomato
• 2 batang serai
• 1 biji bawang holland / bawang besar.
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 7 biji cili api (bergantung pada tahap kepedasan diingini)
BAHAN SOS
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos ikan
• 1/2 sudu besar kicap cair
• 1/2 sudu besar kicap pekat
• Sedikit cuka
• 2 helai daun limau purut
CARA MEMBUAT
1. Tumis Bahan Racik kemudian masukkan Bahan Sos.
2. Letakkan sedikit air kalau nak berkuah. Tunggu kuah pekat sikit, baru rasa.
3. Kalau kurang masin atau kurang manis boleh letak gula dan garam.
4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yg telah digoreng.
Resipi Oleh Ct Suratman dari Telegram KakiMakan