Walaupun banyak resipi yang telah dimodenkan, tetapi resipi tradisional yang cukup rasa, tidak lari dari rasa pedas dan kaya dengan rempah ratusnya tetap menjadi pilihan di hati masyarakat tempatan kita. Untuk itu, RASA kongsikan 10 resipi ayam tradisional yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

AYAM KUZI

Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong saiz sederhana, bersih dan toskan
  • 4 sudu makan rempah kuzi
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan puri tomato
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN GORENG DAN KISAR:

  • 15 biji bawang merah  | hiris halus
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan badam potong memanjang 

BAHAN KISAR:

  • 6  ulas bawang merah
  • 4 bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 2 batang serai

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak sapi dan minyak masak bersama.
  4. Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi, diikuti bahan kisar hingga wangi.
  5. kemudian masukkan rempah kuzi yang dibancuh dengan sedikit air.
  6. Seterusnya masukkan pula puri tomato, diikuti ayam goreng, kacau rata.
  7. Kemudian masukkan susu cair, dan bahan goreng yang telah dikisar tadi.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Setelah kuah pekat dan cukup rasa. Tutup api.
  10. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Ayam kuzi enak dihidangkan bersama nasi minyak.

AYAM SAMBAL BALI

Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 16
  • Garam dan serbuk kunyit
  • Minyak masak | untuk menggoreng
  • 8 batang serai | titik
  • 1biji bawang besar hiris
  • 6 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 3 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1/2 cawan minyak masak | guna lebihan minyak goreng ayam tadi

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Ayam dibersihkan,perasakan dengan garam kunyit. Panaskan minyak, gorengkan ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis serai hingga wangi, kemudian masukkan daun kari, tumis hingga garing menggunakan api sederhana.
  3. Seterusnya masukkan bahan yang dikisar tumis hingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan air asam Jawa, dan kacau lagi seketika.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan kicap.
  6. Masukkan ayam goreng dan hirisan bawang besar, masak lagi lebih kurang lima minit atau sehingga timbul minyak.
  7. Tutup api dan Ayam Sambal Bali sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan  hirisan kentang yang telah digoreng di dalamnya.

AYAM SAMBAL LENGKUAS

Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong 16 belas
  • 200gm lengkuas muda | parut dan perah buah airnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 2 batang serai | titik
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 helai daun salam
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan air asam jawa

BAHAN GORENG SANGAI & KISAR:

  • 1 sudu teh  jintan putih
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu makan  ketumbar

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 4 biji buah keras
  • 10 tangkai cili kering
  • 4 biji cili merah

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan hirisan parutan lengkuas, serai, daun salam dan bawang besar hingga wangi.
  5. Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
  6. Seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kemudian masukkan ayam goreng, kecilkan api dan kacau rata hingga timbul minyak.
  8. Tutup api, dan hidangkan.

INFO CHEF: Ayam Sambal Lengkuas ini enak dihidangkan dengan nasi impit.

AYAM SERAI WANGI

Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping isi dada ayam
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • 4 ulas bawang putih mayang halus
  • 3cm halia mayang halus
  • 3 batang serai | mayang halus
  • 1 kuntum bunga kantan | mayang halus
  • 3 helai daun limau purut | mayang halus
  • 10 biji cili api | mayang
  • 2 sudu makan  perencah tomyam 
  • 1 sudu makan madu
  • 2 sudu makan manyones
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

BAHAN PERAP AYAM:

  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan tepung jagung

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan. Perap 15 di dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak, goreng yang diperap tadi. Angkat dan toskannya.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  5. Masukkan pula bahan mayang halus yang lain hingga garing.
  6. Kemudian masukkan perencah tomyam bersama sedikit air, mayones dan madu.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, masukkan pula ayam.
  8. Kacau rata, kemudian tutup api.

INFO CHEF: Ayam Serai Wangi ini enak dihidangkan panas-panas.

AYAM PANGGANG SOS MERAH BERSERAI

Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 belah paha ayam| bersihkan
  • 500ml santan pekat
  • 10 helai daun limau purut | mayang halus
  • 5 batang serai | mayang halus
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 biji buah keras
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3cm kunyit hidup
  • 6 tangkai cili kering
  • 6 biji cili merah
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit bahan perapan beserta garam.
  2. Balut dengan daun pisang dan aluminium foil, panggang lebih kurang 15-20 minit.
  3. Sementara memanggang sediakan sosnya.
  4. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan santan pekat. Kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
  6. Perasakan dengan garam, garam, gula jus limau nipis, daun limau purut dan serai.
  7. Kacau lagi hingga timbul minyak.
  8. Setelah ayam masak, tuangkan sos di atas ayam panggang dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Gabungan hirisan serai dan daun limau purut memberikan lebih aroma dan rasa pada ayam panggang.

AYAM CILI KETUMBAR

IKLAN

Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:

  • 1 kg ayam | potong 16 dan bersihkan
  • 1 sudu makan serbuk  kunyit
  • 1sudu makan air asam
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN B ( KISAR):

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3cm halia muda
  • 4 biji cili merah

BAHAN C (GORENG SANGAI DAN KISAR):

  • 5 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih

CARA MEMASAK:

  1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan juga garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Masukkan bahan B, tumis hingga pecah minyak dan wangi.
  5. Seterusnya masukkan bahan C, kacau lagi dan masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan ayam goreng, kacau rata dan cukup rasa.
  7. Tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Bahan rempah ratus digoreng sangai menambah aroma pada masakan.

AYAM KUKUS LEMAK CILI PADI

Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

BAHAN- BAHAN:

  • 2 belah ayam | bersihkan dan kelar-kelar
  • 1 cawan susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 3cm kunyit hidup  | hiris
  • 3 batang serai | hiris
  • 2cm lengkuas | hiris
  • 2cm halia | hiris
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan dengan sedikit bahan kisar bersama sedikit garam. Balut dengan daun pisang yang dilapisi dengan aluminium foil. Kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama susu cair, kemudian didihkan di atas api sederhana.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Terus kacau hingga sos menjadi pekat.
  5. Tutup api dan tuangkan sos di atas ayam kukus tadi dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Susu  boleh ditukarkan dengan santan.

IKLAN

AYAM PEDAS KEMANGI

Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam, potong |16 bahagian
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • 12 helai daun kemangi
  • 6 helai daun limau purut
  • 3 batang serai | hiris halus
  • 1 helai daun pandan | carik-carikkan
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit secukupnya.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan serai, daun pandan dan daun limau purut hingga wangi.
  5. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
  6. Masukkan ayam goreng tadi bersama daun kemangi , kemudian  gaul rata.
  7. Tambahkan sedikit air.
  8. Perasakan dengan garam, gula serta jus limau nipis tadi.
  9. Kecilkan api, biarkan kuah hingga pecah minyak.
  10. Tutup api dan ayam sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jika ingin lebih pedas boleh tambah lebih cili padi.

AYAM ROSE PANDAN

Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam  | potong 12 & bersihkan
  • 1 cawan puri tomato
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1 biji bawang besar | dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 helai daun pandan | carik-cari dan simpulkan
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis

Bahan KisarA :

  • 10 tangkai cili kering
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 biji buah keras
  • 1 biji tomato
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam separa masak. Angkat dan tos.
  3. Tumis daun pandan, diikuti bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak.
  5. Seterusnya masukkan puri tomato, kacau seketika masukkan ayam, Kacau rata.
  6. Kemudian masukkan pula susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Kecilkan api, gaul sebati. Biar 2-3 minit baru tutup api.
  8. Angkat dan

INFO CHEF: Anda boleh juga gantikan buah keras dengan biji badam kerana fungsinya sama untuk melemak dan memekatkan kuah.

KARI AYAM BERKERISIK

Aneka Resipi Ayam Tradisional Yang Pasti Membangkitkan Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong kecil dan cuci bersih
  • 2 biji kentang  | belah empat
  • 3 sudu makan seruk kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 paket kecil kerisik
  • 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • 1 mangkuk santan
  • Air secukupnya
  • Sedikit air asam Jawa
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang kecil
  • 4cm halia
  • 2 batang serai

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau lebih kurang hingga sedikit garing.
  3. Seterusnya masukkan bancuhan pes kari yang dicampur dengan serbuk cili.
  4. Kacau lagi hingga pecah minyak. Baru masukkan ayam.
  5. Kacau rata supaya bahan tumisan sebati dengan ayam.
  6. Masukkan air, biar mereneh sehingga ayam kecut.
  7. Baru masukkan air asam jawa diikuti santan.
  8. Perasakan dengan garam dan kunyit secukupnya kemudian masukkan pula kentang.
  9. Setelah cukup rasa, kecilkan api dan masukkan kerisik.
  10. Kacau lagi dan biarkan mereneh 2-3 minit lagi.
  11. Tutup api dan kari sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain kentang anda boleh tukar dengan keledek, malah rasanya lebih sedap.

Selamat mencuba! 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI