Ada tetamu yang bakal datang ke rumah hujung minggu ni? Apa kata rai tetamu anda dengan menyajikan aneka tat dan pai istimewa ni. Pasti laris!

1. MANGGO CHEESE TART

Aneka Pai & Tat Moden Mudah Yang Boleh Dihasilkan Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

Kulit Tat:

  • 580gm tepung gandum
  • 340gm mentega
  • 100gm gula ising
  • 2 biji telur gred C
  • 1 sudu teh vanilla

Bahan Inti:

  • 250gm krim keju
  • 50gm gula kastor
  • 1 biji telur gred B
  • ½ sudu teh vanilla
  • 2 sudu makan puri mangga

Bahan Hiasan:

  • 1 biji mangga harum manis | dadu kecil

 

CARA MEMASAK: 

  1. Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
  2. Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
  3. Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
  4. Canaikan dan masukkan dalam acuan.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak  atau kulit tat kekuningan.
  6. Untuk menyediakan Inti, Putar krim keju bersama sama gula kastor sehingga kembang.
  7. Masukkan telur dan vanilla dan puri mangga, pukul lagi hinggga kembang dan sebati.
  8. Tuangkan ke dalam kulit tart yang telah dibakar.
  9. Bakar lagi pada suhu 160C sehingga masak.
  10. Hiasan di atasnya dengan hirisan mangga

 

INFO CHEF: Simpan dalam peti sejuk, dan keluarkan hanya bila ingin menghidangkannya

 

2. STRAWBERRY CUSTARD TART

Aneka Pai & Tat Moden Mudah Yang Boleh Dihasilkan Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

Kulit Tat:

  • 580gm tepung gandum
  • 340gm mentega
  • 100gm gula ising
  • 2 biji telur gred C
  • 1 sudu teh vanilla

Bahan Inti:

  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar
  • 30gm mentega
  • 2 sudu teh esen vanilla

Bahan Hiasan:

  • Buah strawberi
  • Buah Rasberri

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
  2. Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
  3. Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
  4. Canaikan dan masukkan dalam acuan.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak  atau kulit tat kekuningan.
  6. Untuk menyediakan filing kastard,  satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
  7. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
  8. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk.
  9. Tuangkan dalam kulit tat, kemudian hias dengan buah strawberi dan rasberi di atasnya.

 

3. QUICHE LORRAINE

Aneka Pai & Tat Moden Mudah Yang Boleh Dihasilkan Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

Kulit Tat:

IKLAN
  • 580gm tepung gandum
  • 340gm mentega
  • 100gm gula ising
  • 2 biji telur gred C
  • 1 sudu teh vanilla

Bahan Inti:

  • 8 keping hirisan beef  bacon  | digoreng garing
  • 1 cawan swiss cheese  | diparut
  • 1/3 cawan bawang  | dicincang halus
  • 4 biji telur
  • 2 cawan krim putar
  • ¼ camca kecil garam
  • 1/8 camca kecil cili cayenne
  • 5 biji tomato ceri  belah 2 untuk hiasan.

CARA MEMASAK:

  1. Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
  2. Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
  3. Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
  4. Canaikan dan masukkan dalam acuan.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak  atau kulit tat kekuningan.
  6. Masukkan krim putar di dalam pengisar, kisar hingga kental, masukkan telur dan pukul lagi.
  7. Kemudian perasakan dengan garam dan cili.
  8. Tuangkan dalam tat, kemudian taburkan beef bacon.
  9. Kemudian diikuti dengan taburkan keju dan bawang.
  10. Susun tomato ceri.

 

INFO CHEF: Untuk isian beef becon boleh ditukar dengan hirisan ayam panggang.

 

5. BLUE CHEESE QUICHE TART

Aneka Pai & Tat Moden Mudah Yang Boleh Dihasilkan Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

Kulit Tat:

IKLAN
  • 580gm tepung gandum
  • 340gm mentega
  • 100gm gula ising
  • 2 biji telur gred C
  • 1 sudu teh vanilla

Bahan Inti:

  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 3 biji bawang besar | dihiris
  • Garam secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 3 biji telur
  • 150gm Blue Cheese | hancurkan
  • Daun thyme segar | leraikan dari tangkai
  • 1 biji tomato | hiris bulat

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
  2. Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
  3. Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
  4. Canaikan dan masukkan dalam acuan.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
  6.  Untuk menyediakan inti, panaskan minyak Zaitun, tumis bawang merah, kemudian masukkan garan dan serbuk lada hitam.
  7. Angkat dan sejukkan.
  8. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul hingga sekata.
  9. Masukkan bawang goreng di dalam kulit tat, kemudian taburkan pula keju, daun thyme dan tomato.
  10. Akhir sekali masukkan telur dan bakar semula selama 30-35 minit  atau sehingga permukaan bertukar kuning keperangan.

 

6. SHRIMP  SALAD TART

Aneka Pai & Tat Moden Mudah Yang Boleh Dihasilkan Sendiri Di Rumah.

BAHAN-BAHAN:

Kulit:

  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu teh garam
  • 2/3 cawan lemak sayuran
  • 4  sudu besar air sejuk

Bahan Inti:

  • 300gm udang saiz kecil | buang kulit dan celur seketika
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit  dressing salad

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung dan garam di dalam mangkuk.
  2. Potong lemak sayuran menggunakan pengisar pastri sehingga saiz kacang kecil.
  3. Renjiskan dengan air sejuk, satu sudu pada satu-satu masa, dan gaulkan menggunakan garpu sehingga tepung sebati dan tidak lagi melekat di mangkuk adanan.
  4. Bahagikan doh kepada dua bahagian dan bulatkan seperti bola.
  5. Balut doh dalam bungkusan plastik dan sejukkan kira-kira 30 minit untuk membantu pembakaran doh yang lebih stabil dan membolehkan air menyerap secara rata.
  6. Canai doh diatas permukaan yang direnjis dengan sedikit tepung.
  7. Potong doh yang dicanai  bentuk empat segi dengan ukuran 4cm.
  8. Bakar pada suhu 160C selama 20 – 30 minit
  9. Masukkan semua bahan inti di dalam mangkuk dan gaul rata.
  10. Isikan di atas kulit tat, kemudian hiaskan dan hidang.

 

INFO CHEF: Jika disejukkan lebih lama, biar doh lembut sedikit sebelum dicanai.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI