Suka makan Nasi Daging tapi tak tahu mana satu resipi yang berbaloi untuk dicuba? Min cadangkan anda cuba resipi perkongsian saudari Suriani Mohd ini. Resipinya cukup mudah dan min sendiri pernah mencubanya. Hasil dan rasanya? Ahli keluarga memang suka. Anak pun ulang makan dan puji rasanya sedap. Memang berbunga hati dibuatnya. Jom cuba! Anda dan keluarga juga mungkin akan menggemarinya.
CARA MEMASAK NASI DAGING, AIR ASAM KERISIK & SUP TUMIS DARAT SEDAP
BAHAN NASI DAGING: 4 cawan beras – basuh bersih ¼ tin susu cair – beli online disini 1-2 kiub pati daging – beli online disini Air rebusan daging & daging – air ikut agak sukatan masak nasi Sedikit garam 2 sudu makan planta / marjerin – beli online disini 1 biji bawang merah – hiris 3-4 ulas bawang putih – hiris Sedikit halia Rempah 4 sekawan Daun pandan 2 sudu makan rempah kurma – beli online disini 1 sudu makan rempah kari – beli online disini Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Dalam periuk bersesuaian, masukkan planta, bawang merah hiris, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan dan daun pandan. Tumis hingga kekuningan. 2. Kemudian masukkan rempah kurma, rempah kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak. 3. Bila sudah naik bau dan rempah kelihatan masak sempurna, masukkan beras yang telah dicuci, susu cair, kiub pati daging, garam secukup rasa dan air rebusan daging bersama dagingnya sekali. Sebatikan. 4. Sukatan air agak-agak mengikut sukatan beras yang digunakan. 5. Masaklah nasi hingga masak sempurna.
BAHAN AIR ASAM KERISIK
Sedikit belacan – beli online disini Cili api secukupnya – potong separuh @ tumbuk separuh Air asam jawa secukupnya – beli online disini 2-3 sudu makan kerisik – beli online disini 1 biji bawang merah – hiris 1 biji tomato – hiris Garam secukup rasa Sedikit gula Sedikit serbuk Cukup Rasa
Ads
CARA MEMASAK: 1.Dalam mangkuk bersesuaian, satukan semua bahan. 2. Gaul hingga rata hingga semua bahan bersatu. Rasa dan boleh tambah jika ada perasa yang kurang. 3. Siap untuk dihidang.
Daging secukupnya Air Garam secukup rasa 1 biji bawang merah – hiris 3-4 ulas bawang putih – hiris Sedikit halia Rempah 4 sekawan Daun sup
CARA MEMASAK: 1. Hiris daging, masukkan ke dalam periuk, tambah air secukupnya, sedikit garam dan rebus hingga empuk. 2. Panaskan kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 sekawan hingga kekuningan. 3. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk berisi daging yang telah direbus empuk. Kacau rata. 4. Tabur daun sup dengan secukupnya dan rasa. Tambah perisa jika perlu. 5. Sup Tumis Darat siap disediakan dan sedia dihidang bersama Nasi Daging dan Air Asam Kerisik.
Isi ayam kampung memang lebih pejal daripada ayam biasa atau ayam ternakan biasa. Ia tak mudah hancur dan sesuai dibuat rendang dan gulai. Masaknya memang agak lama sikit berbanding ayam biasa.
Foto : dagingayamkaikun13.blogspot.com
Tapi sebenarnya ada petua bagaimana nak memasak ayam kampung agar isi nya lebih empuk dimakan. Jom ikut 4 petua ni…
1. GUNAKAN NENAS
Foto : preservedhome.com
Selain daging kambing, nenas juga boleh digunakan untuk mengempukkan isi atau daging ayam kampung. Cara penggunaannya adalah dengan menghancurkan nenas dan lumurkan rata-rata atas daging ayam yang sudah dibersihkan, kemudian lalukan di bawah air mengalir.
Cara lain adalah rendamkan ayam kampung ke dalam jus nenas untuk beberapa minit. Jangan rendam terlalu lama, sebab nanti daging ayam kampung akan mudah berkecai dan mudah hancur bila masak. Kemudian cuci bawah air yang mengalir sampai bersih.
Tetapi ada juga kekurangan menggunakan cara ini kerana masakan tu mesti terasa sedikit rasa nenas pada ayam.
2. GUNAKAN DAUN BETIK
Foto : jagonews24.com
Penyelesaian lain untuk mengempukkan daging ayam kampung adalah dengan menggunakan aun betik. Kalau anda menggunakan cara ini, rasa daun betik tidak meresap ke dalam ayam. Cara penggunaannya sama dengan nenas. Baik nenas atau daun betik keduanya boleh membantu proses mengempukkan daging ayam kampung.Cara penggunaannya sama dengan nenas. Hancurkan daun betik dan lumur rata-rata atas ayam. Bilas bersih
3. HALIA DAN GARAM
Foto : thebigfatnoodle.com
Ambil sedikit halia dan tumbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit garam. Perapkan ayam kampung yang ingin dimasak dengan campuran halia dan garam tersebut. Tak perlu perap lama sangat, setengah jam pun dah cukup. Selepas itu bilas dengan air dan masak seperti biasa.
4. AIR KELAPA
Foto : vogue.in
Ada juga orang tua-tua berpesan untuk mendapatkan ayam kampung yang rasanya manis dan daging cepat empuk, anda perlu masak dulu ayam kampung dengan air kelapa. Rebuskan sehingga ayam lembut selepas itu toskan airnya. Setelah itu bolehlah dimasak gulai ayam kampung kegemaran anda.
Okay ini resipi ayam kampung yang sedapnya hingga menjilat lari :
AYAM KAMPUNG KAPITAN
BAHAN-BAHAN :
6 keping dada ayam kampung | dicuci bersih
3 senduk minyak masak
1 biji bawang besar | dicincang
2.5 sm halia | dicincang
2.5 batang serai | dicincang
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
5 tangkai daun kari
5 tangkai cili kering
1 senduk serbuk kari daging | campurkan sedikit air jadikan pes
1/2 senduk pes cili kering
5 sudu makan kicap mi
5 sudu makan sos tomato
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan goreng dada ayam dengan api sederhana sehingga separuh masak.
Masukkan pes kari daging dan digaul rata kemudian masukkan cili kering kisar, kicap dan sos tomato.
Sentiasa gaul supaya tidak hangit ketika ini api mesti perlahan. Perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan cili kering (sebiji-biji), bahan yang di cincang dan daun bawang, kacau selalu.
Akhir sekali masukkan daun kari dan dikacau rata.
Biarkan ayam dimasak lama dengan api perlahan agar rempah dapat meresap dan sebati dengan isi ayam.
Jom cuba buat Sambal Tomato Bilis Goreng ni. Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.
SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG
BAHAN-BAHAN:
1/2 mangkuk ikan bilis (mangkuk gulai)
1 inci belacan
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula – boleh ubahsuai ikut selera
1 inci gula melaka
Sedikit minyak masak
BAHAN TUMBUK KASAR:
4 biji cili merah – potong kasar
2 biji tomato – belah 8
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan. Angkat.
2. Seterusnya dengan guna minyak yang secukupnya, goreng bahan yang ditumbuk kasar hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul sekejap.
4. Masukkan pula gula melaka dan masak hingga hancur barulah dimasukkan garam serta gula.
5. Rasa sambal dan tambah perasa jika ada kekurangan.
Ikan bakar memang ramai peminatnya. Tapi dalam masa yang sama, ada yang kata renyah nak buat ikan bakar sebab perlu buat air asam. RASA kongsikan resipi ikan bakar yang sangat mudah nak dibuat. Tanpa ada air asam pun, dah sedap dimakan.
IKAN BAKAR TOMYAM
BAHAN-BAHAN
2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
2 cm kunyit (tumbuk lumat)
2 cm halia (tumbuk lumat)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
1 peket pes tomyam
1 tangkai serai (tumbuk / ketuk)
2 helai daun limau purut (koyak-koyakkan)
1 ekor ikan cencaru (basuh bersih)
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk kecil, masukkan bawang putih, kunyit, halia dan cili padi.
2. Masukkan pes tomyam, serai dan daun limau purut. Gaul semuanya.
3. Ambil ikan dan belah sedikit bahagian atas ikan itu.
4. Lumur ikan dengan bahan tadi. Serai itu masukkan dalam perut ikan. Sumbatkan semua pes ke dalam bahagian perut ikan.
5. Bungkus ikan menggunakan aluminium foil.
6. Bakar ikan dalam kuali leper menggunakan api perlahan.
7. Bakar sehingga masak.
TIP RASA
1. Anda boleh gunakan resipi ini untuk membakar ikan lain selain cencaru. Boleh bakar ikan pari, kembung, siakap atau tenggiri.
2. Daun limau purut perlu dikoyak-koyak supaya aromanya lebih wangi dan menyelerakan.
3. Resipi ini tidak menambah garam atau sebarang penambah perisa. Anda masih boleh tambah bahan tersebut jika suka.
4. Sebelum makan, boleh juga perahkan limau kasturi untuk menambah rasa masam.
5. Jika tidak tambah perahan limau kasturi, boleh juga buat air asam. Tapi sebab gunakan pes tomyam, rasa masam itu sudah mencukupi.
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.