Agar-Agar Laici Susu ni memang antara hidangan pencuci mulut yang enak dimakan ketika cuaca panas. Lemak dari susu serta manis dari laici tu fuhhhh, memang menyegarkan. Rugi kalau anda tak cuba buat di rumah. Anak-anak pasti sukakannya!
AGAR-AGAR LAICI SUSU
Bahan-bahan:
1.5 liter air
½ cawan gula
15gm serbuk agar-agar
1 tin laici
Air dari tin laici
1 tin susu cair
Daun pudina
Cara Memasak:
1. Di dalam periuk, masukkan air, gula, air laici, serbuk agar-agar dan susu cair. Gaul sehingga sebati dan mendidih.
2. Di dalam bekas, tuangkan agar-agar tadi ke dalam bekas.
3. Bila agar-agar dah sedikit pejal, boleh susun laici. Tambahkan daun pudina sebagai hiasan.
4. Boleh sejukkan di dalam peti ais dan Agar-Agar Laici Susu sedia untuk dinikmati.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Lempeng memang enak. Lempeng Kelapa, Lempeng Tepung andai dimakan bersama aneka sambal seperti Sambal Hijau, memang membuka selera. Tak sedar dah makan berkeping-keping. Nak memasaknya pun mudah sahaja. Bagi anda yang terasa nak makan Lempeng bersama Sambal Hijau, bolehlah cuba resipi Lempeng Kelapa, lempeng Tepung dan Sambal Hijau perkongsian saudari Mariana Zainalini. Nampak sangat membuka selera. Jom cuba!
RESIPI LEMPENG & SAMBAL HIJAU SEDAP
LEMPENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN: 3 cawan tepung gandum – beli online disini 2 3/4 cawan air (kalau pekat boleh tambah air sikit demi sedikit) 2 biji telur 1/2 sudu teh baking powder – beli online disini 2 sudu makan minyak masak 1/2 sudu teh garam Sedikit gula
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan di atas. Kacau guna whisk atau spatula. Rehatkan adunan 5 minit sebelum dimasak. 2. Panaskan kuali tak melekat (non-stick pan) guna api sederhana perlahan. 3. Ambil 1 senduk adunan, masukkan ke dalam kuali dan lenggangkan bagi nipis macam buat kuih ketayap. 4. Bila sudah masak bahagian bawah terbalikkan dan biarkan lempeng betul-betul masak.
LEMPENG KELAPA
BAHAN-BAHAN: 3 cawan tepung gandum 2 biji telur 5 sudu makan kelapa (kalau letak lebih pun boleh tapi lebihkan air sedikit) 2 1/2 cawan air (kalau pekat boleh tambah air sikit demi sedikit) 1/2 sudu teh baking powder Sedikit garam (agak-agak sahaja)
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan di atas. Kacau guna whisk atau spatula. Rehatkan adunan 5 minit sebelum dimasak. 2. Panaskan kuali tak melekat (non-stick pan) guna api sederhana perlahan. 3. Ambil 1 senduk adunan, masukkan ke dalam kuali dan lenggangkan bagi nipis macam buat kuih ketayap. 4. Bila sudah masak bahagian bawah terbalikkan dan biarkan lempeng betul-betul masak.
SAMBAL HIJAU
BAHAN-BAHAN: Ikan bilis secukupnya – goreng garing, toskan 2 sudu makan gula 2 sudu makan air asam jawa– beli online disini Sedikit garam Sedikit bahan perasa jika suka
CARA MEMASAK: 1.Panaskan kuali, masukkan bahan kisar. Jangan tumis guna minyak kerana sudah masukkan minyak dalam bahan kisar tadi. Ini adalah salah satu cara cili tak merecik merata ketika ditumis. 2. Tumis hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, gula dan bahan perasa. Masak hingga sambal betul-betul naik minyak dan berubah warna. 3. Sesuaikan rasa dan tutup api.
4. Masukkan ikan bilis yang digoreng garing tadi. Siap untuk dimakan dengan lempeng.
Berbuka puasa dengan kuih muih yang manis-manis memang nikmat rasanya. Tambah pula dapat makan sagu gula melaka ni. Sejukkan dahulu baru makan, memang ngam.
Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan:
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cuma rasa lain-lain
2 sudu gula merah
1 ketul gula Melaka
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (tak ada pun tak apa)
Cara membuat:
1.Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
2.Cuci sagu dan letak pewarna, biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip supaya susu tidak berwarna.
3.Untuk kuah, masukkan susu cair, air (saya sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung dan garam.
4.Biarkan masak seketika.
5.Akhir sekali campurkan kuah susu dan sagu tu.
TIP SAGU
-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
-Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
Buffet Ramadan Zai Event 2026 tampil dengan konsep Nostalgia Kampungku menampilkan lebih 120 hidangan tradisi Melayu, harga early bird RM95 dan pengalaman berbuka penuh memori.