Hari panas begini jom sejukkan tekak dengan agar agar jagung. Buat banyak letak dalam peti sejuk memang nikmat. Buatnya pun mudah. Warnanya kuning menyengat tu memang terliur nak rasa. Apa lagi jomlah buat.
Ada yang mengidam nak makan yang manis-manis? Enak juga kalau dapat puding jagung dimakan pula dengan susu coklat. Lebih sedap puding jagung ini disimpan di dalam peti sejuk dan dimakan sejuk. Nikmatnya akan terasa. Resipi ini dikongsikan oleh Roshima Ibrahim Shima dengan cara ringkas penyediaannya.
BAHAN-BAHAN:
Puding Jagung:
Setengah peket agar-agar tali
3 cawan air
4 sudu besar gula pasir
1/2 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula pasir
2 sudu tepung kastard
1 1/2 tin air
1/2 tin jagung
CARA MEMBUAT PUDING:
Masak agar dengan air hingga agar-agar hancur. Kemudian masukkan gula pasir. Masak hingga gula betul-betul larut. Tutup api dan ketepikan dulu.
Dalam periuk lain, masakkan air, susu cair, susu pekat dan gula, Kemudian masukkan tepung kastard. Kena sentiasa kacau hingga mendidih sebab kalau biarkan nanti akan berketul-ketul.
Tapiskan agar-agar yang dimasak tadi ke dalam periuk puding. Kemudian masukkan jagung.
Masukkan bancuhan tadi ke dalam bekas lompang kalau nak nampak comel-comel. Kalau nak gunakan loyang pon boleh.
Biarkan puding sejuk. Kemudian baru boleh keluarkan dari acuan.
BAHAN SUSU COKLAT SAJI:
1/2 tin susu coklat
1/2 tin air masak.
CARA MEMBUAT:
Campur kedua-dua bahan. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat. Sedang-sedang sahaja.
Hidangkan di dalam mangkuk. Nikmati bersama puding jagung tadi.
Ada yang berazam nak turunkan berat badan ? Selain melakukan senaman secara berkala, anda juga boleh cuba minuman ni. Menurut perkongsian saudari Nurul Moolek Cereprove, resipi ini beliau dapat dari blog penulis barat. Bila dicuba, sangat-sangat serasi dengan beliau. Perut kenyang, tiada masalah sembelit malah susu untuk bayi pun banyak. Nak cuba? Ini resipinya untuk 1 hidangan ( sekali minum).
BAHAN-BAHAN:
1 biji epal hijau
2 biji kurma
1 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
1 gelas susu ( saya pilih susu berkrim sebab rasa lagi lemak. Jika nak lagi bagus, guna susu low fat.)
CARA-CARA:
1. Potong kecil buah kurma dan buah epal. Epal jangan dibuang kulit kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit sangat bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
2. Masukkan susu danbuah-buah yang dipotong tadi ke dalam pengisar. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. (dalam gambar tidak dimasukkan ais). Kemudian masukkan serbuk Kayu Manis Ceylon
3. Kisar sampai semua bahan menjadi halus. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati. Minuman ini boleh diamalkan setiap hari pada waktu malam atau bila-bila sahaja yang anda suka.
Kalau ada famili besar atau anak ramai, nak makan piza memang banyak belanjanya. Harga piza sekarang pula memang bukan murah. Takkan nak makan sekeping seorang saja, memang tak puas.
Untuk lebih jimat jomlah buat sendiri. Boleh guna cara yang paling mudah, tak perlu susah-susah uli doh untuk roti, kita buat piza cara ekspres. Guna roll up wrap saja. Hasilnya akan jadi macam piza kulit nipis dan boleh dapat 5 keping piza.
Paling best, pizza simple dan ekspres ini hanya guna empat bahan saja. Cara membuat boleh ikut perkongsian Salsabila Hisham.
Pizza simple dan ekspres
Hasil pizza ini macam ala-la Domino roti nipis tu. Cuma perlu empat bahan saja iaitu
Roti Wrap Gardenia
Sosej
Mozarella Cheese
Lada Benggala
Cara membuat
Letak roti wrap atas baking paper. Letak sos tomato nipis atas roti, kemudian susun sosej (boleh guna sosej Ayamas Cheese) yang dihiris nipis. Nak tambah bahan lain pun boleh.
2. Kemudian tabur lada benggala yang dihiris memanjang (boleh guna lada benggala kuning, hijau atau merah).
3. Paling penting tabur mozarella cheese, boleh letak tebal jika suka. Pastikan guna jenis keju ini untuk efek keju tarik macam piza biasa.
4. Seterusnya boleh bakar dalam oven dengan kepanasan suhu 150-200 darjah celcius selama 7-10 minit. Api atas dan bawah.
5. Pastikan roti agak garing baru angkat. Hasilnya boleh dapat 5 biji pizza. Boleh makan sampai puas. Rasa tak cukup buat lagi.
Nak masak Char Kuey Teow Sedap gaya kedai? Ini resipi lengkap, mudah dan padu untuk hasil yang lebih pekat, wangi dan puas hati. Semua bahan ringkas dan langkah memasak jelas!