Pertandingan World Chef Championship (WCC) bakal mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai acara yang menampilkan kategori pertandingan jenis masakan paling banyak iaitu 81 jenis masakan dan juri pertandingan paling ramai terdiri daripada 69 juri profesional dari dalam dan luar negara. Penjurian diketuai oleh Master Chief Judge, Francis KC Tan.
Master Chief Judge, Francis KC Tan. (kiri sekali)
Pertandingan ini bakal berlangsung pada 13hb hingga 15hb Disember di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Majlis pelancaran awal dan sidang medianya berlangsung semalam di Wisma Tani, di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya disempurnakan oleh Menterinya YB Datuk Salahuddin Ayub.
Majlis turut dihadiri barisan Chef ternama dari industi hotel, universiti dan persatuan Chef serta Chef Selebriti dan bebas. Pertandingan World Chefs Association ini adalah anjuran Persatuan Masters Kulinari Malaysia tajaan VESTA yang diwakili oleh CEO Vesta International Culinary Group, Yap Bok Tuck dan Konsultan Vesta, Saifullah Ahmad.
Terdapat 14 kategori utama yang dipertandingkan iaitu patisserie, paparan sejuk, dim sum, kuih tradisional Melayu, masakan panas, masakan Jepun, artistic, persembahan dan food styling yang memaparkan kemewahan makanan (gold opulence service), kemahiran memotong daging, barista, warga emas dan vegetarian.
Menurut Saifullah Ahmad satu syarat pertandingan yang wajib dipatuhi oleh setiap peserta adalah mereka tidak menyediakan masakan atau hidangan yang mengandungi daging khinzir dan alcohol sebagai bahan masakan kerana pertandingan ini adalah pertandingan berkonsepkan mesra kepada semua kaum di Malaysia.
Ads
Para peserta juga disyaratkan menggunakan hasil pertanian agro sebagai bahan dalam masakan masing-masing.
“ World Chefs Championship terbuka kepada semua peserta yang mempunyai minat dalam bidang masakan, pastri serta penyediaan F & B (makanan dan minuman). Ini termasuklah pengusaha dan penjaja makanan dan minuman, suri rumah, pelajar dan golongan tentera yang mempunyai bakat dan minat dalam bidang ini.
Pertandingan ini tidak beorientasikan keuntungan dan bagi setiap penyertaan bayaran RM100 dikenakan,” ujar Saifullah. .
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Vesta, Yap Bok Tuck berkata, Kedah dipilih sebagai lokasi WCC dalam usaha membantu mempromosikan negeri itu.
“ Tahun ini adalah Tahun Melawat Kedah, jadi kita hendak membantu mempromosi Kedah dan Malaysia amnya yang kaya dengan aneka makanan,” kata Yap Bok Tuck lagi.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa tak kenal dengan selebriti berbakat besar yang terkenal dengan personaliti ‘gila-gila’ ni. Ha…jangan tak tahu, Zulin Aziz ni handal tau dekat dapur. Kalau anda ‘follow’ IG beliau, memang boleh tengok macam-macam resipi yang beliau masak.Semuanya sedap-sedap dan bikin terliur!
Penyampai Suria Pagi ini memang rajin berkongsi video-video masakan di instagram sehinggakan beliau membuka satu instagram khas @cikzulinkedapur untuk berkongsi resipi-resipi bersama para sahabat dan peminatnya.
Saya memang suka masak.Lagi pula keluarga,kawan-kawan saya memang suka makan saya masak.rasa happy sangat bila orang enjoy makan masakan kita.Lagi2 bila mereka datang mesti nak tapaw bawak balik.sis terharu tau. Bertambah seronok dapat kongsi di laman sosial dengan pengikut2 saya di instagram ni.Kawan saya sendiri selalu pm tepi tanya resepi.bila dah ramai yg tanya lebih baik saya buat je acc insta khas utk masakan saya. lain orang lain cara masaknya.kalau nak ikut cara saya yg sejenis campak2 ni bolehlah follow ig @cikzulinkedapur ya?.saya akan tunjuk cara masa yg simple2 dan mudah untuk anda dan semestinya lazat,insyaAllah. So jangan lupa follow @cikzulinkedapur
Best kan? Jom tengok resipi-resipi yang Zulin ada ‘share’ di IG @cikzulinkedapur. Mana tahu boleh buat inspirasi dan ceduk idea untuk masak hari ni.
Apa yang boleh membuatkan anda gembira dan mampu untuk melupakan seketika masalah yang melanda? Sudah pastinya makanan yang lazat dan kena dengan citarasa anda!
Menyedari perubahan citarasa pengguna kini yang semakin mementingkan rasa, tekstur, persembahan, dan kualiti dalam makanan, jenama produk tenusu Eropah terkenal, Anchor Food Professionals membawakan krim tenusu dan keju mozarela yang diberi sentuhan Eropah untuk pasaran Malaysia.
Berbekalkan pengalaman melebihi 130 tahun dalam dunia tenusu, Anchor Food Professionals memperkenalkan Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese, Anchor Chef’s Classic Whipping Cream, Anchor Culinary Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream.
Menurut Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia, Jack Tan, perniagaan makanan kian memerlukan produk-produk serbaguna yang menawarkan manfaat tambahan iaitu ringkas dan segera.
“Pengguna masa kini juga tertarik dengan produk-produk yang dapat mencetus emosi yang dapat menggembirakan mereka.
“Sebagai pakar tenusu global yang membekalkan sumber produk tenusu yang terbukti berkualiti tinggi, kami yakin bahawa barisan produk tenusu gaya Eropah ini akan menawarkan sebuah pengalaman yang unik buat warga Malaysia,” katanya.
Anchor Culinary Cream dan Anchor Extra Yield Cooking Cream yang membekalkan produk tenusu yang berciri lebih ringan dan seimbang.
Manakala Anchor Classic Shredded Mozzarella Cheese, merupakan keju mozarela ala tradisional, memberikan hasil prestasi ketuhar yang jauh lebih baik, rasa yang enak dan kompleks serta, menjamin juadah yang benar-benar lazat dapat disediakan.
Anchor Chef’s Classic Whipping Cream dirumus dengan teksturnya yang serba ringan dan lembut, ia dapat menyempurnakan juadah istimewa dalam keadaan panas, sejuk, atau beku.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Anchor Food Professionals di https://www.anchorfoodprofessionals.com/my/en.html, atau ikuti saluran sosial kami di www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY dan www.instagram.com/anchorfp.my.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apabila menyebut tentang buah-buahan tempatan, durian pasti menjadi antara yang paling terkenal. Malah, durian bukan sahaja popular di Malaysia, malah turut mendapat perhatian peminat makanan dari seluruh dunia. Apa yang menarik, durian sering dikenali dengan gelaran Raja Buah. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya mengapa durian diberikan gelaran istimewa tersebut?
Adakah kerana saiznya yang besar, rasanya yang unik atau terdapat sejarah tertentu di sebalik gelaran itu? Jawapannya melibatkan gabungan faktor sejarah, budaya, ekonomi dan keunikan semula jadi yang menjadikan durian berbeza daripada buah-buahan lain.
Gelaran ini bukan diberikan secara sembarangan. Ia merujuk kepada kedudukan durian yang dianggap paling istimewa berbanding buah-buahan lain di rantau Asia Tenggara.
Durian memiliki beberapa ciri yang menjadikannya berbeza daripada buah lain. Antaranya ialah saiz buah yang besar, kulit berduri yang unik, aroma yang sangat kuat serta rasa isinya yang kaya dan kompleks.
Bagi peminat durian, rasanya sukar digambarkan dengan satu perkataan sahaja. Ada yang menyifatkan rasanya sebagai gabungan lemak, manis, pahit dan berkrim dalam satu masa. Keunikan inilah yang membuatkan durian mempunyai kedudukan tersendiri dalam dunia buah-buahan.
Menurut catatan sejarah, gelaran ini dipercayai mula popular sekitar zaman penjajahan Eropah di Asia Tenggara.
Pengembara dan penulis Barat yang datang ke Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand pada abad ke-18 dan ke-19 sering menulis tentang pengalaman mereka menikmati durian. Mereka kagum dengan saiz dan keunikan buah tersebut sehingga menggelarkannya sebagai “King of Fruits”.
Antara tokoh terkenal yang pernah menulis mengenai durian ialah naturalis British, Alfred Russel Wallace. Dalam bukunya The Malay Archipelago yang diterbitkan pada tahun 1869, beliau menggambarkan durian sebagai salah satu buah paling luar biasa yang pernah ditemuinya.
Tulisannya membantu memperkenalkan durian kepada masyarakat Barat dan mengukuhkan lagi penggunaan gelaran tersebut sehingga hari ini. Dari sinilah reputasi durian sebagai buah paling ikonik di rantau ini semakin berkembang.
Ramai tidak tahu bahawa durian merupakan buah asli rantau Asia Tenggara. Ia dipercayai berasal dari kawasan hutan tropika yang meliputi Malaysia, Indonesia dan Brunei sebelum ditanam secara meluas di negara-negara lain.
Hari ini, Malaysia terkenal dengan pelbagai varieti durian premium seperti Musang King, Black Thorn, Udang Merah dan D24. Setiap varieti mempunyai rasa, tekstur dan aroma yang tersendiri.
Malah, terdapat peminat durian yang sanggup merentas negeri semata-mata untuk menikmati varieti tertentu ketika musim durian tiba. Fenomena ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh durian dalam budaya makanan masyarakat tempatan.
Salah satu sebab durian begitu terkenal ialah aromanya yang sangat kuat. Bagi peminat durian, bau tersebut dianggap menyelerakan dan menggamit selera. Namun bagi mereka yang tidak biasa, baunya mungkin dianggap terlalu kuat.
Aroma unik ini terhasil daripada gabungan sebatian sulfur semula jadi yang terdapat dalam buah durian. Sebatian inilah yang menghasilkan bau khas yang tidak dapat ditemui pada buah-buahan lain.
Disebabkan aromanya yang kuat, durian tidak dibenarkan dibawa masuk ke beberapa hotel, pengangkutan awam dan penerbangan tertentu di seluruh dunia. Larangan ini secara tidak langsung menjadikan durian lebih dikenali oleh pelancong antarabangsa.
Gelaran Raja Buah juga berkait rapat dengan nilainya yang tinggi di pasaran. Sesetengah varieti premium boleh dijual pada harga yang agak mahal terutama ketika permintaan tinggi.
Musang King misalnya telah menjadi antara produk pertanian yang mendapat permintaan besar dari luar negara. Industri durian Malaysia kini berkembang pesat dan menjadi sumber pendapatan penting kepada ramai pekebun tempatan.
Bukan sekadar dimakan segar, durian turut diproses menjadi pelbagai produk seperti ais krim, kek, biskut, kopi, tempoyak dan pelbagai pencuci mulut moden. Kepelbagaian produk ini membantu meningkatkan nilai komersial industri durian.
Walaupun sering dikaitkan dengan rasa lemak dan manis, durian sebenarnya mengandungi pelbagai nutrien penting.
Antaranya termasuk serat, vitamin C, vitamin B, kalium, magnesium dan antioksidan. Kandungan serat membantu sistem penghadaman manakala vitamin dan mineral pula menyokong fungsi badan secara keseluruhan.
Namun seperti makanan lain, durian juga perlu dinikmati secara sederhana kerana kandungan kalorinya yang agak tinggi. Pengambilan yang seimbang membolehkan pengguna menikmati manfaat nutrisi tanpa berlebihan.
Hari ini, durian bukan sekadar sejenis buah. Ia telah menjadi sebahagian daripada identiti budaya dan gastronomi Asia Tenggara. Setiap kali musim durian tiba, gerai-gerai durian akan dipenuhi peminat yang tidak sabar menantikan peluang menikmati buah kegemaran mereka.
Dengan sejarah yang panjang, rasa yang unik, nilai ekonomi yang tinggi dan populariti yang merentasi sempadan negara, tidak hairanlah durian terus mempertahankan gelaran Raja Buah hingga ke hari ini.
Bagi pencinta durian, gelaran tersebut sememangnya layak diberikan kepada buah berduri yang berjaya menawan hati jutaan peminat di seluruh dunia. Keistimewaan inilah yang memastikan durian kekal relevan dan terus menjadi kebanggaan masyarakat Asia Tenggara untuk generasi akan datang.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.