Buat sendiri je nugget ayam ni. Boleh dapat banyak dan boleh ikut citarasa sendiri. Paling penting terjamin kebersihan dan status halalnya. Jika suka nugget tempura, tukarkan serbuk roti degan tepung goreng ayam.
BAHAN-BAHAN:
4 keping Isi ayam |hiris dan kisar
2 biji telur
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar |optional
1 sudu teh lada putih
3 Sudu besar Tepung Gandum atau breadcrumbs.
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua bahan dan kukus.Anggaran 1/2 masak
Ads
2. Kemudian bentukkan mengikut kesukaan. Jika suka cheese, boleh campurkan dalam isi ayam.
Ads
3. Setelah siap, celupkan dalam telur dan kemudian gaulkan dengan breadcrumbs
Ads
4. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan sedia dihidangkan.
Tauhu Bergedilni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang nak tahu cara buat inti Tauhu Bergedil yang sedap. Naddy’s Kitchen ada kongsikan resipinya. Mudah dan tidak guna banyak bahan. Kosnya pun tak mahal. Nampak menyelerakan. Ada pula Sambal Kicap berapi. Fuhhh…. Sedapkan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU BERGEDIL & SAMBAL KICAP BERAPI
BAHAN INTI TAUHU: Ubi kentang – potong nipis – beli online disini Bawang merah – hiris – beli online disini Bawang putih – hiris – beli online disini Daging cincang secukupnya – ditumis berasingan hingga masak Tauhu Pok Garam dan perasa secukupnya Daun bawang /daun sup Lada sulah secukupnya – beli online disini Minyak masak 3-4 biji telur
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu dan kekuningan. Angkat dan toskan minyak. 2. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi ke dalam bersih. Kemudian tumbuk halus. 3. Seterusnya tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup@daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.
4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.
5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng), pukul dengan sedikit garam. Ketepikan. 6. Celup Tauhu Pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. 7. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang bersama Sambal Kicap.
BAHAN SAMBAL KICAP BERAPI: Cili padi hijau Cili padi merah Bawang putih Kicap manis – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dan kisar halus. 2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika. 3. Angkat dan sedia dihidang bersama Tauhu Bergedil.
Mulut terasa nak mengunyah. Dapat kunyah kacang sedap juga ni sambil layan cerita korea. Kalau kacang yang beli rasa umpph kurang, apa kata buatnya sendiri dengan rasa pedas dan masin yang seimbang. Buatnya pun mudah.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1.Tumis bawang putih dan bawang rose hingga kekuningan.
2.Masukkan cili kering. Tumis hingga naik bau. Cili hendaklah dimasak elok.
3.Masukkan garam, gula dan perasa(jika suka)Kak letak kunyit serbuk sikit. tak letak pun tak pa.
4.Nak letak ikan bilis goreng pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.
5.Letak kacang kuda yang direbus. Kacau dan angkat.
Sayur Tumis Pedas Ayam yang mudah, pedas dan menyelerakan. Resipi lengkap dengan ayam, kacang buncis serta bunga kubis, sesuai untuk menu makan tengah hari atau makan malam.